iswarahijau
Super Active Member
- Messages
- 6,060
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 6,060
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
Kecoh satu Pasir Mas bila ura-ura kedengaran Ibrahim Ali akan menjadi calon PAS Parlimen Pasir Mas. Ader yang mengatakan itu hanyalah khabar anging, ader juga yang mengatakan itu mainan puok UMNO dalam salah satu strategi Psywarnya. Tapi itulah hakikatnya bila Pimpinan ”Ulamak” PAS menamakan Ibrahim Ali sebagai sebahagian dari ”Pimpinan Ulamak”.
Puok-Puok PAS yang tuo (ortodoks) dikatakan menentang perlantikan Pak Adi Jagat ini sebagai calon mewakili mereka. Mereka tidak boleh lupa lagi apa yang pernah dicaci, dimaki hamun oleh Ibrahim Ali semasa beliau dalam UMNO dahulu.
Tapi inilah hakikatnya Puok PAS, dia mempergunakan Ibrahim Ali sebagai senjata ”tumpulnya”. Khabarnya Ibrahim Ali akan menaja semua perbelanjaan calon DUN PAS di dalam parlimen Pasir Mas sebagai balasan Nik Aziz melantiknya Calon Parlimen Pasir Mas. Jangan sampai tidak balik deposit sudahlah Pak Berahim.
Disiarkan beberapa petikan Pak Berahim kepada Puok PAS semasa masih berada dalam kerajaan. PK la wey!
BH, 16/04/1999KOTA BHARU, Khamis -
Kerajaan Pas Kelantan disaran menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau menyediakan kertas putih berhubung isu bekalan air di negeri ini sejak penswastaannya pada 26 Februari 1995.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim Ali, berkata masalah air di negeri ini yang berlarutan terlalu lama kini menjadi isu besar dan wajar kerajaan negeri bersikap terbuka dan telus dalam mendedahkan perkara sebenar untuk pengetahuan rakyat."Walaupun Kerajaan Pusat bersetuju pada dasarnya untuk membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah terbabit dengan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta, amatlah wajar kertas putih atau Suruhanjaya Diraja dibentuk sejajar slogan Pas yang memerintah Kelantan."Persoalannya, kenapa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz tidak berani menyediakan kertas putih untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincangkan secara terbuka atau ada sesuatu yang hendak disembunyikan beliau."Masalah bekalan air di negeri ini membuktikan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu menjadi pemerintah," katanya.
BH, 18/06/1999KUALA LUMPUR, Khamis -
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ibrahim Ali malam ini mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat enggan tinggal di rumah rasmi kerajaan negeri kerana beliau mahukan elaun perumahan RM6,000 berikutan tinggal di kediaman lain.Beliau berkata Nik Aziz masih menerima elaun itu walaupun majlis keraian diadakan di rumah rasmi kerajaan negeri. Selain itu, Nik Aziz dan pemimpin Pas lain juga menaiki pesawat kelas mewah untuk ke sana sini, katanya pada Pidato Memerangi Fitnah di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini."Ini sikap hipokrasi... jika dia (Nik Aziz) betul-betul memperjuangkan jihad, lebih elok dia berbasikal," katanya.Ibrahim berkata beliau tidak gentar mengkritik Nik Aziz dan pemimpin Pas lain kerana mereka bukan maksum (sempurna).
BH, 21/06/1999Tiga pemimpin Pas seperti watak komedi.
AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ibrahim Ali, menggamatkan dewan apabila menyamakan tiga pemimpin Pas dengan watak pelakon komedi dalam pendekatan perang saraf bagi menangkis kempen parti pembangkang menjelang pilihan raya."Apakah kita tidak boleh mencetak sepanduk dan menulis nama (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) sebagai Mr Bean Malaysia, (Abdul) Hadi Awang pula Wahid Satay Malaysia dan (Datuk) Fadzil Noor sebagai Charlie Chaplin. "Kita ikut sesuai dengan watak masing-masing seperti mereka buat kepada pemimpin kita."Kalau setiap orang daripada kita buat cogan kata bersemangat dan hebat-hebat, saya percaya dua bulan, mampuslah Pas," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, di sini semalam.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Memerangi Fitnah Umno, berkata pendekatan perang saraf itu boleh diambil bagi menangkis kempen parti pembangkang menyebarkan pelbagai tohmahan kepada pemimpin parti dan kerajaan.
BH, 07/09/1999PASIR MAS, Isnin -
Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan merangsang ekonomi negeri, memaksa kira-kira 740,000 rakyat negeri ini terutama golongan belia berhijrah untuk mendapatkan peluang pekerjaan di negeri lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Ibrahim Ali.Katanya, jumlah itu dianggap tertinggi dalam sejarah pemerintahan Kelantan sejak Pas mengambil alih daripada Barisan Nasional (BN), kira-kira 10 tahun lalu.Menurut beliau, perangkaan itu yang berasaskan kepada tinjauan rambang Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), pada Mac lalu dijangka bertambah jika tiada usaha dilakukan kerajaan Pas untuk mengatasinya."Ini membuktikan Pas langsung tidak mengambil berat menangani masalah ini sehingga mendorong pelbagai lapisan rakyat meninggalkan tanah air sendiri untuk mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga," katanya kepada Berita Harian, di sini.Mengikut data itu, kira-kira 250,000 orang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Selangor (200,000 orang); Pulau Pinang (60,000 orang); Pahang (60,000 orang); Terengganu, Johor dan Singapura masing-masing 40,000 orang; Kedah (35,000 orang); dan lain-lain negeri 15,000 orang.Sambil melahirkan kesal dengan sikap berdiam diri kerajaan negeri itu, beliau tidak menolak kemungkinan ramai lagi rakyat akan mengambil keputusan meninggalkan negeri ini untuk mencari pekerjaan.Sehubungan itu, katanya desakan dan kesempitan hidup kerana gagal bekerja di tempat sendiri memaksa kebanyakan daripada mereka merantau."Tindakan ini bukan saja merugikan kerajaan negeri, tetapi turut menjejaskan maruah mereka sebagai pemimpin tidak proaktif."Bayangkan, 94 peratus daripada 1.3 juta rakyat Kelantan adalah orang Melayu, sekiranya ia tidak ditangani segera, apa akan jadi dengan nasib bangsa kita. Apakah mereka ini dapat mencapai wawasan negara untuk melahirkan generasi berdaya maju pada masa akan datang.
Nik Aziz diminta tinggalkan politik
BM, 14/11/1999PASIR MAS: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinasihat berhenti daripada arena politik dan memberi tumpuan kepada usaha menyebarkan syiar Islam demi menjaga maruahnya sebagai seorang tok guru serta nama baik umat Islam.Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Paduka Ibrahim Ali, berkata perbuatan Murysidul Am Pas itu yang memutarbelitkan fakta mengenai beberapa kenyataannnya bukan saja menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak malah menjejaskan kesucian agama."Dia (Nik Aziz) langsung tidak mempunyai pendirian tetap. Bercakap mengenai Islam tetapi tidak tepat dengan fakta sehingga orang Islam dan bukan Islam beranggapan agama Islam bukan lagi ajaran yang membawa kepada kebaikan," katanya selepas merasmikan Kempen Cara Hidup Sihat di Sekolah Kebangsaan Delima, dekat sini, semalam.
Pengangguran paling banyak di KelantanBH, 01/04/2002KADAR pengangguran di Kelantan meningkat tujuh peratus tahun lalu, berbanding lima peratus pada 2000, sekali gus meletakkan negeri itu mempunyai antara penganggur paling ramai di negara ini.Peningkatan itu, dikatakan berkait rapat dengan kegagalan kerajaan Pas Kelantan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat sepanjang 12 tahun pemerintahannya.Dianggarkan 561,900 tenaga buruh berada di pasaran sehingga kini, berbanding 533,900 orang yang diperlukan untuk mengisi pelbagai jawatan. Pengerusi Yayasan Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali, berkata berdasarkan perangkaan itu, kadar pertumbuhan tahunan tenaga buruh dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) agak tinggi iaitu 3.5 peratus.Pada masa sama, katanya, Kelantan tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan mencukupi bagi memenuhi penawaran buruh yang besar di negeri itu.Katanya, peningkatan kadar pengangguran itu berkait rapat dengan kegagalan kerajaan negeri menarik pihak swasta melabur di negeri itu bagi menggalakkan penjanaan ekonomi, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.Ibrahim percaya, selagi kerajaan negeri tidak dapat menarik pelaburan luar, dijangka ramai lagi penduduk berhijrah untuk mencari pekerjaan.