BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Ke Arah Wujudkan "Lebuh Raya Digital"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,383
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,383
Reaction score
346
Points
141

Melaka Ke Arah Wujudkan "Lebuh Raya Digital"​

c86cff33174fe27ac7fceb8c07a2342f6a90041cc24de

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada majlis Perasmian Penutup Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Negeri Melaka di sebuah hotel.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Melaka ke arah merealisasikan hasrat mewujudkan “lebuh raya digital” menerusi pelaburan kira-kira RM30 juta oleh Maxis Berhad untuk menyambungkan 151 menara telekomunikasi di negeri itu dengan rangkaian gentian optik sepanjang 200 kilometer.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata projek kerjasama antara Melaka ICT Holdings (MICTH) dan Maxis itu dijangka mengambil masa tujuh tahun sekali gus memperkukuh infrastruktur kesalinghubungan digital serta menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi di negeri itu.

"Hasrat kita adalah untuk mewujudkan Melaka sebagai satu ‘lebuh raya digital’. Kalau dahulu kesalinghubungan ke menara menggunakan gelombang mikro, sekarang kita mempunyai pilihan untuk menyambungkannya secara terus kepada gentian optik.

"Kita percaya ini bukan sahaja menyediakan rangkaian yang lebih baik dan menjadi asas kepada perkembangan teknologi serta ekonomi digital pada masa hadapan tetapi juga 'lebuh raya digital' yang mampu menghubungkan rakyat kepada lebih banyak peluang," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian antara MICTH Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Nazdiana Ab Wahab dan Maxis oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad Goh Seow Eng.

Ab Rauf berkata kesalinghubungan digital kini bukan lagi sekadar kemudahan sampingan, sebaliknya menjadi keperluan asas dalam menyokong pendidikan, perniagaan, penyampaian perkhidmatan kerajaan, pelaburan dan kehidupan seharian rakyat.

Beliau berkata keseluruhan kos projek berkenaan ditanggung oleh Maxis manakala kerajaan negeri menyediakan infrastruktur menara untuk disambungkan dengan rangkaian gentian optik.

"Usaha ini selari dengan Smart Melaka Blueprint 2035 dalam menyediakan ekosistem yang menyokong teknologi masa hadapan seperti internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), automasi industri dan pembangunan bandar pintar.

"Pelaksanaan projek itu juga akan meningkatkan kadar menara telekomunikasi di Melaka yang dilengkapi sambungan gentian optik daripada kira-kira 40 peratus kepada 80 peratus," katanya.

 
Back
Top
Log in Register