BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu Reda Buat Sementara, Boleh Kembali Dalam Masa Terdekat - MetMalaysia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Jerebu Reda Buat Sementara, Boleh Kembali Dalam Masa Terdekat - MetMalaysia​

71d2dbd781d190f644a1cb4706c237006a82746c9e276

gambar fail

Cuaca lembap yang berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini membantu meredakan keadaan jerebu di Lembah Klang dan Sarawak, namun keadaan itu berpotensi untuk kembali dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata cuaca kering dan panas dijangka kembali semula dalam beberapa hari lagi berikutan negara masih berada dalam musim Monsun Barat Daya (MBD) hingga penghujung September.

“Risiko cuaca jerebu masih ada selagi tiupan angin MBD ini belum berakhir,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham berkata sepanjang MBD, kelembapan udara yang lebih rendah menyebabkan taburan hujan berkurangan dan bilangan hari tanpa hujan meningkat.

Beliau berkata keadaan jerebu yang melanda negara turut diperkukuh oleh perkembangan fenomena El-Niño yang kini berada pada tahap sederhana dan dijangka menjadi sangat kuat pada Oktober hingga Disember ini.

"Gabungan kedua-dua faktor ini menyebabkan atmosfera menjadi lebih kering dan meningkatkan potensi kebakaran hutan serta tanah gambut yang membawa kepada berlakunya jerebu tempatan dan rentas sempadan," katanya.

Mohd Hisham berkata berdasarkan analisis meteorologi, maklumat titik panas daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), output pemodelan atmosfera, Malaysian Community Multiscale Air Quality dan analisis trajektori angin, keadaan jerebu di Lembah Klang didapati disebabkan faktor tempatan manakala jerebu yang melanda sebahagian Sarawak turut melibatkan faktor rentas sempadan.

Beliau berkata pemantauan itu disokong melalui imej satelit yang dikeluarkan ASMC serta maklumat cuaca yang dikongsikan negara jiran.

 
Back
Top
Log in Register