Cmner nama aku boleh sama dengan caller dlm rakaman ni yer? Pelik, pelik...!
Ko minta aku komen.... so terpaksalah aku komen, ikut fahaman aku atas perbualan tu...
Dari apa yang diperkatakan oleh mohammad hidayah tu(entah entah ko jugak tu hehe), ternyata dia masih muda, dalam 33 tahun, dan pengalaman dibidang rawatan masih cetek.
Dalil hadis yg aku tepekkan kat muka depan tu dia tak faham atau mungkin tak pernah dengar, sebab tu dia masih amat sayang pada musuh utama manusia iaitu syaitan(semua jin yang jahat termasuk toyol dan jin islam).
Dia tak tau betapa halusnya penipuan jin, malah sanggup membela jin dibotol siap beri makan, atau bela anak jin sebelum diberi pada ibu angkat jin tu...
Dia juga sanggup bakar kemenyan untuk memanggil jin jin tu walaupun niatnya bukan untuk bagi makan jin tu...semuanya terang terang bertentangan dengan hadis tersebut.
Bagi kes kes pesakit yang dah puluh tahun sakit dan dah puluhan perawat merawat tapi masih tak sembuh, ini jelas menandakan jin itu syaitan yg degil, dan sepatutnya tanpa belas terus dibunuh sebab dah diberi amaran oleh perawat sebelumnya...
Berkenaan toyol dia kata beragama kristian, toyol adalah jin dari jenis hantu sepertimana hantu hantu yang lain iaitu polong, pocong, hanturaya, bajang, langsuir, pontianak dll yang sebenarnya seperti binatang tidak ada satupun yang beragama walaupun agama hindu. Sah yang ditangkap tersebut bukan toyol tetapi jin jenis lain seperti ifrit, yg boleh beragama kristian, budha atau hindu, dan kemungkinan adalah jin dampingan dia sendiri yang menyamar jadi toyol.... konon terer lah leh tangkap toyol....
Ingat, semua jin dari jenis hantu takkan beragama, terutama islam walaupun dia beribu kali di islamkan oleh perawat dan mengucap syahadah.... takkan mungkin!