BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia Akan Ditubuhkan Dalam Masa Terdekat- Lim

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia Akan Ditubuhkan Dalam Masa Terdekat- Lim​

d758d4f01327b5d0981d898ab059490e6a70364ec6364

24e94b9824092169a46126adf50203f06a7031b433b37

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying menyampaikan ucapan pada Program 360 Kita Bersama di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seberang Jaya hari ini.

BUTTERWORTH, 3 Ogos (Bernama) – Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia akan ditubuhkan dalam masa terdekat sebaik sahaja Akta Profesion Kerja Sosial dikuatkuasakan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini sedang meneruskan proses pewartaan Akta Profesion Kerja Sosial susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“RUU Profesion Kerja Sosial telah diluluskan di Dewan Rakyat dan kami juga amat bersyukur ia diluluskan di Dewan Negara minggu lepas. Kini kita akan meneruskan proses pewartaan bagi membolehkan ia dikuatkuasakan sebagai akta.

“Sebaik sahaja akta ini dikuatkuasakan, perkara pertama yang akan kita lakukan ialah menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Program 360° Kita Bersama di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Lim berkata komponen dan keanggotaan majlis tersebut telah ditetapkan menerusi RUU berkenaan, sekali gus membolehkan proses penubuhannya dimulakan sebaik sahaja akta itu berkuat kuasa.

“Ya, majlis itu akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Komponen atau komposisi majlis kita memang sudah ditetapkan, jadi sebaik sahaja akta itu berkuat kuasa, kita boleh memulakannya dengan segera. RUU ini juga telah lama tertangguh,” katanya.

RUU Profesion Kerja Sosial 2026 diluluskan Dewan Negara pada 30 Julai lepas selepas terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Ketika menggulung perbahasan RUU itu di Dewan Negara, Lim berkata Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia akan dianggotai secara inklusif membabitkan wakil kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pengamal kerja sosial dari seluruh negara.

Beliau berkata majlis itu akan mengawal selia pendaftaran pengamal kerja sosial, menetapkan standard kompetensi profesional serta mengurus aspek etika dan disiplin pekerja sosial.

 
Back
Top
Log in Register