combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,358
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,358
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bot Terbalik: Kawasan Pencarian Nelayan Hilang Diperluas
Foto: APMM
Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang nelayan yang hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol dekat sini pada Khamis lepas diperluas meliputi kawasan seluas 337.9 batu nautika persegi dari perairan Dungun hingga Kuala Terengganu.
Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata operasi Carilamat mangsa Sabrie Rusli, 32, yang memasuki hari keempat hari ini diteruskan dengan menggunakan bot PERKASA 1249 dan KM JUJUR.
Beliau berkata operasi dibantu aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Laut.
“Jumlah penglibatan anggota dalam operasi hari ini sebanyak 62 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata cuaca hari ini baik dengan kelajuan angin antara 10 hingga 20 kilometer sejam manakala ketinggian ombak dianggarkan antara 0.5 hingga 1 meter.
Sabrie dipercayai hilang selepas bot gentian kaca dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol pada kira-kira 5 petang Khamis lepas semasa dalam perjalanan pulang selepas keluar menangkap ikan pada 9 pagi.