BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boy Iman bercerai talak 3

nanad

Fun Poster
Messages
643
Joined
Jul 7, 2011
Messages
643
Reaction score
35
Points
20
Tidak mahu terus berselindung dan berpura-pura dengan orang ramai, Datuk Boy Iman mengakui dia sudah sah becerai dengan isterinya, Kumala Dewi Anas pada April tahun lalu dan mereka sudah jatuh tiga talak.

boy iman bercerai

Menurut Boy, dia dan isteri sebelum ini pernah bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2015 dan 2017, namun kerana masih ada perasaan cinta dan sayang, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk sebelum tempoh edah tamat.

Selama ini dia merahsiakan perceraiannya kerana begitu terkesan dengan perpisahan tersebut. Mahligai perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tujuh tahun sahaja.

boy-2.jpg

boy-2-1.jpg

Pada masa yang sama, Boy tidak menafikan punca rumah tangganya musnah adalah disebabkan masalah kewangan dan perniagaannya yang kini merundum.

Boy dan Kumala mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer.

Boy-Iman.jpg
 
Last edited:
perempuan ni mcm gila duit sikit kot...mmg la betul hidup perlukan duit..

tp mcm agak kejam la...waktu berduit, boleh je bersama...tapi waktu takda duit, terus blah...

aku ada kenal sorang pak cik ni,, dulu dia kaya...bisnes masyuk...

suatu hari bisnes dia drop disebabkan beberapa masalah yg tak boleh dielakkan...

dan waktu tu lah, sedikit demi sedikit kawan dia lari....sikit demi sikit menghilang....dan last sekali bini dia pun lari...

hmmm....kesian kalau dapat bini mcm ni
 
Itulah dunia...
Bila kita susah saudara sendiri tak nak mengaku kita ni saudara
Tp bila kita kaya byk harta org yg kita x kenal ntah dari mana asal boleh pulak panggil kita saudara:(
 
Back
Top
Log in Register