BTC USD 82,955.2 Gold USD 4,120.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat anak jer retii...!!!

erm tak guna btul mak bapa mcm ni, budak tu tak bdosa lgsung...
 
buat anak pandai tapi jaga anak tak pandai:mad::mad::mad::mad:

bukan buat anak...BERZINA pandai....:mad::mad::mad::mad:....bengang btol aku dgn org camni...berzina pandai plk...dh kembong main buang2...klau mak bapak depa buat camtuh kat depa ape depa rase???...kawen la....
 
siannya baby tu kena gigit semut...patut ikat mak dia tu kat pokok letak semut lawan tu...baru hang tau!!!
 
Zalim, zalim. Yang peliknye, kita nih, duk ngandung, pening, loya nak mapuh, beranak pun bukan senang, siap ada nurse, doktor lagi... pah tu, bile tengok muka baby, sanggup lagi nak tempuh alahan dan sakit beranak...sejuk hati bak kata orang.. Ni mmg bukan insan lagi nih, dah tahap setan nih...
 
Binatang pon reti buat anak dan jaga anak...
ni manusia aku heran betul camana bleh jadi lebih buruk perangai drpd hewann...
 
skang ni banyak sgt jual barang yg berunsurkan seks. nak panjang la, nak besar la, nak montok la, nak gebu la, nak tajam la, nak tahan lama la, nak sedap la, nak jerit kuat la. tu sebab bebudak skang ni nak seks je. klu tak caya cuba nengok kat bahagian CLASSIFIED carigold. penuh ngan barangan berunsurkan seks.
 
skang ni banyak sgt jual barang yg berunsurkan seks. nak panjang la, nak besar la, nak montok la, nak gebu la, nak tajam la, nak tahan lama la, nak sedap la, nak jerit kuat la. tu sebab bebudak skang ni nak seks je. klu tak caya cuba nengok kat bahagian CLASSIFIED carigold. penuh ngan barangan berunsurkan seks.

haha nak jerit kuat naik roler coster la kan..
apa da manusia zaman lor nie..
sistem kasi anu kena buat dah la mcm nie..
smpai tetiap hari crita tut tut asyik klua ja.
 
tersumbat la dorang nie.
apa main buang2.
 
Beri ibu tempoh

Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]

SEREMBAN: Ibu kepada seorang bayi yang ditemui di bawah sebatang pokok dengan dibaluti bendera Jalur Gemilang berhampiran rumah guru Felda Palong, Gemas, 7 September lalu diberi tempoh sehingga 22 Oktober ini untuk tampil sebelum perintah mahkamah dikeluarkan untuk meletakkan bayi itu di pusat jagaan kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mizan Maulud, berkata sejak bayi yang dinamakan sebagai Ariff Danial itu ditemui, pihaknya gagal mengesan ibu atau keluarganya.

“Bayi itu berada dalam jagaan JKM selama sebulan sehingga ibunya dikesan, tetapi jika dia enggan tampil, kami akan memohon perintah mahkamah meletakkannya di bawah pusat jagaan kanak-kanak,” katanya yang ditemui, semalam.

Bayi itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari di tepi jalan dipercayai baru dilahirkan dengan dibaluti dengan Jalur Gemilang.


Setakat ini, pemeriksaan di Hospital Jempol mendapati bayi itu sihat cuma terdapat kesan gigitan semut di badan selepas diletakkan di tepi jalan.

Mizan berkata, orang ramai yang berminat mahu mengambil bayi itu sebagai anak angkat boleh mengisi borang permohonan dan keputusannya terserah kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau turut kesal kerana kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku di kawasan pedalaman terutama di tanah rancangan Felda.

“Kami dapati kes sebegini banyak berlaku di kawasan Felda, jadi semua pihak terutama institusi keluarga perlu memainkan peranan untuk mengelak kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Zainab Nasir, berkata beliau sedih dengan kes pembuangan bayi yang berlaku seolah-olah ibunya tidak memiliki rasa kasih sayang pada anak.

“Dia boleh mengandungkan bayi itu selama sembilan bulan, tetapi tergamak membuangnya seperti sampah di tepi jalan.

“Saya ingin menasihatkan remaja terutama perempuan supaya berfikir dulu sebelum melakukan perbuatan terkutuk kerana ia bukan saja memberi imej buruk, malah nyawa tidak berdosa menjadi mangsa," katanya.

Mak Bapak budak ni mmg sampahhh !!!

sian tul bebi tu...
xkan dah ngandung 9 buln xde rasa ape2 masa nk ltk kt tepi jalan tu... sedangkan monyet pun tahu sayangkan anak...
ingatlah Tuhan sentisa melihat apa ynag kita lakukan. kerana Tuhan itu MAHA MELIHAT...
 
Back
Top
Log in Register