BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BNM naikkan OPR

loan rumah masa OPR turun depa tak turunkan.. bila tanya..pengawai bank kata takpa nanti akan kurangkan jumlah pinjaman..sekarang naik aku tak tau adakah berubah atau mcmn

oh ye eh. krg ajo bank ni. blr naik mesti sibuk bank naikkan
 
Kenaikan OPR elak risiko spekulasi berlebihan

KUALA LUMPUR: Kadar faedah rendah yang dibiarkan untuk tempoh lama ketika ekonomi sedang berkembang, mengundang kegiatan spekulasi berlebihan bagi mencari pulangan pelaburan tinggi.


Ketika ini, kadar deposit simpanan tetap bagi tempoh 12 bulan ialah 3.1 peratus, manakala kadar inflasi domestik tahun lalu ialah 3.7 peratus, menjadikan kadar pulangan pelaburan benar berada dalam paras negatif 0.6 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jika keadaan kadar pulangan pelaburan benar negatif dibiarkan berlarutan, pendeposit mungkin cenderung untuk mencari peluang pelaburan yang boleh memberikan pulangan lebih tinggi, bagi mengatasi kadar inflasi.

Beliau berkata, lazimnya pelaburan yang menjana pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi.

"Perkara ini akan diburukkan lagi sekiranya seseorang itu kurang ilmu pengetahuan mengenai selok belok pelaburan dan mungkin terdedah kepada risiko penipuan terhadap skim pelaburan yang diragui atau skim cepat kaya.

"Oleh itu, amat penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami dan memproses maklumat dengan betul, apabila terdapatnya sesuatu perubahan dalam dasar ekonomi," katanya kepada BH bagi mengulas mengenai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Mohd Afzanizam berkata, keadaan sedemikian pernah berlaku di Amerika Syarikat (AS), iaitu ekonominya merudum berikutan krisis subprima pada 2007 dan 2008.

Beliau berkata, situasi itu berlaku apabila kadar faedah terlalu rendah ketika ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan yang baik.

"Ketika itu, banyak kegiatan untuk mencari pulangan pelaburan yang tinggi melalui pelaburan dalam aset yang didorong pinjaman perumahan, kepada peminjam yang mempunyai risiko kredit atau risiko mungkir yang tinggi.

"Akhirnya, ia membawa bencana kepada ekonomi global, dan ekonomi di AS juga mengalami kemelesetan dua tahun berturut-turut, iaitu pada 2008 dan 2009," katanya.

Kenaikan OPR sebanyak 0.25 peratus kepada 3.25 peratus yang diumumkan oleh bank pusat itu juga, katanya, memberi manfaat positif kepada kadar deposit simpanan tetap di negara ini, pada masa ini lebih rendah berbanding kadar inflasi.

"Ia bukan saja memberi manfaat positif kepada pendeposit simpanan tetap, malah menyokong ekonomi berkembang dengan lebih mapan, tanpa ada unsur ketidakseimbangan kewangan," katanya.


https://www.bharian.com.my/bisnes/l...kenaikan-opr-elak-risiko-spekulasi-berlebihan
 
attachment.php
 

Attachments

OPR naik x semestinya membebankan rakyat.

Bila ekonomi slow, rakyat x berbelanja. So OPR turun untuk naikkan disposable income.

Bila ekonomi semakin pulih, OPR dinaikkan untuk galakkan rakyat membuat simpanan sebab kadar dividen akan naik.

So ada check and balance.

rasa salah jawapan bro ni...tak apa pendapat masing2...
 
Last edited:
Kikiki...copy ayat dalam paper ke bro...galakkannrakyat menyimpan..macam statemen jibby...kena tengok rantaikan kesan..terutama yg berpwndapatan rendah...derang ni byk berhutang dari menyimpan dalam fix deposit...ehhh nak tanya bro yg komen ni..dah berapa juta simpan dalam fix deposit...kalau setakat saving account...jgn cite..tak de untunh opr ni naik...kikiki...

Rakyat negara ni 100% org berpendapatan rendah ke?

Ekonomi negara secara keseluruhan mmg depends dgn org berpendapatan rendah ke?
Yang menggerakkan ekonomi negara ni siapa/apa?

Luaskan sikit skop tu bro. Tlg jgn quote jibby ke sapa2 ke. Sikit2 nak main politik..
 
Last edited:
loan rumah masa OPR turun depa tak turunkan.. bila tanya..pengawai bank kata takpa nanti akan kurangkan jumlah pinjaman..sekarang naik aku tak tau adakah berubah atau mcmn

Instalment rumah aku turun je masa opr turun dulu. Dalam seratus gak kurang. Bro bank mana?
 
Org mcm aku ni manalah ada tabungan.. setiap bulan pendapatan mesti habis dibelanjakan... harapkan epf je..

Hutang byk lah...

Hutang rumah.. hutang kereta.. hutang personal.. hutang kredit kad.. hutang pajak..

Hutang hutang hutang... naseb hutang belajar dah langsai...
 
Kenaikan OPR kawal inflasi

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus disifatkan ideal bagi mengekang peningkatan tekanan inflasi.


Susulan peningkatan OPR, indeks Bursa Malaysia KLCI hari ini ditutup pada paras 1,853.92 mana, naik 8.06 mata berbanding 1,845.86 mata semalam, manakala ringgit terus mengukuh dan ditutup pada paras RM3.8720 berban*ding dolar Amerika Syarikat (AS).

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan berkata, langkah berhemat oleh bank pusat turut mengambil kira perkembangan ekonomi Malaysia dan global.

Katanya, ia juga didorong faktor seperti pemulihan harga komoditi termasuk minyak mentah, pengukuhan nilai ringgit dan kenaikan kos sara hidup.

“Malaysia turut menyaksikan kadar faedah negatif sejak sekian lama dan menyifatkan pela*rasan baharu ini tidak memberi sebarang masalah berikutan pe*ngukuhan pertumbuhan ekonomi yang dinikmati Malaysia selain disokong oleh asas-asas yang mantap, keadaan mudah tunai dalam sistem perbankan yang sihat serta faktor lain yang positif.

“Ini merupakan dasar proaktif, pelarasan itu wajar bagi mengekang inflasi daripada menjadi terlalu tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nazri juga menyifatkan keputusan BNM itu akan memberi limpahan positif kepada pasaran modal, khususnya sektor perbankan yang dapat meningkatkan margin serta pendapatan secara positif.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Serantau, Penyelidikan Global Asia Tenggara Bank Standard Chartered, Edward Lee berkata, sudah tiba masanya bagi bank pusat menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.

Jelasnya, penurunan pada 2016 merupakan langkah awal untuk menangani kesan negatif ke atas ekonomi susulan keputusan Brexit.

“Risiko penurunan tidak berlaku dan keadaan pertumbuhan global kini positif. Kadar inflasi negara terurus walaupun inflasi menghadapi risiko daripada harga minyak yang tidak menentu. Kami mengunjurkan inflasi Malaysia susut kepada 2.9 peratus pada tahun ini berbanding 3.8 peratus pada 2017,” katanya.


http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kenaikan-opr-kawal-inflasi-1.597997#ixzz55KrbCpCk
 
CIMB naikkan BR, kadar FD 0.25 peratus

image.jpg


KUALA LUMPUR 26 Jan. – CIMB Bank Bhd. (CIMB) dan CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic) muncul sebagai institusi perbankan pertama yang mengumumkan peningkatan Kadar Asas (BR) dan Kadar Deposit Tetap sebanyak 0.25 peratus, ekoran kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara semalam.


CIMB memaklumkan, pinjaman dan pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing juga akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

“Semua perubahan kadar akan berkuat kuasa 2 Februari 2018,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jawatankuasa Dasar Mone*tari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Menurut BNM, tindakan awal perlu diambil untuk memastikan bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar bagi memben*dung peningkatan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama.

Jelasnya, dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar mo*netari ke paras yang wajar.

“Peningkatan ini seiring de*ngan pertumbuhan ekonomi yang kukuh merentas rantau dan perdagangan global terus mencatat prestasi yang baik. Ringgit yang semakin kukuh berbanding pada tahun lalu akan mengurangkan kos import,” jelasnya.


http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...osit-tetap-0-25peratus-1.598008#ixzz55KspWg10
 
Back
Top
Log in Register