BTC USD 86,046.2 Gold USD 4,343.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bijak asb

DIVIDEN ASB 6.75% ! Plg rendah dlm sejarah !
Rugi ke ASBf saya?
====================================
Bertenang. Jom kira baik-baik. Kira balik. Be rational. Kita invest sbb kita ada matlamat. Pastikan matlamat kita tercapai dgn ASBf walaupun div hanya 6.75%. Jika tidak pasti status untung rugi semasa pelan ASBf, kita mestilah dapatkan nasihat drp Perunding Kewangan yg bertauliah & berilmu. Ilmu akan beri kita keyakinan. Biarlah org di sekeliling kita gelabah dan gabra pun, kita tetap bertenang dan stay senyum sbb kita tau berapa untung kita.
Kita harus faham. ASBf hanyalah ALAT utk capai matlamat kita saja. Kita berharap ALAT ini dpt bantu kita capai matlamat. Oleh itu kita harus lah berdoa ALAT yg DIJAMIN KERAJAAN ini akan kekal mampu beri dividen yg mampu memberi keuntungan bersih kpd kita. Kita kene bersatu jaga KELEBIHAN YG SATU yang kita ada ini.
Bayangkan jika DIVIDEN ASB - INTEREST PINJAMAN = Zero or below...siapa yg rugi. Kita juga kan? Terpaksalah kita berharap kpd CASH kita sediada saja utk buat pelaburan. HILANG TERUS PELUANG KITA UTK buat untung dividen melalui konsep OPM (pinjaman). Soalannya...banyak ke cash kita?
Kalau kita byk sgt CASH ok la...mcm mana kawan2 kita yg cash pun selalu defisit, kan? Hanya payslip saja la modal yg mereka ada, yg laku 😥. Izinkan lah mereka nak buat ASBf dgn aman. Itu saja yg mereka mampu. Hidup kan macam roda. Mgkin harini kita byk cash dan pandang ASBf sebelah mata. Tapi mgkin juga esok lusa kawan kita ni tadi yg akan tlg kita, kan. Mana ada benda yg kekal...betul tak? Duit kan kertas aje. Ada property pun... batu boleh pecah, kan. Tanah boleh runtuh...banjir...Biasa lah tu... ini hakikat. Tak ada sesuatu pun jaminan sebenarnya pun kan. Kita pun sedar tu, betul tak?
Tp tiada jaminan bukan alasan utk tak mulakan apa2 dan cipta keuntungan drp ASBf. Habis tu umur kita yg takda jaminan ni, nak di'hentikan" terus ke? Yg bujang tak perlu kawin tak perlu ambil komitmen sbb tak yakin esok hidup lagi? (<<<Ini contoh shj...) Apa yg perlu kita fokus sekarang adalah rebut peluang untung ASBf selagi masih ada. Hentikan berdebat. Hentikan sengketa. Lebih elok kita buat sesi perkongsian. Kan lebih bermanfaat kan...
Saya? Hari ini saya masih teruskan ASBf saya sbg salah satu alat yg baik utk generate higher profit with almost ZERO RISK. Saya pernah share dlm 1 post di fb sblm ini...jika untung bersih defisit, tidak semestinya kita diWAJIBkan utk stay. However buat masa ini, ASBf saya masih membantu saya capai matlamat saya. Syukur 😃
======================================
If you fail to plan, you plan to fail
Jika tiada kapal yg dtg utk selamatkan anda drp lemas, berenang laju2 menuju kpd kapal tsb !
======================================
Halim Latip
01933213415
Pelabur dan Perunding Kewangan
FREEDOM Empire

Kiraan ASB bulanan.jpg
 
WANG BERGANDA. Ini bukan sesuatu yang magis. Bukan juga sesuatu yang boleh diperoleh dengan menggunakan khidmat si bomoh. Hakikatnya, walau bagaimana cara sekali pun, anda tidak mungkin akan dapat menggandakan wang anda dalam sekelip mata. Menggandakan atau mengembangkan wang bermaksud menggunakan wang yang anda ada dan menjadikannya lebih banyak. Dengan hanya menyimpan dalam bank-bank tempatan, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menggandakan wang anda memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh pihak bank sendiri adalah pada kadar yang sangat rendah. Justeru, anda perlu bijak memilih instrumen yang paling baik untuk anda berupaya menggandakan wang anda. Kepada yang berminat untuk memohon ASB pada tahun hadapan...jangan malu-malu untuk bertanyakan sebarang persoalan mengenai ASB kepada saya. tq
 
Sy berminat nak buat lasb2. Boleh pm details x..thanks
 
Siapa dah update buku ASB.....
tiada apa yang mustahil dgn ASB....
Jom Azam tahun baharu 2017 ini kita jadi penabung yang bijak.....15826883_1302647999756647_4181520694628300337_n.jpg
Kepada Akaun Gergasi ke Akaun Transformer ASB!!!
 
Assalamualaikum warga CG.....
APa khabar?
Kepada yang berminat untuk menjadi penabung yang bijak di tahun 2017 ini boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Sekian terima kasih
 
Assalamualaikum Warga CG.....
Maaf lama menyepi...
Alhamdulillah di awal tahun ini, ramai yang telah lulus memohon ASBf....
Kepada yang berminat untuk menjadi penabung yang bijak dan secara tidak langsung mengGERGASIkan akaun anda dengan hanya RM275 komitmen setiap bulan.
Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ASB boleh hubungi saya melalui talian 0133213415.....
Insha Allah saya akan berikan servis yang terbaik untuk anda mencapai matlamat kewangan anda!!!!
 
up untuk hari ini.....
kepada yang berminat boleh hubungi saya...
tq
TEKNIK MUDAH ASB!!!
KOMITMEN RENDAH UNTUK MEMILIKI ASB200K
JOM UBAH AKAUN ASB ANDA KEPADA AKAUN GERGASI ASB!


MODAL RM275 SEBULAN. DAPAT KAHWIN, 2 BUAH RUMAH, KERETA TUNAI DAN SIMPANAN TUNAI RMXX,XXX. SESUAI UNTUK PELAJAR IPG DAN UNIVERSITI.

Sebagai fresh graduate, it frightened me apabila kawan-kawan yang baru kerja boleh sewenang-wenangnya bercakap pasal buat Personal Loan. Maklumlah kerja gomen, kan.

Yang sedihnya, ada yang nak buat Personal Loan untuk deposit sebuah rumah dengan tujuan pelaburan Nampaknya ramai lagi orang muda yang perlu financial knowledge.

Saya umur 24 tahun. Baru mula bekerja. Planning hujung tahun ni apply ASBF untuk tujuan kahwin dan beli rumah pertama dalam masa 24 bulan.

Hanya satu sahaja perasaan kesal sebab tak follow (HF) awal-awal. Sebab masa study kat IPG (Institut Pendidikan Guru), elaun tu boleh simpan di ASB financing. Lagi pantas dapat deposit rumah pertama. Haha.

Anyway, keep up the good work tuan!"

Nota: Saya gembira dapat surat macam ni daripada Followers. Terima kasih kepada anda semua yang tak henti-henti menyokong usaha saya. Posting kat bawah ni sesuai sangat untuk student IPG.

MODAL RM275 SEBULAN SELAMA 5 TAHUN. DAPAT KAHWIN, 2 BUAH RUMAH, KERETA TUNAI DAN SIMPANAN TUNAI RMXX,XXX. SESUAI UNTUK YANG MASIH BELAJAR ATAU YANG BERGAJI KECIL


Amaran: Artikel ini agak panjang dan penuh dengan pengiraan. Memerlukan kesabaran yang tinggi dan semangat yang jitu. Kalau tak faham, jangan PM saya. Anda boleh tanya di ruangan komen. 😊

Idea ini sangat ideal kalau anda sekarang berusia 20 tahun. Jika anda masih belajar, peruntukkan duit PTPTN, biasiswa atau bisnes kecil-kecilan untuk langkah-langkah 5 tahun pertama ini.

RM32,000 DALAM MASA 5 TAHUN.
➖➖➖➖➖➖

➡ Tahun pertama, mohon ASB Financing-i RM50,000 (Sijil 1) dengan keuntungan bank 5.2% dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Ansuran bulanan adalah sekitar RM275.

Selepas setahun, dividen yang diumumkan adalah 7.25% bersamaan dengan RM3625.

Hasil dividen: RM50,000 x 7.25% = RM3625
Ansuran setahun: RM275 x 12 = RM3300
Baki dividen: RM3625 - RM3300 = RM325

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran pada tahun seterusnya (rolling dividen). Baki dividen sebanyak RM325 jangan dikeluarkan.

➡ Tahun kedua, mohon lagi sekali ASB Financing-i RM50,000 (Sijil 2) dengan keuntungan bank 5.2% dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Ansuran bulanan adalah sekitar RM275 juga.

Selepas setahun, dividen yang diumumkan adalah 7.25% bersamaan dengan RM3625.

Hasil dividen: RM50,000 x 7.25% = RM3625
Ansuran setahun: RM275 x 12 = RM3300
Baki dividen: RM3625 - RM3300 = RM325

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran pada tahun seterusnya (rolling dividen). Baki dividen sebanyak RM325 jangan dikeluarkan.

➡ Ulang kaedah yang sama setiap tahun selama 5 tahun sehingga anda mempunyai 5 Sijil ASB Financing-i RM50,000.

ASB1 had maksimum RM200,000 sahaja. Begitu juga ASB2, RM200,000 juga. Kalau dah penuh ASB1, boleh penuhkan ASB2 pula.

Jadi, selama 5 tahun, anda hanya bermodalkan RM275 setiap bulan. Selepas 5 tahun, terminate semua Sijil 1-5 untuk mendapatkan tunai.

Sijil 1✔
Prinsipal terkumpul: RM3960
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (4)
Jumlah: RM3960 + RM3625 + RM325 (4) = RM8885

Sijil 2✔
Prinsipal terkumpul: RM3080
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (3)
Jumlah: RM3080 + RM3625 + RM325 (3) = RM7682

Sijil 3✔
Prinsipal terkumpul: RM2250
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (2)
Jumlah: RM2250 + RM3625 + RM325 (2) = RM6525

Sijil 4✔
Prinsipal terkumpul: RM1460
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325
Jumlah: RM1460 + RM3625 + RM325 = RM5410

Sijil 5✔
Prinsipal terkumpul: RM710
Dividen terakhir: RM3625
Jumlah: RM710 + RM3625 = RM4335

Jumlah tunai keseluruhan: RM8885 + RM7682 + RM6525 + RM5410 + RM4335 = RM32,837

Modal: RM275 x 12 x 5 = RM16,500.

Keuntungan sekali ganda daripada modal yang anda keluarkan selama ini!!

BELI RUMAH RM200,000.
➖➖➖➖➖➖

Ketika anda mendapat RM32,000 ini, cun-cun anda sudah tamat belajar, berumur 25 tahun dan sudah bekerja dengan gaji RM2000.

Cari rumah RM200,000 yang dijual sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran. Iaitu pada harga RM160,000.

Gunakan RM32,000 tadi untuk bayaran deposit (RM16,000), legal fee valuation fee dan kos-kos lain (RM10,000) dan selebihnya sebagai simpanan (RM6,000).

Disebabkan ini rumah pertama anda, gunakan kelebihan untuk mendapatkan 100% pembiayaan daripada bank.

Pembiayaan bank: RM200,000 (Ansuran bulanan RM1,000)
Baki bayaran: RM160,000 - RM16,000 = RM144,000.

Cash back: RM200,000 - RM144,000 = RM56,000.

Jumlah tunai sekarang: Cash back + simpanan = RM56,000 + RM6,000 = RM62,000.

Setelah diletakkan perabot dan kelengkapan rumah, anda berjaya menyewakannya pada kadar RM1,000 sebulan. Jadilahhh. Dapat cover ansuran bulanan.

KAHWIN DAN KERETA TUNAI.
➖➖➖➖➖➖

Kini anda berumur 26 tahun. Nak kahwin grand atau bersederhana, terpulanglah kepada anda. Kerana anda bijak sejak 6 tahun dulu, duit simpanan dah ada RM62,000. Tak perlu ambil pembiayaan peribadi

Kita ambil contoh, anda memilih untuk bersederhana. Kos perkahwinan sekitar RM12,000 sahaja. Maka baki simpanan anda RM50,000.

Beli kereta Axia/Viva terpakai berharga RM25,000 secara tunai menjadikan baki simpanan anda adalah RM25,000. Axia pun okaylah. Buat apa beli Honda Jazz kan. Dahlah kecil, mahal pula tu. Haha.

BELI RUMAH UNTUK DUDUK SENDIRI.
➖➖➖➖➖➖

Selepas kahwin, sementara nak ada rumah untuk duduk sendiri, bolehlah menyewa dulu. Sambil-sambil tu, boleh cari rumah berharga RM150,000.

Seperti biasa, carilah rumah yang dijual di bawah harga pasaran. Harga pasaran RM150,000 dan dijual pada harga RM130,000. Duit simpanan RM25,000 digunakan sebagai deposit (RM13,000), legal fee, valuation fee dan kos-kos lain (RM12,000).

Pembiayaan bank: RM150,000 x 90% = RM135,000 (Ansuran bulanan RM675)
Baki bayaran: RM130,000 - RM13,000 = RM117,000

Cash back: RM135,000 - RM117,000 = RM18,000.

Berbahagialah anda duduk di rumah tersebut bersama pasangan tercinta. Anda baru berkahwin, tidak mengapa duduk rumah kecil. Senang nak kemas dan banyak masa untuk bersama pasangan.

NAK BUAT APA DENGAN RM18,000?
➖➖➖➖➖➖

Laburkan RM18,000 tersebut di dalam Tabung Haji atau boleh juga dilaburkan kembali ke dalam ASB Financing-i.

Okaylah tu kan. Dengan modal yang rendah dan sedikit kebijaksanaan, pada umur 27 tahun dah berkahwin, ada 2 rumah, kereta tanpa hutang, dan simpanan RM18,000.

"Atas kertas memang cantik kira. Realitinya tak seindah itu. Sudahlah! Tak logik."

Belum mula buat apa-apa lagi dah fikir negatif. Rugi. Seolah-olah kita menutup pintu hati dan akal fikiran kita untuk mendapat ilmu dan pengalaman baru.

Memang atas kertas kena cantik kira. Sebab ia adalah perancangan kita. Kalau nak merancang pun dah gagal, memang selamanya gagal.

Sepanjang perjalanan nak merealisasikan idea saya ni, memang akan ada pelbagai masalah, cabaran dan dugaan. Hadapilah dengan bijaksana ya. Hasilnya pasti berbaloi.

"Kalau sekarang saya umur dah 28 tahun macam mana?"

"Kalau gaji saya RM1500 sahaja macam mana?"

"Kalau nak kahwin grand juga macam mana?"

Seperti biasa, sesuaikahlah dengan situasi anda. Apa korang ingat aku kenal rapat semua follower aku? :)

Semua ini hanyalah cetusan idea sahaja. Kiraan pun secara kasar. Kalau nak yang tepat, dan mengikut citarasa anda, anda buatlah kisah sendiri nanti.

Saya ingatkan nak sambung gebang cerita sampai dapat beli rumah keempat. Tapi takpalah. Hadamkan mana-mana yang ada tu. Belilah dulu rumah pertama tu ya.

Sama macam kisah kahwin. Punyalah gebang nak kahwin 4. Padahal bini yang seorang pun tak terjaga. Yang bujang pun sibuk join gebang sama. Itulah fitrah lelaki. Haha. - HF

#harithfaisal

Apa yang anda belajar daripada artikel ni?
➖➖➖➖➖➖

✅ Cara melabur ASB Financing-i modal kecil.
✅ Cara kahwin tanpa pembiayaan peribadi.
✅ Cara beli rumah subsale dapat cash back.
✅ Cara beli kereta tunai tanpa hutang.



Penafian:
1. Semua kiraan adalah secara kasar untuk memudahkan kefahaman.
2. Andaian dividen ASB dan ASB2 adalah 7.25% sepanjang 5 tahun pertama.
3. Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.2% sepanjang 5 tahun pertama.
4. Andaian Sijil ASB tidak diambil bersama takaful.
5. Mungkin ada bahagian yang tak sesuai dengan anda, tapi janganlah tinggalkan semuanya. Sesuaikan dengan situasi masing-masing.


RUJUK DI SINI UNTUK JADUAL PEMBAYARAN BULANAN
View attachment 187676

TEKNIK LAIN BOLEH RUJUK DI SINI!
View attachment 187666


Kepada yang berminat ingin memohon ASB mulai sekrang boleh hubungi saya:
Perunding Kewangan anda!!!
Abdul Halim
untuk janji temu atau pertanyaan mengenai ASB boleh hubungi:
Whatsapp/Telegram/SMS/Call: 0133213415

InshaAllah Servis Terpantas buat anda!!!
 
Pasangan ini kumpul RM57,234 dan beli rumah RM200,000 lps berkahwin dgn hanya RM550

Dengan ilmu, tak mustahil anda boleh beli rumah sejurus lepas dah berkahwin nanti.

Cuma nak atau tak nak buat je. Lagipun, modal anda bukan banyak mana pun. Cuma RM275 sebulan untuk seorang.

Kalau buat sekali dengan pasangan, senang-senang je korang capai simpanan RM57,234 tu dalam masa 6 tahun.

Korang serius nak belajar macam mana pasangan ni buat?

Hadamkan betul-betul perkongsian ini sekarang. Korang boleh berkahwin, beli rumah, dan siap ada duit lebihan untuk disimpan.

Dengan RM550, boleh simpan banyak duit sampai macam tu sekali?

Bagi pasangan muda yang baru nak berkahwin dan impikan rumah di masa akan datang, anda boleh cuba gunakan strategi ini.

Katakan, gaji bersih anda dan pasangan RM1,500 setiap seorang.

Ini strategi mudah yang anda boleh guna:

1) Anda dan pasangan apply ASB Financing RM50,000, dengan bayaran bulanan RM275. Tempoh pembiayaan pula, anda mohon sampai maksimum iaitu 30 tahun.

2) Untuk tahun pertama, kekalkan bayaran ansuran RM275 tu selama setahun.

Kekalkan rentak dan tuai hasil lumayan lepas tempoh 6 tahun

3) Masuk tahun ke-2 pulak, tambah lagi satu sijil ASB Financing RM50,000. Sama juga dengan yang kat atas tadi, mohon tempoh maksimum pinjaman selama 30 tahun juga.

Sekarang ni, anda sudah ada 2 sijil ASB Financing RM50,000.

4) Dividen akan diumumkan pada akhir tahun pertama.

Dividen untuk akaun pertama tadi, anda bayar secara lump sum selama setahun guna teknik rolling untuk ASB Financing RM50,000 sijil ke-2 tu.

Kekalkan rentak ini selama tempoh 6 tahun tanpa gagal.

5) Waktu ini, komitmen anda hanya RM275 untuk sijil pertama ASB Financing. Anda hanya perlu kekalkan bayaran RM275 sebulan selama 6 tahun untuk sijil pertama.

Lepas 6 tahun (6 tahun untuk ASB sijil pertama dan 5 tahun untuk ASB sijil ke-2), hentikan kedua-dua loan ni.

Berapa hasil yang anda bakal dapat dengan strategi mudah ini?

Sijil pertama ASB Financing RM50,000:
Baki prinsipal: RM4,880,
Dividen terakhir: RM3,625,
Total: RM8,505
Sijil ke-2 ASB Financing RM50,000:
Baki prinsipal: RM3,958,
Dividen terkumpul: RM16,154,
Total: RM20,112


Jumlah terkumpul kalau anda buat strategi ni tanpa pasangan adalah RM28,617. Dan kalau buat dengan pasangan, anda mampu peroleh RM57,234.

Dengan RM57,234 ni, anda boleh langsungkan perkahwinan, dan beli rumah harga RM200,000. Duit lebihan, boleh disimpan sebagai simpanan selepas berkahwin.

Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah.

Hakikat dunia kini yang tak ramai orang sanggup telan

Kalau kita tengok hakikat hari ni, ramai yang bekerja lebih 6 tahun. Tapi masih gagal untuk membeli walaupun sebiji rumah.

Sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah, kita sediakan dulu payungnya. Bukan bocorkan lagi bumbungnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pasangan muda bergaji bawah RM2,000 sebulan.

Takde apa yang mustahil. Selagi niat kita baik, kuat berusaha, dan komited menyimpan dalam alat kewangan seperti ASB, In Shaa Allah anda boleh buat punya.

Strategi ni boleh je diubah ikut kesesuaian kewangan semasa anda walaupun dah berkahwin. Tak semestinya anda mesti ikut bulat-bulat.

Tapi apa-apa pun, tindakan bergantung 100% ke atas diri anda sendiri. Anda buat, anda dapat rasai hasilnya.

Kalau tak buat? Silalah melopong dan tebalkan rasa iri hati bila tengok orang yang buat strategi ini dan menjadi.

Kepada yang berminat untuk bermula menjadi penabung bijak ASB boleh hubungi saya di sekitar kawasan KL, Selangor, Seremban dan berhampiran dengannya melalui talian 01332132415 (Halim)
 
Last edited:
Assalamualaikum....
Kepada yang berminat ingin memohon ASB boleh apply dgn saya...esok saya akan menghantar semua borang pendaftar ASB baru di cawangan....
Insha Allah servis terpantas saya bagi.....saya collect dari anda dan saya sendiri hantar borang tersebut di bank....anda tidak perlu keluar modal isi minyak dan bayar parking utk urusan bank...tq
 
Back
Top
Log in Register