RM100,000 PERTAMA SEBELUM USIA 30
*********************************************************
Post ini mungkin sedikit panjang tetapi jika anda serius untuk mendapatkan RM100,000 pertama silakan baca sampai habis.
Mengapa RM100,000 pertama?
1. KESAN ‘COMPUNDING INTEREST’
Apabila anda sudah mencapai RM100,000 pertama, kesan ‘compounding interest’ akan lebih jelas. Katakan anda letak sahaja di dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), dividen setiap 6 bulan lebih kurang 3.33%, maka setahun anda akan dapat RM3,300 + RM 3,000 = RM 6,600 tanpa membuat apa apa.
Kalau dibiarkan selama 5 tahun sudah ada RM138,900.
2. DIVESIFY
Dengan RM100,000 anda boleh mulakan pelbagai pelaburan. Saya yakin jika anda berjaya mengumpul RM100,000 pertama maka anda adalah orang yang pandai melabur.
a. RM10,000 boleh digunakan untuk membuka bisnes secara kecil-kecilan.
b. RM20,000 boleh digunakan untuk membeli hartanah.
c. RM20,000 boleh digunakan untuk ‘trade’ saham.
Baki lagi RM50,000 boleh digunakan sebagai tabung hidup jika anda mahu berhenti kerja dan memulakan perniagaan.
Macam mana nak kumpul RM100,000 pertama?
1. UBAH ‘MIND SET”
Jika anda ingin mengumpul RM100,000 anda perlu ubah mind set anda supaya berbeza dari orang kebanyakan. Ada sebab mengapa ramai yang tidak mecapai target ini.
Kenapa? Kerana mereka hidup di luar kemampuan.
Jadi, benda pertama ubah mind set anda. Anda perlu berkorban di usia muda anda. Hidup di bawah kemampuan. “Nothing worth having comes easy”. Ini bukan bermakna anda tidak boleh melancong atau mebeli kereta. Belilah kereta nasional dan melancong di asia tenggara sahaja dulu.
2. TETAPKAN MATLAMAT
Pastikan anda ada matlamat bila dan berapa anda nak capai. Buat matlamat tahunan, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sentiasa ‘keep track’ matlamat anda. Pastikan matlamat itu realistik dan boleh dicapai. Jangan tetapkan matlamat nak capai RM1 juta kalau anda tak mampu.
3. BUAT BAJET
Sebelum anda tahu berapa yang anda mampu simpan, anda mesti tahu ke mana wang anda pergi dan bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan.
Gunakan apps untuk ‘track’ perbelanjaan anda. Apa guna smartfon mahal mahal tapi tak gunakan sebaiknya.
Selepas dah ‘track’ perbelanjaan, kita tahu berapa jumlah wang yang pergi ke sesuatu tempat. Tetapkan bajet bagi setiap kategori dan cuba kurangkan sebanyak 20%-30%.
Contoh bajet bagi perbelanjaan dapur sebanyak RM200, kurangkan menjadi RM180 sahaja.
‘Track’ bajet setiap bulan dan cuba kurangkan di bahagian yang tidak perlu.
4. SIMPAN DAN LABUR
Berapa anda perlu simpan? Bagi yang bujang cuba simpan minimum 30% daripada pendapatan, dan yang berkeluarga minimum 10% daripada pendapatan. Lebih banyak anda simpan lebih bagus.
Penuhkan dulu tabung kecemasan sekurangnya 3 bulan gaji dahulu sebelum memulakan pelaburan.
Mana nak labur?
Saya cadangkan untuk melabur di ASB Financing dan unit trust.
Mengapa dua instrumen? Mengapa tidak ASB financing sahaja atau unit trust sahaja?
Jika berlaku musibah tidak diduga dan anda sudah kehabisan dana tabung kecemasan, anda boleh ‘liquidate’ salah satu sahaja dan masih ada satu lagi pelaburan. Sebab itu saya tidak menggalakkan pelaburan di suatu tempat sahaja.
TEKNIK PELABURAN
1. Unit trust
Katakan anda melabur di unit trust dengan keuntungan 12% setahun. Banyak dana yang mampu bagi 12% setahun, tapi kita perlu tahu dana yang mana. Kalau taktahu boleh tanya saya.
Bulanan : RM600
Tempoh : 5 tahun
Jumlah selepas 5 tahun : RM49,000
2. ASB Financing
Apply ASB Financing RM100,000. Katakan kadar keuntungan bank 5% dan dividen 7.25%
Bulanan : RM540
Tempoh : 5 tahun
Jumlah selepas 5 tahun : RM41,000(Dividen) + RM9,000(Principal) = RM50,000
Sekarang anda sudah ada RM99,000. Lagi RM1,000 tu korek la dari tabung syiling anda. Haha.
Nampak macam mudah kan. Tapi masih ramai yang tak mampu buat. “Financial management is 20% mathematics and 80% emotion”. Jadi bukan salah anda tidak tahu teknik, tapi anda yang tidak pandai mengawal emosi.
Mungkin bermacam cabaran anda bakal lalui sepanjang perjalanan, tengok kawan buat EURO trip, kawan pakai kereta import dan motor besar, kawan pakai gajet terkini dan bermacam lagi.
Tapi lepas anda dah RM100,000 tadi boleh la ‘reward diri’, pegi EURO trip(RM5000), downpayment Honda(RM20,000) dan beli iPhone (RM3000) dan masih ada baki RM72,000.
Tidak salah nak ‘enjoy’ sikit, tapi tangguhkan kehendak dulu supaya anda dapat ‘enjoy’ lebih. Tapi saya pasti kalau anda dah penat kumpul sebanyak itu, takkan nak habiskan macam tu sahaja kan.
.
#BebasWang
.
.
.
Credit : Mohd Kauthar Rozmal
Kepada yang berminat untuk memohon ASB + Unit Trust boleh hubungi saya perunding kewangan anda!
Abdul Halim +6013213415
Abdul Halim +6013213415
Abdul Halim +6013213415
Abdul Halim +6013213415