BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Pindah Penduduk Susulan Jambatan Runtuh Di Rompin

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
02.01.2026 - Polis berjaya memindahkan tujuh individu termasuk seorang wanita sarat mengandung dan seorang kanak-kanak selepas terperangkap susulan kejadian jambatan runtuh di Sungai Mok, Rompin petang tadi. Ketua Polis Rompin Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kejadian runtuhan jambatan yang menghubungkan Kampung Selendang dan Kampung Sungai Mok itu dilaporkan berlaku kira-kira 8 pagi. Katanya, tiga anggota dari Balai Polis Kuala Rompin kemudiannya digerakkan bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan pemindahan mangsa pada kira-kira 2.20 petang tadi.

“Operasi pemindahan melibatkan dua lelaki dewasa, tiga wanita warga emas, seorang ibu mengandung dan seorang kanak-kanak perempuan. Mangsa yang berisiko tinggi dipindahkan terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan mereka. Ibu mengandung yang terlibat juga tidak memerlukan rawatan hospital dan dihantar terus ke rumah saudara di Kampung Tanam, memandangkan tarikh jangkaan bersalin adalah pada 7 Jan” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semua mangsa berusia antara 11 hingga 55 tahun dipindahkan untuk menetap di rumah saudara-mara masing-masing. Dalam perkembangan lain, Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Rompin dalam kenyataan memaklumkan Jalan Kampung Sungai Mok ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula berikutan kejadian runtuhan jambatan itu.

“Penutupan melibatkan laluan di Jambatan No. 1 dan tiada laluan alternatif disediakan. Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda serta arahan yang ditetapkan demi keselamatan,” menurut hantaran itu.
1767362372478.png
 
Back
Top
Log in Register