BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN janji beri kerakyatan anak wanita Malaysia lahir di luar negara

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjanji akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak kepada wanita warga Malaysia yang lahir di luar negara, diberi kerakyatan negara ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata janji itu adalah antara manifesto BN, yang akan dilaksanakan jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Jelasnya, janji itu dibuat kerana BN enggan lagi melihat anak yang dilahirkan hasil perkahwinan campur di luar negara, dinafikan hak untuk menjadi warganegara hanya kerana memiliki bapa warga asing.

"Atas nama keterangkuman, kita tidak lagi mahu anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur atau mereka yang berbeza identiti bangsa dan agama, dinafikan hak untuk menjadikan Malaysia tanah air tercinta.

"Saya tegaskan bahawa BN bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia, yang berkahwin dengan warganegara asing.

"Ini kita lakukan atas kesedaran bahawa patriotisme dan nilai sayangkan negara itu hadir daripada kerencaman dan keterangkuman," katanya dalam pengumuman manifesto BN, yang disiarkan secara langsung di Facebook BN COMMS, hari ini
 
janjiku hanya sekadar di pinggiran
 
Mungkin kena baca perincian, mesti ada tema dan syarat.

Tp PH nk bagi kerakyatan kat anak angkat pun kontroversi. x pasti apa perinciannya

Bila bagi kat anak angkat, buka ruang untuk manipulasi. Nanti sorang ibu bawak 10 anak angkat nak mintak warganegara.
 
Mungkin kena baca perincian, mesti ada tema dan syarat.

Tp PH nk bagi kerakyatan kat anak angkat pun kontroversi. x pasti apa perinciannya
setakat ni kat mahkamah, selagi ayahnya warga malaysia, insya Allah anak tu akan dapat kerakyatan walau terpaksa harungi rayuan kat mahkamah

kalau ada anak yg stateless, insya Allah proses Mahkamah boleh grant the approval pasal kerakyatan anak


berkenaan anak dapat kerakyatan melalui mak, i'm not sure about that, and I am not keen on it
 
setakat ni kat mahkamah, selagi ayahnya warga malaysia, insya Allah anak tu akan dapat kerakyatan walau terpaksa harungi rayuan kat mahkamah

kalau ada anak yg stateless, insya Allah proses Mahkamah boleh grant the approval pasal kerakyatan


berkenaan anak dapat kerakyatan melalui mak, i'm not sure about that, and I am not keen on it
Mungkin kita x concern, tp di sana pasti ada pihak yg tertindas sbb tu isu ini mendapati perhatian byk pihak.
Harap isu ni dpt diperhalusi.
 
Back
Top
Log in Register