utk newbie.. 1 benda yg korang kena buat.. iaitu cari mentor.. cari org yg dah berjaya buat keta sewa.. yg dah buat mcm2 kesilapan dlm perniagaan.. so belajar drpd depa.. kita boleh save berpuluh2 malah beratus2 ribu dengan depa ni..
saya salah seorang pengusaha yg bermula dengan sebiji keta viva..
permulaan mmg agak perit sbb kos utk permulaan operasi agak banyak.. tp bersabar la.. kumpul duit sewa dari hari ke hari.. dan mulakan dengan apa yg ada dulu..
mcm rental agreement buat permulaan just buat dlm word then print bila ada customer nak sewa.. atau kalau nak jimat lagi.. fotostate sesiap 50 keping then binding..
pastu dokumen korang boleh tgk mudah.my.. semua dlm tu.. dan gps is a must.. kalau korang berani toksah pasang.. tp saya tak berani ambik risiko..
sebenarnya gps byk membantu dlm operasi keta sewa... sbb dengan gps kita boleh agak keta sewa tu nak extend atau dah balik.. semua benda tu penting bila kita ada queue order.. tambah2 order terkejut yg melibatkan byk hari.. so disitu peranan gps utk locate kenderaan amat penting.. benda ni akan selalu jadi.. hampir setiap hari..
nanti bila korang running korang akan faham semua ni..
pastu hasil sewa tu.. simpan dlm current account dan kumpul utk next car.. so far kereta yg terbaik utk bermula adalah viva auto.
tapi untuk menjadikan kita ni sentiasa menjadi salah seorang big player dlm industri ni ( nak jadi big player tak perlu kereta byk2.. janji popular ) .. owner kereta mesti tahu teknikal mengenai keta2 yg ada pd dia.. sbb hampir 80% pengusaha kereta sewa yg ada di malaysia semua buta teknikal.. sbb tu kebanyakan kereta sewa dlm keadaan teruk dan tidak terurus.. sbb owner tak tau apa yg sepatutnya depa buat.
So dlm kes mcm ni.. pengusaha mcm aku yg ada ilmu teknikal mmg ada advantage sgt besar dlm persaingan setempat..
pattern pelanggan melalui pengalaman.. kebanyakan pelanggan kereta sewa sgt loyal kepada syarikat.. pengusaha boleh penuhi kehendak pelanggan akan dijadikan pilihan.. selepas mereka berpuas hati dengan perkhidmatan.. chances utk customer lari ke kompeni sgt2 nipis.. pengalamn saya.. pernah regular customer menyewa call utk sewa mpv.. bila saya cakap mpv saya dah habis ditempah pd tarikh tu.. diaorg cancel plan utk bercuti.. diaorg dah tak cari tempat lain dah .. sbb mcm2 dah pengalaman diaorg kena dengan syarikat2 lain.. so bila kita dah berada di tahap tu.. trust dan expectation customer sangat tinggi.. seboleh2 kita jaga sebaik2 kepercayaan tu..
servis jgn culas.. major servis buat ontime.. sentiasa check bunga tayar.. dah sampai 10% drpd safety line tukar tayar baru ( jgn save ambik sekenhen.. sbb ia melibatkan nyawa ) .. aircond make sure sejuk.. bau dlm keta make sure wangi.. dan paling penting kena bersih.. jadikan pelanggan kita menikmati pengalaman yg sama dengan semua kereta kita yg ada..
contoh ada 6 biji viva.. make sure 6 biji viva condition terbaik.. maksudnya.. customer tak komplen dan tak memilih kereta sbb diaorg dah tau semua kereta dlm keadaan baik.. sbb jika tak jaga keseragaman condition kereta.. bila satu2 keta yg customer request tu takde.. diaorg akan cancel order.. sbb diaorg tau keta lain2 tu teruk.. yg diaorg request tu je yg elok.. so tak boleh la mcm tu.. meniaga kita boleh lingkup.
point utama dlm keta sewa selain management..
condition kereta.. kebersihan kereta.. dan pr pengusaha sendiri..
kalau boleh jaga 3 benda ni.. insyaallah boleh bertahan lama..




