BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BNM naikkan OPR

Gen-Y

Fun Poster
Messages
206
Joined
Mar 12, 2015
Messages
206
Reaction score
29
Points
20
BNM berkata keputusan untuk menaikkan OPR dibuat bagi mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.25 peratus pada Khamis disebabkan keputusan yang memihak kepada kadar faedah tinggi pada mesyuarat dasar monetari pada November lepas, menurut Standard Chartered Bank (StanChart).

Ketua Penyelidikan Serantau, Southeast Asia Global Research, Edward Lee berkata sudah tiba masanya bagi bank pusat untuk menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini, bagi mengurangkan kadar faedah negatif dan meningkatkan semula penurunan 25 bps yang dibuat pada Julai 2016.

"Penurunan pada 2016 merupakan langkah awal untuk menangani kesan negatif ke atas ekonomi susulan keputusan Brexit.



"Risiko penurunan tidak berlaku, dan keadaan pertumbuhan global kini positif. Kadar inflasi negara terurus walaupun inflasi menghadapi risiko daripada harga minyak yang tidak menentu," kata Lee pada Taklimat Penyelidikan Global 2018 StanChart di sini pada Khamis.

BACA: Kenaikan OPR tidak bebankan pengguna - Najib PM

BACA: BNM mungkin naikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus - Bloomberg

StanChart mengunjurkan inflasi Malaysia susut kepada 2.9 peratus pada tahun ini berbanding 3.8 peratus pada 2017.

Dalam kenyataannya, BNM berkata keputusan untuk menaikkan OPR dibuat bagi mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan.

-- BERNAMA
 
Kenaikan OPR tidak bebankan pengguna - Najib PM


Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.
NEW DELHI: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus tidak akan membebankan pengguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, ini berikutan kadar kenaikan OPR itu membabitkan jumlah yang kecil.

"Langkah itu sebaliknya memberi kesan positif untuk mereka termasuk yang menabung. Mereka akan mendapat faedah yang lebih tinggi di atas tabungan berkenaan," katanya pada sidang media bersama pemberita Malaysia di sini, hari ini.




Najib yang tiba di sini pada Rabu, kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke di ibu negara India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena ulang tahun ke-25 dialog ASEAN-India.

Beliau mengulas keputusan BNM pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini untuk menaikkan kadar OPR bagi mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan.

Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, keputusan BNM itu dibuat berasaskan kepada kekuatan ekonomi negara yang semakin kukuh selain berpendapat sudah sampai masanya tindakan diambil bagi menstabilkan semula kadar faedah yang rendah di Malaysia.

"Kenaikan OPR ini akan memulihkan keadaan yang mana selepas enam suku, ia dikembalikan kepada kadar sebelum ini.

"Ini juga bagi mengelak kita meneruskan rejim kadar faedah yang rendah dan boleh membawa risiko besar ke atas negara," katanya.

-- BERNAMA
 
aku xtahu kegunaan opr ni..

adakah dia akan menaikan kedar faedah pinjaman jangka panjang??
 
so, interest jd rendah la ye
 
opr naik. blr pun naik

yg buat loan rumah effect la

naikkn opr utk kurangkn org ramai buat pinjaman
 
aku igtkn makin rendah.. dengo dlm brite td ckp nk mudahkn org buat loan ~X( sbb byk rumah x terjual

PM kata OPR tinggi baik utk ekonomi negara...TPM kata nak mntk OPR turun psi nak bg rumah2 yg xterjuai org buleh beli...mana satu stmt yg nak dipakai ni?PM dgn TPM pya stmt pun berbeza
 
Increasing the OPR will immediately increase the cost of borrowing for banks, and thus, will lead to a chain effect. This is how Bank Negara regulates the financial institutions and set the climate.

OPR increase will lead to increase in loan interest rate, meaning it will cost more to borrow now, thus, curtailing accumulation of personal and household debts. Buying a car will cost more now when you factor in the interest rate, and servicing your housing loan will cost more as the interest rate has gone up.

Loan interest increasing would also means that Fixed Deposit Interest, Saving interest etc will increase in tandem too, thus, if you have substantial saving, increase in increase rate will help you earn more.
 
Back
Top
Log in Register