BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dapat berlakon filem lepas 8 tahun, Alya Iman sebak

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
IMG_20260502_220132.jpg


Dapat berlakon filem lepas 8 tahun, Alya Iman sebak KUALA LUMPUR – Muncul di layar perak hanya selepas lapan tahun bergelar pelakon, Alya Iman sebak terkenang arwah ibu bapanya yang tidak dapat melihat filem pertamanya, Pewaris Susuk.

Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata kerinduan terhadap kedua-dua orang tuanya, Allahyarham Azmil Mustapha dan Jamaliah Jamari yang berbaur dengan rasa hiba membuatkan dirinya beremosi.

“Tentu sahaja saya sebak melihat diri sendiri di skrin besar buat kali pertama selepas menunggu selama lapan tahun. Agak beremosi berada di momen begini.

“Mungkin pada orang lain tiada apa-apa, tapi untuk saya dapat kepercayaan muncul di layar perak merupakan satu pencapaian besar.

“Saya juga berharap ibu bapa saya ada di sini pada majlis tayangan perdana ini. Apa pun saya selalu ingatkan diri untuk menghargai individu yang sentiasa ada untuk saya,” katanya selepas malam gala Pewaris Susuk, baru-baru ini.

Mengimbas kembali masa lalu, anak kepada aktor versatil, Azmil Mustapha itu mengakui arwah bapanya lebih selesa andai dia menumpukan perhatian kepada pelajaran berbanding menceburi bidang seni.

Kata Alya, insan dihormatinya itu tidak menghalang keinginannya untuk mengikuti jejak langkah sebagai pelakon cuma lebih mengutamakan pendidikan ke peringkat tinggi.

“Dulu arwah ayah memang tak bagi saya berlakon tetapi saya nak ikut jejaknya sebagai anak seni. Jadi sebaik memasuki bidang ini impian saya tentu mahu muncul di layar perak,” ujarnya.

Dalam Pewaris Susuk, Alya membawakan karakter pembantu rumah kepada pasangan suami isteri Hadift lakonan Datuk Rosyam Nor dan Seroja (Che Puan Sarimah Ibrahim).

Diarahkan Faizal Nadxaman, filem seram yang juga terbitan Primeworks Studios dan Anomali Media itu ditayangkan di pawagam bermula 30 April lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaaaa sian Alya, kenangan arwah tok ayah ni memang touching habis... Tpi jgn risau, filem ni confirm meletop! IG tgk happy je dgn geng2 dia, move on sudah la babe :)

 
laa...bapak dah pesan jangan berlakon...
degil sungguh laa....
 
Back
Top
Log in Register