BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buah hati suami orang & sebabnya di post #108

Saya Pernah :


  • Total voters
    0

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
lagi lagi metro..

(baca lagi di sini : http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=13736422&postcount=108)

Buah hati suami orang

SAYA pelajar universiti dan bercinta dengan suami orang atas restu ibu. Ibu senang hati kerana lelaki itu mengambil berat perihal saya hinggalah ibu meninggal dunia tahun lalu.

Dia mempunyai tiga anak dan berterus terang mahu mengahwini saya dalam masa terdekat. Memikirkan dia prihatin dan sering memberi dorongan, saya sudi hidup bermadu.


Namun, janji tinggal janji kerana setelah setahun berlalu, dia masih tidak melamar saya secara rasmi. Apabila ditanya, dia hanya berdiam diri dan meminta saya sabar kerana mahu memujuk isterinya.

Saya tidak tahan lalu bersemuka dengan isterinya sebagai wakil untuk mohon kebenaran supaya menerima saya sebagai madu. Saya sanggup menghadapi maki hamun isterinya disebabkan cinta.




Betapa luluhnya hati apabila keberanian saya berjumpa isterinya tidak dihargai, malah saya ditengking oleh kekasih dan dia merajuk kerana baginya, tindakan saya bertemu isterinya menyebabkan ‘air muka’ dia jatuh di depan isteri dan anak. Dia dimarahi isteri yang menganggap tindakannya itu sebagai curang.



Padahal, lambat-laun dia perlu melalui situasi sama. Bukan kepalang sedih dan kecewa kerana mulai saat itu dia mula berdiam diri. Puas saya hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi hampa kerana tidak menerima balasan.

Sebenarnya hasrat kami untuk berkahwin sudah tersebar di kalangan saudara-mara. Kalau tidak jadi, tentu saya serta keluarga menanggung malu. Apakah yang perlu saya lakukan?

MELUR
Kuantan


Tindakan bercinta dengan suami orang ibarat menjolok sarang tebuan. Sendiri cari penyakit, sendirilah perlu menanggung perit. Bukan saudari tidak tahu akibat berhubung dengan suami orang, pengakhiran selalunya tidak menggembirakan.

Benarlah apa dikhabarkan oleh orang tua-tua, apabila cinta menguasai diri, lautan api sanggup direnangi biarpun penamatnya terbakar diri.

Begitulah situasi perlu saudari lalui ketika ini, yang mana hubungan cinta bersama lelaki berstatus bapa beranak tiga tidak akan berakhir dengan perkahwinan.

Malah, saudari diherdik hanya disebabkan saudari tulus ikhlas menagih restu isterinya. Sedangkan itu tindakan sebenarnya yang mana kebenaran dan restu isteri pertama membolehkan saudari terus mengahwini pasangan.

Saranan Dang Setia, saudari perlu rasionalkan diri bahawa hubungan cinta bersama pasangan tidak akan berakhir sebagaimana diharapkan.

Terus bertahan dan menyimpan pasangan akan menginjakkan status ke peringkat perkahwinan hanya terus membuatkan saudari derita.

Andai benar si dia tulus mengahwini saudari, dia mungkin reda dan berterus terang sebaik saudari menemui isterinya, bukan menengking dan terus bermain tarik tali mengenai status hubungan di depan keluarga saudari.

Lebih dikesalkan, dia menyalahkan saudari dan terus merahsiakan percintaan tanpa memikirkan kesan jangka panjang andai keluarga saudari berkira-kira membuat persediaan mengenai perkahwinan saudari dan dia.

Untuk itu, tegaskan diri memberi kata dua, jika dia tidak mahu bertanggungjawab, undur diri kerana situasi saudari dilihat ‘orang ketiga’ lebih memalukan berbanding berita perkahwinan yang ‘tidak jadi’ diketahui saudara-mara.
 
Last edited:
kan masi byk laki yg bujang, napa laki org juga yg di cari...:-?
 
sapa yg menjawab tu? pompuan ke?

x salah la klu suka kat laki org. yg salah bila dia jumpa face to face mcm tu, mmg buruk la jadahnya...
 
Cakap memang senang, Masih byk lagi laki bujang kat luar sana, belum kena belum tahu dh kena baru tahu, bertapa besarnya kuasa allah,
 
payah cinta suami orang ni.. baik rentikan aje.. bhanyak bujang2 kat luau sana tu
 
Cakap memang senang, Masih byk lagi laki bujang kat luar sana, belum kena belum tahu dh kena baru tahu, bertapa besarnya kuasa allah,

wah...mcm ada pengalaman jek ni.... :D

(er..nazren ni lelaki pe pompuan?) :-? :-?
 
sendiri cari masalah...tanggung sendiri lah...tanya pula seluruh dunia...buka aib sendiri...
 
Back
Top
Log in Register