BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BNM naikkan OPR

Maybank naikkan kadar asas kepada 3.25 peratus mulai esok

image.jpg


KUALA LUMPUR - Maybank akan menyemak naik kadar asas (BR) kepada 3.25 peratus setahun daripada 3.0 peratus setahun manakala kadar asas pinjamannya (BLR) turut dinaikkan kepada 6.90 peratus setahun berbanding 6.65 peratus setahun berkuat kuasa esok.


Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata langkah itu adalah seiring dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, kadar asas Islam juga akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus setahun daripada 3.0 peratus setahun manakala kadar pembiayaan asas Islam turut disemak naik n kepada 6.90 peratus setahun daripada 6.65 peratus setahun.

Kadar deposit tetap Maybank juga akan disemak naik antara 20 mata asas sehingga 25 masa asas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, bank itu akan terus menyokong para pelanggannya bagi memastikan peminjam tidak terjejas secara ketara dan pada masa sama membolehkan pendeposit meraih pulangan sewajarnya bagi deposit mereka.

"Para pelanggan kami juga perlu yakin bahawa bank ini akan terus menguruskan aset serta liabilitinya secara cekap bagi memastikan penetapan kadar faedah itu dilakukan secara bertanggungjawab pada setiap masa," katanya.

Pada Khamis lepas, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus daripada 3.0 peratus iaitu kenaikan pertama sejak 10 Julai, 2014.

Kali terakhir Maybank melakukan semakan semula BR adalah pada 15 Julai, 2016 apabila ia disemak turun kepada 3.0 peratus daripada 3.20 peratus. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/maybank-naikkan-kadar-asas-kepada-3-25-peratus-mulai-esok-1.598885
 
nanti installment loan bulanan bertambah ke?

personal dengan asb lagi....huuu
 
PM kata OPR tinggi baik utk ekonomi negara...TPM kata nak mntk OPR turun psi nak bg rumah2 yg xterjuai org buleh beli...mana satu stmt yg nak dipakai ni?PM dgn TPM pya stmt pun berbeza

yg nyata dua2 mohong rakyat marhaen
 
Last edited:
BLR naik,utang pun naik,peminjam akan "diikat" dgn bebanan utang utk beberapa thn akan dtg..bank mungkin leh nego brapa byrn bulanan yg kita mampu tp depa akan heret tenure bg lg pjg..tu ja trick bank..nk diskaun?buat full settlement..diskaun byrn bulanan?xdak dlm kamus perbankan
 
OPR naik, interest (dan profit) loan akan naik.

masa OPR turun, installment pun turun.

Mungkin juga bila OPR naik, installment maintain tapi principal turun lagi slow pasal portion interest dia lebihkan.

Bagus ke? tak bagus la. hutang abis lambat. if installment naik, kuasa beli pengguna turun.

Lepas tu? macam biasa lah, HARGA BARANG NAIK. pasal pengusaha kena serve installment bisnes loan, lorry loan dsb. takkan diorang nak tanggung. so pass kepada pengguna juga.

buat lah apa pun. selagi anda bergelar PENGGUNA, anda akan sentiasa jadi mangsa sebab anda berada di rantaian terakhir @ END USER.

at least jadi usahawan, bila kos naik, anda boleh transfer kepada pelanggan2 anda.


 
kenapa nk kena naikkan? pakar ekonomi tlg jawab
 
OPR naik, interest (dan profit) loan akan naik.

masa OPR turun, installment pun turun.

Mungkin juga bila OPR naik, installment maintain tapi principal turun lagi slow pasal portion interest dia lebihkan.

Bagus ke? tak bagus la. hutang abis lambat. if installment naik, kuasa beli pengguna turun.

Lepas tu? macam biasa lah, HARGA BARANG NAIK. pasal pengusaha kena serve installment bisnes loan, lorry loan dsb. takkan diorang nak tanggung. so pass kepada pengguna juga.

buat lah apa pun. selagi anda bergelar PENGGUNA, anda akan sentiasa jadi mangsa sebab anda berada di rantaian terakhir @ END USER.

at least jadi usahawan, bila kos naik, anda boleh transfer kepada pelanggan2 anda.



nk tanya tuan..
klu kita ada buat loan perumahan dengan maybank sblom ni...so lepas2 ni bayaran bulanan loan perumahan kita akan naik automatik ya.?..
 
monthly naik la. pg tanya bank berapa. sume bank akan ubah br. effective bila je blum announce

ni la nasib pinjam floating rate
 
Bank Islam naikkan BR, BFR kuatkuasa hari ini

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyemak semula Kadar Asas (BR) daripada 3.65 peratus kepada 3.90 peratus dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus berkuat kuasa hari ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin, berkata penyemakan semula kadar itu adalah berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

"Semakan terakhir BR Bank Islam dilakukan pada 27 Julai 2016 semasa kadar disemak semula daripada 3.90 peratus kepada 3.65 peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Bank Islam di pautan www.bankislam.com.my untuk maklumat lanjut.


https://www.bharian.com.my/bisnes/k...bank-islam-naikkan-br-bfr-kuat-kuasa-hari-ini
 
Back
Top
Log in Register