BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan Hongqi di Sichuan runtuh

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
SICHUAN, CHINA - 12 Nov 2025 : Sebuah jambatan baharu di wilayah Sichuan runtuh pada Selasa lalu, hanya beberapa bulan selepas ia dibuka kepada laluan awam. Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa berikutan kawasan berkenaan telah ditutup lebih awal selepas tanda-tanda keretakan dikesan.

Menurut laporan Reuters, runtuhan berlaku di Jambatan Hongqi yang terletak di daerah Maerkang, di wilayah pergunungan Sichuan.

Bahagian tengah jambatan sepanjang kira-kira 758 meter itu terputus dan jatuh ke dalam lembah berhampiran kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa sehari sebelum kejadian, jurutera telah mengesan pergerakan tanah dan rekahan di bahagian cerun berhampiran struktur jambatan. Langkah penutupan segera diambil bagi tujuan pemeriksaan keselamatan, sekali gus mengelakkan kemalangan jiwa.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik ngeri ketika bahagian jambatan runtuh, diselubungi debu tebal sebelum terjunam ke dasar sungai.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergerakan tanah (slope deformation) akibat ketidakstabilan cerun yang mungkin dipengaruhi oleh keadaan geologi dan struktur tanah di kawasan pergunungan tersebut.

Jambatan Hongqi merupakan sebahagian daripada Projek Lebuhraya Nasional G317 yang menghubungkan Sichuan dengan wilayah Tibet.

Struktur itu siap dibina awal tahun ini dan menjadi antara mercu pembangunan baharu di kawasan itu.

Menurut laporan China Daily, kerja-kerja pemeriksaan sedang dijalankan oleh pihak Sichuan Road and Bridge Group, syarikat pembina utama projek tersebut. Laluan alternatif telah disediakan dan kawasan kejadian kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam.

Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan projek infrastruktur berskala besar di China, khususnya di kawasan yang terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Sumber : Reuters, China Daily, Newsweek, Lianhe Zaobao dan Washington Post,




14103543009948813-342423.jpg

14103543009948813-342424.jpg

14103543009948813-342425.jpg

14103543009948813-342426.jpg
 
Back
Top
Log in Register