Orkidhutan
Fun Poster
- Messages
- 223
- Joined
- Mar 31, 2010
- Messages
- 223
- Reaction score
- 24
- Points
- 15
kalau kita amik dari kilang memproses dan jual secara runcit ke gerai2, restoran, kedai runcit ok ker?
Cara ini yang terbaik bagi yang baru nak bermula. Dah banyak timba ilmu dan pengalaman dan customer pun dah makin bertambah boleh lah buat tempat memproses ayam sendiri.
Ada 2 cara untuk yang baru nak memulakan bisnes ayam.
1) Ambil ayam yang dah disembelih dan dicabut bulu dari tempat memproses ayam kemudian edarkan kat customer. Jika ada customer request untuk potong ayam 4,8,16 dsbnya, tempat proses ayam tu akan potong untuk kita. Jadi tak payahlah nak pening kepala kalau tak tahu cara potong ayam. (Kena belajar juga pelan-pelan)
2) Kautim dengan tauke tempat memproses ayam, kongsi dengan dia beli ayam hidup dari ladang (biasanya lori akan hantar). Contohnya tauke tempat proses tu akan ambil 20 bakul sekali lori hantar, kita tambah la 5 bakul lagi. Harga yang kita ambil sama dengan harga tauke tu ambil atau dia akan markup sikit, sebab dia yang deal dengan reban ayam pembekal. Kemudian upah dia sembelih dan proses ayam lebih kurang RM1 untuk seekor (bergantung kepada tauke tu la...). Cara ni kita untung lebih sikit. Tapi jika tak mahu tanggung risiko seperti berat ayam lari, ayam mati atau cedera dsbnya kita pergi pada cara yang no 1.
p/s: cara berniaga ayam ni mungkin berbeza-beza ikut pengalaman masing2. Sesiapa yang ada cara yang lebih baik boleh kongsikan bersama.
