BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat duit klip video 'panas'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU - Klip video 'aksi panas' pelajar sekolah rupa-rupanya memberi keuntungan kepada sesetengah pihak yang bertindak menjualnya kepada orang ramai.

Beberapa rakaman yang dibuat oleh pelajar kini dipercayai dijadikan koleksi untuk dimuat turun ke telefon bimbit dengan caj berjumlah RM20.

Peniaga aksi seks secara maya ini juga jadikan golongan pendidik sebagai sasaran mereka yang sememangnya begitu sensitif terhadap aspek-aspek moral melibatkan para pelajar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pihaknya bimbang dengan trend pengedaran klip video berkenaan.

Menurutnya, berlaku kegelisahan di kalangan guru dalam usaha mendisiplin pelajar terutama yang kian berani membawa bahan terlarang seperti telefon bimbit ke sekolah.

"Bahan lucah itu seolah-olah beredar dengan begitu mudah tapi berlaku secara senyap-senyap serta sukar ditangani oleh guru.

"Sekarang, guru macam perlu jadi penyiasat. Masa mereka banyak dihabiskan untuk menjejak pelajar nakal pada hal sepatutnya mereka beri tumpuan pencapaian akademik.

"Guru betul-betul dalam dilema, bertegas sikit, mereka kena marah oleh pelajar dan ibu bapa. Tak bertegas, pelajar jadi terlalu nakal," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, jika terdapat pelajar dalam kelas itu terlibat dengan klip berkenaan, guru dan pelajar berasa terganggu dan tidak selesa.

Menurut seorang guru, Azman Jusoh, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memujuknya memuat turun sembilan klip video pelajar sekolah kira-kira seminggu lalu.

"SMS tu dihantar secara tiba-tiba ke telefon bimbit saya. Saya percaya klip-klip video tersebut sama seperti yang didedahkan Kosmo! sebab kesemuanya melibatkan aksi budak sekolah.

Duit dapat 'sedap' pun dapat

:-?:-?:-?
 
aku ade sumber yg boleh dipercayai memberitahu bahawa ada usaha yg disengajakan oleh pihak2 tertentu utk bawa masuk benda2 panas seperti klipvideo lucah dan dadah secara tanpa bayaran dari pelbagai sumber kpd golongan sasaran,antaranya pelajar sekolah,kolej,universiti dan sebagainya utk melalaikan mereka.ini dinamakan serangan psikologi...
 
uih bisnes ni pun dah ada...dulu jual cd mp3/anime/drama jer
 
walaupon negara malaysia ni terdiri dari pelbagai kaum...tetapi majoriti adalah beragama islam...agak mustahil bagi 'mereka' utk menyerang negara ini seperti iraq dan palestin...jd...alternatif yg digunakan adalah seperti yg kita ketahui sekarang...antaranya mknan,hiburan,sosial dan budaya2 hitam yg semmangnya akan lebih memarahkn lg keadaan..
 
sume org bisnes je..kalau vid klip tu jual kat cg pon ramai org beli kot hahahhahah
 
klip video panas ni salah satu dari cara melalaikan masyarakat supaya menjadi leka dan terpengaruh terutama memesongkan cara hidup majoriti yg beragama islam...perkara ini blh dikatakan sebagai disengajakan walaupon terdapat suara2 yg mengatakan dunia tanpa sempadan sebagai alasan kukuh...glokal la katakan...jwpn mudah yg memusnahkan..!!!!!!!
 
kita sekarang diserang dari pelbagai sudut.gejala seumpama ini pasti akan memusnah kan sesebuah masyarakat jika tidak dibendung.
seperti contoh
sekatan keatas laman2 web berunsur porno dan sebagainya yg berkaitan...tentunya kita memiliki bijak pandai yg boleh sama2 memikirkan masalah ini...
 
kita patut sedar yg kita sedang diancam oleh sesuatu yg akan memusnahkan kita terutama org islam...marilah kita bersatu padu membanteras perkara ini disemua peringkat.apa yg teradi kpd singapore yg dulunya tanah melayu akan terjadi kepada tanah yg kita pijak sekarang,apa tidaknya jika pelapis pemimpin kebanyakannya telah hanyut dgn serangan2 psikologi ini...bijak pandai merebut pangkat dan jawatan,masyarakat dilalikan dgn hiburan,segenap lapisan masyarakat telah disibukan dgn pergaduhan sesama sendiri...akhirnya yg berkuasa adalah golongan cha ya nun alif yg skarang pn sudah memonopoli ekonomi kita...sama2 kita tungu dan lihat jika keadaan ini berterusan...
 
jika dilihat di kaca tv dan radio sekarang...mahupon di media cetak dan it...dimanakah islam kita? kita lebih risau tentang perkara2 yg kononnya penting sehingga terlepas pandang isu utama dikala ini...jika nasi sudah menjadi bubur,baru kita sibuk menuding jari walhal kita sendiri yg membuka ruang dan jalan selebar2nya utk anasir2 seperti ini...wallahualam...
 
Back
Top
Log in Register