BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat duit klip video 'panas'

kita diambang kemelesetan agama,budaya,ekonomi dan segalanya...sedarlah kita yg keadaan ini bknlah sesuatu yg blh digurausendakan...kita bersama perlu proaktif dalam menangani isu ini...wallahualam...
 
kementerian pelajaran juga yang salah....tidak membendung perkara seperti ni dari awal...
Satu lagi...disiplin murid dan pelajar sekarang semakin teruk adalah disebabkan kementerian yang suka2 mengubah satu-satu dasar tanpa memikirkan akibatnya....
Lihat pelajar-pelajar dulu tiada mendatangkan masalah separah kini!!!!
Saya rasa cikgu yang ada sekarang ini terlalu berat menanggung beban yang sama turut terjejas akibat birokrasi....
 
asal barang jadi duit...
dosa pahala tolak tepi....
perangai umat akhir zaman
 
sapo ado 3gp leh bagi kek aden :eek::eek:
apo la nak jadik bebudak sek zaman skang ni...
 
kat kosmo pn ade kua muke depan
tajuk die sms terlampau...
satu video rm20 tu....
 
KUALA TERENGGANU - Klip video 'aksi panas' pelajar sekolah rupa-rupanya memberi keuntungan kepada sesetengah pihak yang bertindak menjualnya kepada orang ramai.

Beberapa rakaman yang dibuat oleh pelajar kini dipercayai dijadikan koleksi untuk dimuat turun ke telefon bimbit dengan caj berjumlah RM20.

Peniaga aksi seks secara maya ini juga jadikan golongan pendidik sebagai sasaran mereka yang sememangnya begitu sensitif terhadap aspek-aspek moral melibatkan para pelajar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pihaknya bimbang dengan trend pengedaran klip video berkenaan.

Menurutnya, berlaku kegelisahan di kalangan guru dalam usaha mendisiplin pelajar terutama yang kian berani membawa bahan terlarang seperti telefon bimbit ke sekolah.

"Bahan lucah itu seolah-olah beredar dengan begitu mudah tapi berlaku secara senyap-senyap serta sukar ditangani oleh guru.

"Sekarang, guru macam perlu jadi penyiasat. Masa mereka banyak dihabiskan untuk menjejak pelajar nakal pada hal sepatutnya mereka beri tumpuan pencapaian akademik.

"Guru betul-betul dalam dilema, bertegas sikit, mereka kena marah oleh pelajar dan ibu bapa. Tak bertegas, pelajar jadi terlalu nakal," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, jika terdapat pelajar dalam kelas itu terlibat dengan klip berkenaan, guru dan pelajar berasa terganggu dan tidak selesa.

Menurut seorang guru, Azman Jusoh, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memujuknya memuat turun sembilan klip video pelajar sekolah kira-kira seminggu lalu.

"SMS tu dihantar secara tiba-tiba ke telefon bimbit saya. Saya percaya klip-klip video tersebut sama seperti yang didedahkan Kosmo! sebab kesemuanya melibatkan aksi budak sekolah.

Duit dapat 'sedap' pun dapat

:-?:-?:-?

dosa pun dapat
 
ni bahaya ni...kalau tullah benda ni dibawa secara percuma untuk melalaikan pelajar kita..don't u think benda ni didalangi oleh org kafir or zionist...they r bound 4 termination...
 
masalahnye budak2 tu yg pandai2 buat keje pastu rakam.hadoi!risau betul aku dgn masa depan anak2 aku nanti..
 
Back
Top
Log in Register