BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat anak jer retii...!!!

korang semua silap sebenarnya bayi tu takder mak dengan bapak bayi tu jatuh kebumi dari planet pluto tu sebab takder saper menuntut bayi tu

kalau ikut hukum islam penzina akan di hukum dengan hukuman rejam sampai mati jika mereka sudah berkahwin dan jika mereka bujang merek a akan di hukum dengan hukuman sebat 100 kali dengan rotan jarang mereka yang disebat 100 kali dapt terus hidup jadi kesimpulannya hukumannya adalah mati

sunnah ini ditentukan tuhan adalh supaya zuriat dan keturunan manusia terbela cubalah kita fikirkan bagaimanakah nasib bayi itu besar kelak tanpa tahu asalnya nak kata dari planet pluto takder pula rupa mahluk asing tentulah amat mamalukan bagi dirinya yang lahir tanpa tahu asal usulnya,,,,,,,,,,,,
 
hmm..kesian tol..
orang sekarang ni semakin hilang pertimbangan
 
ntah le.. mungkin tekanan hidup kot. kos nak besarkan anak je dah makan rat.. klu antar kat pusat jagaan kanak2 mesti tak diterima sbb ada makbapak.

Nak mudah, letak bawah pokok, dgn harapan ada yg jumpa dan bela.

Klu anak berzina, biasanya org akan salah didikan mak bapak.
TAPI klu rakyat berzna nak salahkan sape plak????
 
salam..
mmg bdk felda teruk pun..
maafla org2 felda..
x silap saya, felda byk kes rempit, rogol budak dll..
ntah apa nk jadi ntah..
du kat hulu, tp perangai advance kalah duk kat bandar besar....
astaghfirullahhalazim,,,
 
Beri ibu tempoh

Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]

SEREMBAN: Ibu kepada seorang bayi yang ditemui di bawah sebatang pokok dengan dibaluti bendera Jalur Gemilang berhampiran rumah guru Felda Palong, Gemas, 7 September lalu diberi tempoh sehingga 22 Oktober ini untuk tampil sebelum perintah mahkamah dikeluarkan untuk meletakkan bayi itu di pusat jagaan kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mizan Maulud, berkata sejak bayi yang dinamakan sebagai Ariff Danial itu ditemui, pihaknya gagal mengesan ibu atau keluarganya.

“Bayi itu berada dalam jagaan JKM selama sebulan sehingga ibunya dikesan, tetapi jika dia enggan tampil, kami akan memohon perintah mahkamah meletakkannya di bawah pusat jagaan kanak-kanak,” katanya yang ditemui, semalam.

Bayi itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari di tepi jalan dipercayai baru dilahirkan dengan dibaluti dengan Jalur Gemilang.


Setakat ini, pemeriksaan di Hospital Jempol mendapati bayi itu sihat cuma terdapat kesan gigitan semut di badan selepas diletakkan di tepi jalan.

Mizan berkata, orang ramai yang berminat mahu mengambil bayi itu sebagai anak angkat boleh mengisi borang permohonan dan keputusannya terserah kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau turut kesal kerana kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku di kawasan pedalaman terutama di tanah rancangan Felda.

“Kami dapati kes sebegini banyak berlaku di kawasan Felda, jadi semua pihak terutama institusi keluarga perlu memainkan peranan untuk mengelak kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Zainab Nasir, berkata beliau sedih dengan kes pembuangan bayi yang berlaku seolah-olah ibunya tidak memiliki rasa kasih sayang pada anak.

“Dia boleh mengandungkan bayi itu selama sembilan bulan, tetapi tergamak membuangnya seperti sampah di tepi jalan.

“Saya ingin menasihatkan remaja terutama perempuan supaya berfikir dulu sebelum melakukan perbuatan terkutuk kerana ia bukan saja memberi imej buruk, malah nyawa tidak berdosa menjadi mangsa," katanya.

Mak Bapak budak ni mmg sampahhh !!!

Aku tengok tajuk saja dan boleh agak berita apa

:(scam:(scam:(scam:(scam
 
ntah le.. mungkin tekanan hidup kot. kos nak besarkan anak je dah makan rat.. klu antar kat pusat jagaan kanak2 mesti tak diterima sbb ada makbapak.

Nak mudah, letak bawah pokok, dgn harapan ada yg jumpa dan bela.

Klu anak berzina, biasanya org akan salah didikan mak bapak.
TAPI klu rakyat berzna nak salahkan sape plak????

rakyat buat salah, salah sape ek??
alahai kes cenggini pun nk kait kan dgn politik ke bro...

anyway, kompem ke yg buat tu penzina?kompem ke remaja?
tah2 org tua, dah kawin, x mampu nk besar kan anak tu...
mane la tau kan...zaman skg mcm2 leh jadi...

tp ape2 pun, perbuatan tu ttp salah la...
 
aku bc tjuk tu, tringat lak ms aku kecik2 dl ms blk dari sek kayuh basikal..ada mak bapak tu tgh bertekak...maknya ckp apa tau.."awak ni duk suap **** jer pndai kt saya hari2...anak xmkn 3 hari pun awak xkisah"...kira ayat yg plg power la tu aku smpat tangkap..moralnyer...jgn ckp sdp mulut jer kt kwsn public..
 
Apabila pendidikan agama ditinggalkan...~X(
 
Back
Top
Log in Register