BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba Kesan Gas Metana, Syor Tapak Projek Lebuh Raya Di Lawas Ditutup

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bomba Kesan Gas Metana, Syor Tapak Projek Lebuh Raya Di Lawas Ditutup​

3cf861f7b47b96be24c1a4ef15bb9de36a2c0f8f3f231

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesyorkan tapak pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) Sarawak di Lawas ditutup selepas mengesan gas metana mudah terbakar yang mencapai tahap risiko tinggi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemantauan selama tiga hari oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Zon Bintulu mendapati bacaan had letupan bawah (LEL) meningkat kepada 100 peratus berhampiran lokasi pengesanan gas.

Menurut JBPM Sarawak, bacaan diambil menggunakan peralatan pengesan gas mudah alih berhampiran lubang yang mengeluarkan gas, manakala pemantauan dalam radius lima meter di sekitar kawasan mencatatkan bacaan LEL sifar peratus.

“Pasukan Hazmat mengesyorkan kawasan berkenaan ditutup dan pihak berkuasa tempatan memastikan tiada sebarang aktiviti dijalankan di lokasi itu bagi mengelakkan risiko keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia turut dimaklumkan untuk pengesahan dan khidmat nasihat.

JBPM Sarawak memaklumkan BBP Lawas menerima panggilan pada 12.33 tengah hari Rabu mengenai penemuan gas yang keluar dari tanah di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan.

Gas itu dikesan selepas kontraktor menjalankan kerja penggerudian pada kedalaman kira-kira 45 meter, dengan aliran gas dilaporkan masih aktif di permukaan.

NCH merupakan projek infrastruktur bernilai RM6.8 bilion yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

 
Back
Top
Log in Register