BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bimbang pokok reput hempap penduduk

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pokok reput yang dikhuatiri tumbang pada bila-bila masa.​

KAMPUNG BANDAR - Penduduk Kampung Bandar di sini menyuarakan kebimbangan mereka berikutan beberapa pokok reput di kawasan itu yang dikhuatiri boleh tumbang pada bila-bila masa.

Seorang penduduk, Mohd Shariff Mydin, 49, berkata, dia bimbang jika pokok di kawasan itu tumbang menghempap murid kerana ia berhampiran sekolah.

"Bayangkan hari-hari ibu bapa dan murid sekolah terdedah dengan bahaya, di tambah pula dengan keadaan jalan rosak yang boleh menyebabkan kemalangan.

"Bila pakcik tengok penunggang motosikal lalu kawasan itu pakcik jadi risau bila fikirkan kalau mereka terlanggar lopak di kawasan itu masa hujan lebat dan pokok pula reput dan hempap mereka," katanya.

Bagi Rosnah Bardan, 56, berkata, dia juga bimbang kerana melalui kawasan itu pada setiap hari.

Katanya, dia bekerja sebagai tukang cuci dan sering melihat penunggang motosikal terdedah dengan bahaya kerana lokasinya hanya kira-kira 200 meter dari sekolah.

"Saya harap pihak bertanggungjawab dapat pantau keadaan pokok di kawasan itu dan baiki semula laluan yang rosak.

"Jangan pula bila dah ada yang terlibat dengan kemalangan baru nak bertindak," katanya.

Sementara itu, Hashim Hanafiah, 47, berkata, dia sering menerima aduan daripada penduduk mengenai keadaan laluan tersebut.

"Bagaimanapun, saya difahamkan ketua kampung sudah maklum perkara ini dan berharap dapat panjangkan perkara berkenaan kepada pihak terlibat.

"Paling tak pun pantaulah kawasan laluan Kampung Bandar ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register