Assalamualaikum warga CG
Saya teringin nak melakukan bisnes menyewa kereta.
Sasaran penyewa kami hanyalah pelajar IPT , tidak utk umum,
bagi mengurangkan masalah besar.
Oleh kerana kami tiada pengalaman langsung ( hanya pasang cita cita je dulu ),
diharapkan agar ada saudara/saudari memberi apa apa buah fikiran, idea
kepada kami, apa yg wajar kami laku kan ?
Adakah perlu daftar perniagaan segala ? insurans tertentu perlu ker ?
Boleh berikan pandangan berdasarkan kategori di bawah :
1. Modal Permulaan.
2. Dokumen-dokumen yang perlu di sediakan.
3. Risiko-risiko yang mungkin dihadapi.
4. Bagaimana cara yang betul untuk permulaan.
5. Lain-lain maklumat.
Segala perkongsian maklumat amatlah dihargai. Para usahawan kereta sewa yang dah ada perniagaan kereta sewa lagi baik.