BTC USD 81,373.9 Gold USD 4,121.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bisnes Kereta Sewa - Persoalan & Risiko?

selalu org kedekut2 ni.. business tak kemana pun.. dok camtu ja.. :)) :)) :))

betul bro. aku faham kalau dia nak sorok2 sikit info. tapi ni, sikit pun takde. kalau kereta aku banyak xpe gak. 1 je pun. dia dgn estima, myvi bagai.

apapun, tq bro.:)cgrock
 
betul bro. aku faham kalau dia nak sorok2 sikit info. tapi ni, sikit pun takde. kalau kereta aku banyak xpe gak. 1 je pun. dia dgn estima, myvi bagai.

apapun, tq bro.:)cgrock

haha... dlm menega ni toksah dok kedekut2 ilmu... kalau dok kira dunia ja mmg la boleh jadi persaingan..

cuba pikir.. wujud lagi sorang pengusaha keta sewa berdekatan.. ambik contact dia then kita wujudkan usahasama.. keta hang tak cukup.. roger aku.. keta aku tak cukup.. roger hang.. tp harga korang kena sama..

camtu yg kami buat kat group2 pengusaha utara.. kami semua satu unit di utara.. mana ada client yg lebih2.. diaorg akan roger dlm group.. so sapa2 yg berdekatan dan nak ambik customer tu.. ambik jer.. kalau boleh bg la sikit kt tukang bg kasteme.. tp tak bagi pun takpa.. sbb ada job lebih.. sama2 share..

camtu juga projek besar2.. bila perlu 10 biji exora.. corporate customer nak sewa 2 minggu.. so tukang dpt job tu akan announce dlm group.. then masing2 hantar keta.. payment dpt terus time hantar kereta..


kalau business camni.. bila jumpa betul2 meriah.. sbb semua berkawan baik.. walaupun baru kenal 2-3 bulan.. tp sembang mcm dah kenal 10thn.. tapi awas.. jgn nak menipu duit ringgit dlm group.. kalau tak.. 1 mesia tau dan nama terus busuk.. so menega la sorang2.. apa2 projek atau customer sekor pun takkan pass mai..
 
Menarik bisnes ni. Mmg dah lama tgk bisnes kereta sewa ni, tp belum cukup berani. Saya risau keselamatan (hilang) kereta dan kerosakan/kemalangan.
Saya tgk dari segi keselamatan byk produk keselamatan utk kurangkan risiko kereta hilang.
Tapi bab kerosakan/kemalangan dr pihak customer ni yg leceh sikit. Kalau rosak RM30 saja ok lagi. Kalau kerosakan/kemalangan cecah ratusan ringgit tersadai la kereta tu nanti. Kes saman pun satu hal. Kalau saman trafik boleh isi borang ckp bkn kita yang pandu. saman parking memang kereta la yg kena. Penyewa pulak diam je, tak bagi tau kena saman.

Kena lebih motivasi lagi sbb masih ada minat yang mendalam dalam bidang ni
 
Menarik bisnes ni. Mmg dah lama tgk bisnes kereta sewa ni, tp belum cukup berani. Saya risau keselamatan (hilang) kereta dan kerosakan/kemalangan.
Saya tgk dari segi keselamatan byk produk keselamatan utk kurangkan risiko kereta hilang.
Tapi bab kerosakan/kemalangan dr pihak customer ni yg leceh sikit. Kalau rosak RM30 saja ok lagi. Kalau kerosakan/kemalangan cecah ratusan ringgit tersadai la kereta tu nanti. Kes saman pun satu hal. Kalau saman trafik boleh isi borang ckp bkn kita yang pandu. saman parking memang kereta la yg kena. Penyewa pulak diam je, tak bagi tau kena saman.

Kena lebih motivasi lagi sbb masih ada minat yang mendalam dalam bidang ni

alah jgn risau... kes eksiden ni bukan hari2 jadi.. kadang2 6 bulan baru sekali jadi.. kalau sekali eksiden telan rm4-5 ribu pun senang2 boleh cover.. sbb cash masuk hari2.. ( utk kes byk keta la ) ..

buat jer.. kalau takut apa benda semua tak jadi.. dan sampai bila2 pun tak berubah kehidupan kita.

saya punya cara berfikir senang je..

drpd kita mula kerja contoh drpd thn 2000 sampai skang ni 2014.. adakah ada byk perubahan drpd sudut ekonomi terhadap diri kita.. kalau semakin selesa.. alhamdulillah.. tp kalau sama je.. ujung bulan cukup2 makan.. terhimpit ngan hutang.. so pd saya.. apa yg kita buat selama berterusan sekarang ni takkan menjadi lebih baik kerana takde apa2 situasi yg berubah pun.. so setiap bulan rutin yg sama kita akan buat.. bangun pagi kerja.. ujung bulan dpt gaji.. bayar hutang.. tinggai sikit.. berjimat2 sampai ujung bulan.. dan proses itu berulang.

Kalau nak keluar drpd rutin tu.. kena la berubah.. manalah dpt nak harapkan keadaan berubah tanpa kita melakukan apa2 perubahan. itu jer.

nak seribu daya.. taknak seribu dalih.. pegang itu dlm kepala ketat2.. :)) :)) :))
 
Last edited:
syok bace benda wt duit ni...tumpang parking mencari ilmu drpd abg miehensem :">
 
haa elok la sapa baca thread ni drpd mula..

kalau tgk tarikh post aku kat page 2 rasanya.. 1/3/13 ..


bulan tu aku buat kali pertama beli viva auto utk sewa.. plan tu.. kalau on the road sebulan 5 hari pun cukup dah.. utk cover installment..



bila dah keluar keta viva sekenhen aku.. repair2 balik... then pasang gps semua siap.. so masuk iklan mudah..

masuk dlm sejam dua.. first customer aku mmg aku ingat sampai mati ialah student aimst.. yg mana lokasi dia 15km drpd rumah.. ketar2 juga nak terima first customer ni..

print semua rental agreement dan resit.. then dengan gabra dan penakut semua ada.. aku jumpa first customer.. chinese.. sign2.. tergagap sana .. tergagap sini.. tunggang langgang .. dan akhirnya aku berjaya hand-over kunci kat penyewa.. dan esok tu dia call utk serah kereta..



so pastu terima customer kedua.. konfiden sikit.. customer kedua malay pompuan.. so stedi sikit la.. dia sewa sehari.. dlm hati alhamdulillah..

pastu balik.. 2 3 hari lepas tu ada tentera kem kat sp ni sewa satu hari nak p ipoh.. so lepas sign rental agreement.. dia bwk keta..

lepas dia hilang drpd pandangan.. aku bukak tab sambil tgk current location.. mmg terus dia masuk highway dan speeding ke arah ipoh.. dlm hati aku.. mmg tak sedap dah.. tp buat taktau jer..

malam tu aku tido.. esok pagi subuh tu aku tgk ada 3 missed call drpd penyewa.. aku call balik.. dia cakap enjin rosak kat tol juru.. peluh dah aku..

aku call towing.. so depa towing balik mai sg petani.. hantar bengkel..


bengkel salahkan aku sbb kata keta tak elok bg org sewa.. aku pun cakap la.. aku dah siap elok2 dah keta tu..

pastu operasi bukak enjin.. rupa2nya mmg penyewa tu speeding.. enjin mmg damage teruk.. so lepas kira2 costing ngan pomen.. dia suggest tukar enjin baru.. tepuk dahi aku.. income baru rm3-4 ratus.. dah kena keluar ribu riban utk repair..

sebelum aku buat keta sewa ni.. aku ada kasitau kat abg ipar aku.. dia kata jgn buat.. sbb risiko mcm2.. tp aku degil gak..

pas2 enjin jem tu.. time aku balik kampung .. abg ipaq aku tanya.. camna business... aku cakap keta enjin jem.. costing repair rm3k lebih.. dia gelak kat aku.. kurang hajau betoi..

last2 ikat perut.. pinjam sana sini.. sambil hambat penyewa tu suh bayar.. haram sesen dia takmau bayar.. last2 tebal muka la mintak pinjam duit..



so dah cukup ngan duit gaji aku.. duit gaji bini ngan duit pinjam2 merata2 sorang sikit tu.. keta aku keluar bengkel..

so time tu aku dlm dilemma.. nak teruskan atau nak stop.. jadi trauma beb..


pastu masuk utube.. buka video2 motivasi punya.. penaik semangat sorang2 dikala semua org dah tidor.. di tengah malam yg hening..

esok tu aku cakap kat isteri aku.. aku nekad.. aku nak sambung buat keta sewa.. dia cakap okey lah.. dia bekap aku drpd belakang..



so dari sehari ke sehari.. org call sewa sehari.. 4 hari.. seminggu.. 2 minggu.. aku simpan duit.. cut cost sana sini.. pastu kemuncak org sewa viva aku 2 bulan berturut2..

so disitu aku ada cash utk downpayment keta baru.. so dengar terketar2 lutut.. beli la myvi sekenhen tahun 2009 dengan harga rm31k..

dan perjalanan berterusan.. mcm2 dugaan.. penyewa takmau hantar kereta.. viva eksiden depan.. org belakang hentam viva aku.. mask bengkel.. kejan tokey bengkel suh siapkan cepat.. pastu terima lagi booking sewa 20hari..



dari hari ke hari. dengan duit sewa viva buruk dan myvi seken tu aku tambah sedikit demi sedikit..



dan alhamdulillah.. sehingga ke hari ni aku dah ada 9 biji kenderaan pelbagai segmen..

dan maybe akan bertambah 11-12 biji dlm masa terdekat..

tu la cerita aku..

maaf la kalau boring.. :)) :)) :))

Perkongsian yang menarik. Syabas sbb dh berjaya skang :D
 
Perkongsian yang menarik. Syabas sbb dh berjaya skang :D

Tak berjaya lg tuan sonche.. byk lg perlu dibuat.. lepas cukup kereta step seterusnya nak upgrade kompeni ke sdn bhd.
 
dan alhamdulillah.. sehingga ke hari ni aku dah ada 9 biji kenderaan pelbagai segmen..

dan maybe akan bertambah 11-12 biji dlm masa terdekat..

tu la cerita aku..

maaf la kalau boring.. :)) :)) :))
bro, bg tips skit nak tambah kereta byk2
pasal loan, nama semua la
kwn ni sebijik je dr dulu, bulan depan baru nak tambah sebijik kereta sendiri
 
bro, bg tips skit nak tambah kereta byk2
pasal loan, nama semua la
kwn ni sebijik je dr dulu, bulan depan baru nak tambah sebijik kereta sendiri

Soalan ni aku pernah tanya member2 otai aku.. depa dah ada 60-70 biji keta.. soalannya.. mcmana depa buat? .. depa kata senang..

Guna maksimum nama kita berapa yg boleh.. selalunya 4 biji keta utk 1 nama.. maksudnya 4 loan la.. pastu selalu bank dah tak bg.. pastu lg 4 kita jadi gerentor kpd isteri.. so isteri pun ada 4 loan..

Rule no.1 dlm keta sewa.. loan ngan bank kena jaga ccriss betoi2.. sbb kita taktau bila akan buat loan lg.. kadang2 terkejut dpt offer best.. mcm semalam keta vios aku dah keluar.. masuk loan hari jumaat.. isnin p sign.. rabu keluaq..

Ccriss tu penting..

Cara kedua. Cari keta sambung bayaq.. kdg2 akan jadi sedikit problematik sbb owner lebih berhati2.. kadang2 1 saman aes ligan aku mcm kena saman rm10k.. walhal saman dia sebelum dia serah keta bersepah2.. camtu gak ngan bank.. sebelum ni tak pernah jaga ccris.. 2 3 5 pun ada.. kena tarik bank.. tp lepas bg sambung bayaq lg 4 hari due dah bising2 mcm dah 4 bulan tak bayaq..

Tp apa2 pun bgtau kt owner yg keta ni akan digunakan utk sewa. Just inpom balik jika ada saman..

Bab saman pun kita ada kontek ngan bukit aman.. semua saman kita bayaq ada keluaq resit.. mmg legit.

Last sekali pajak la.. ada 80/20 .. 70/30 .. stail pajak ni aku tak bekenan.. sbb menyusahkan dedua pihak..

Dipihak owner keta.. nak byk sbb 70% drpd rate sewa masuk poket dia..
Dipihak pengusaha .. takmau lepas keluaq kerap sbb 30% je pun.. buat letih jer..

So bayangkan 2 situasi berbeza kedua2 belah pihak. Jadi mcm2 konflik.. so aku tak buat pajak mcm ni..

Stail aku pajak bg fix income utk tuan keta.. sikit je la.. tp paling penting konsisten dan takde perselisihan faham.
 
aku nak sewakan kereta saga BLM aku rm800 sebulan...sapa mau...
 
Back
Top
Log in Register