BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bimbang jambatan runtuh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
wj_03.1.jpg

Mohd. Ruzi Abu Saad menunjukkan tebing runtuh di bawah jambatan yang telah patah di Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor, semalam.

KOTA TINGGI 29 Okt. – Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, Perak baru-baru ini menambahkan lagi kebimbangan penduduk dan pelajar sekolah Kampung Tembioh, di sini yang terpaksa menggunakan jambatan uzur di kampung berkenaan setiap hari.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Kampung Tembioh hari ini mendapati, jambatan berkenaan yang merentangi Sungai Tembioh itu bagaikan menunggu masa hendak runtuh.

Jambatan beusia 25 tahun itu kelihatan senget, mempunyai tiang-tiang yang sudah reput dan sebahagiannya sudah patah serta hampir tumbang.

Selain itu, terdapat juga kesan runtuhan pada tebing di bawah jambatan tersebut akibat hakisan arus deras air sungai semasa banjir tahun lalu serta lubang terbentuk akibat jentera berat yang sering melalui di atasnya.

Seorang penduduk, Mohd. Ruzi Abu Saad, 33, berkata, penduduk termasuk pelajar sekolah tiada pilihan melainkan menggunakan jambatan itu untuk berulang-alik setiap hari untuk menyeberangi sungai berkenaan.

“Kami bimbang keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak yang melalui jambatan ini kerana keadaannya semakin daif dan menunggu masa hendak runtuh.

“Kami tidak mahu tragedi yang berlaku di Kuala Dipang, Perak turut berlaku di sini dan kemudian barulah hendak diambil tindakan atau menuding jari antara satu sama lain,” katanya.

Dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang tersebut, tiga pelajar mati lemas dan lebih 19 orang lagi berjaya diselamatkan ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu.

Mohd. Fuzi berkata, seharusnya kejadian di Perak itu perlu dijadikan sebagai satu peringatan dan iktibar bagi mengelakkan ia berulang di mana-mana termasuk di Kampung Tembioh.

Beliau berkata, penduduk berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya segera membaiki atau menggantikan dengan jambatan baru.

Menurutnya, ia bagi menjamin keselamatan penduduk terutama kemudahan bagi orang ramai berulang-alik ke bandar Kota Tinggi untuk urusan harian terutama menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan kampung tersebut, Mohd. Taha Madon, 58, berkata, masalah berkaitan ‘jambatan maut’ di Kampung Tembioh sudah lama dikemukakan kepada pihak berkenaan sejak beliau memegang jawatan itu 15 tahun lalu.

“Dalam tempoh itu, kami telah dijanjikan dan diberi harapan bahawa masalah berkenaan akan atasi, namun janji yang diberi hanya tinggal janji, malahan sekeping papan pun tidak diganti,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap supaya disegerakan pelaksanaannya agar penduduk di sini tidak lagi dihantui masalah keselamatan setiap kali hendak menyeberang jambatan itu.
 
adoi la..wakil rakyat watpe ah...x g tgk ke...ke asyik dok sedut duit rakyat nie???ape la...
 
Back
Top
Log in Register