BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Norreen Iman, suami hadir prosiding pengesahan lafaz cerai

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
norreen-iman-2.jpeg


"Norreen Iman, suami hadir prosiding pengesahan lafaz cerai" KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sebelum ini menepis dakwaan rumah tangga bergolak dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Lengkap dengan persalinan serba hitam, Norreen atau nama penuhnya, Norreen Iman Abdullah, 32, hadir bersama suaminya, Raizi atau Mohd Raizi Abd Razak bagi prosiding yang dijadualkan berlangsung di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.

Bagaimanapun, Norreen dan Raizi memilih untuk mengunci mulut dan enggan berkongsi status rumah tangga mereka selepas keluar dari dewan bicara pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini,” katanya ringkas kepada media.

Difahamkan, pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen selaku plaintif pada bulan ini.

Terdahulu, rumah tangga Norreen dan suami didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama dalam media sosial termasuk pada Hari Raya Aidilfitri pada bulan lalu.

Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai Norreen, sekali lagi kan drama rumah tangga dia. Dari IG dia nampak happy2 je, tapi biasalah kadang2 yg nampak tu tak serupa realiti.. harap jgn sorok2 sangat la lagi cerita. 🙊

 
Back
Top
Log in Register