BTC USD 86,658.1 Gold USD 4,343.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bijak asb

AbdulHalimFX

Fun Poster
Messages
134
Joined
Jun 23, 2016
Messages
134
Reaction score
1
Points
15
TEKNIK MUDAH ASB!!!
KOMITMEN RENDAH UNTUK MEMILIKI ASB200K
JOM UBAH AKAUN ASB ANDA KEPADA AKAUN GERGASI ASB!


MODAL RM275 SEBULAN. DAPAT KAHWIN, 2 BUAH RUMAH, KERETA TUNAI DAN SIMPANAN TUNAI RMXX,XXX. SESUAI UNTUK PELAJAR IPG DAN UNIVERSITI.

Sebagai fresh graduate, it frightened me apabila kawan-kawan yang baru kerja boleh sewenang-wenangnya bercakap pasal buat Personal Loan. Maklumlah kerja gomen, kan.

Yang sedihnya, ada yang nak buat Personal Loan untuk deposit sebuah rumah dengan tujuan pelaburan Nampaknya ramai lagi orang muda yang perlu financial knowledge.

Saya umur 24 tahun. Baru mula bekerja. Planning hujung tahun ni apply ASBF untuk tujuan kahwin dan beli rumah pertama dalam masa 24 bulan.

Hanya satu sahaja perasaan kesal sebab tak follow (HF) awal-awal. Sebab masa study kat IPG (Institut Pendidikan Guru), elaun tu boleh simpan di ASB financing. Lagi pantas dapat deposit rumah pertama. Haha.

Anyway, keep up the good work tuan!"

Nota: Saya gembira dapat surat macam ni daripada Followers. Terima kasih kepada anda semua yang tak henti-henti menyokong usaha saya. Posting kat bawah ni sesuai sangat untuk student IPG.

MODAL RM275 SEBULAN SELAMA 5 TAHUN. DAPAT KAHWIN, 2 BUAH RUMAH, KERETA TUNAI DAN SIMPANAN TUNAI RMXX,XXX. SESUAI UNTUK YANG MASIH BELAJAR ATAU YANG BERGAJI KECIL


Amaran: Artikel ini agak panjang dan penuh dengan pengiraan. Memerlukan kesabaran yang tinggi dan semangat yang jitu. Kalau tak faham, jangan PM saya. Anda boleh tanya di ruangan komen. 😊

Idea ini sangat ideal kalau anda sekarang berusia 20 tahun. Jika anda masih belajar, peruntukkan duit PTPTN, biasiswa atau bisnes kecil-kecilan untuk langkah-langkah 5 tahun pertama ini.

RM32,000 DALAM MASA 5 TAHUN.
➖➖➖➖➖➖

➡ Tahun pertama, mohon ASB Financing-i RM50,000 (Sijil 1) dengan keuntungan bank 5.2% dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Ansuran bulanan adalah sekitar RM275.

Selepas setahun, dividen yang diumumkan adalah 7.25% bersamaan dengan RM3625.

Hasil dividen: RM50,000 x 7.25% = RM3625
Ansuran setahun: RM275 x 12 = RM3300
Baki dividen: RM3625 - RM3300 = RM325

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran pada tahun seterusnya (rolling dividen). Baki dividen sebanyak RM325 jangan dikeluarkan.

➡ Tahun kedua, mohon lagi sekali ASB Financing-i RM50,000 (Sijil 2) dengan keuntungan bank 5.2% dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Ansuran bulanan adalah sekitar RM275 juga.

Selepas setahun, dividen yang diumumkan adalah 7.25% bersamaan dengan RM3625.

Hasil dividen: RM50,000 x 7.25% = RM3625
Ansuran setahun: RM275 x 12 = RM3300
Baki dividen: RM3625 - RM3300 = RM325

Gunakan dividen tersebut untuk membayar ansuran pada tahun seterusnya (rolling dividen). Baki dividen sebanyak RM325 jangan dikeluarkan.

➡ Ulang kaedah yang sama setiap tahun selama 5 tahun sehingga anda mempunyai 5 Sijil ASB Financing-i RM50,000.

ASB1 had maksimum RM200,000 sahaja. Begitu juga ASB2, RM200,000 juga. Kalau dah penuh ASB1, boleh penuhkan ASB2 pula.

Jadi, selama 5 tahun, anda hanya bermodalkan RM275 setiap bulan. Selepas 5 tahun, terminate semua Sijil 1-5 untuk mendapatkan tunai.

Sijil 1✔
Prinsipal terkumpul: RM3960
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (4)
Jumlah: RM3960 + RM3625 + RM325 (4) = RM8885

Sijil 2✔
Prinsipal terkumpul: RM3080
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (3)
Jumlah: RM3080 + RM3625 + RM325 (3) = RM7682

Sijil 3✔
Prinsipal terkumpul: RM2250
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325 (2)
Jumlah: RM2250 + RM3625 + RM325 (2) = RM6525

Sijil 4✔
Prinsipal terkumpul: RM1460
Dividen terakhir: RM3625
Baki dividen terkumpul: RM325
Jumlah: RM1460 + RM3625 + RM325 = RM5410

Sijil 5✔
Prinsipal terkumpul: RM710
Dividen terakhir: RM3625
Jumlah: RM710 + RM3625 = RM4335

Jumlah tunai keseluruhan: RM8885 + RM7682 + RM6525 + RM5410 + RM4335 = RM32,837

Modal: RM275 x 12 x 5 = RM16,500.

Keuntungan sekali ganda daripada modal yang anda keluarkan selama ini!!

BELI RUMAH RM200,000.
➖➖➖➖➖➖

Ketika anda mendapat RM32,000 ini, cun-cun anda sudah tamat belajar, berumur 25 tahun dan sudah bekerja dengan gaji RM2000.

Cari rumah RM200,000 yang dijual sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran. Iaitu pada harga RM160,000.

Gunakan RM32,000 tadi untuk bayaran deposit (RM16,000), legal fee valuation fee dan kos-kos lain (RM10,000) dan selebihnya sebagai simpanan (RM6,000).

Disebabkan ini rumah pertama anda, gunakan kelebihan untuk mendapatkan 100% pembiayaan daripada bank.

Pembiayaan bank: RM200,000 (Ansuran bulanan RM1,000)
Baki bayaran: RM160,000 - RM16,000 = RM144,000.

Cash back: RM200,000 - RM144,000 = RM56,000.

Jumlah tunai sekarang: Cash back + simpanan = RM56,000 + RM6,000 = RM62,000.

Setelah diletakkan perabot dan kelengkapan rumah, anda berjaya menyewakannya pada kadar RM1,000 sebulan. Jadilahhh. Dapat cover ansuran bulanan.

KAHWIN DAN KERETA TUNAI.
➖➖➖➖➖➖

Kini anda berumur 26 tahun. Nak kahwin grand atau bersederhana, terpulanglah kepada anda. Kerana anda bijak sejak 6 tahun dulu, duit simpanan dah ada RM62,000. Tak perlu ambil pembiayaan peribadi

Kita ambil contoh, anda memilih untuk bersederhana. Kos perkahwinan sekitar RM12,000 sahaja. Maka baki simpanan anda RM50,000.

Beli kereta Axia/Viva terpakai berharga RM25,000 secara tunai menjadikan baki simpanan anda adalah RM25,000. Axia pun okaylah. Buat apa beli Honda Jazz kan. Dahlah kecil, mahal pula tu. Haha.

BELI RUMAH UNTUK DUDUK SENDIRI.
➖➖➖➖➖➖

Selepas kahwin, sementara nak ada rumah untuk duduk sendiri, bolehlah menyewa dulu. Sambil-sambil tu, boleh cari rumah berharga RM150,000.

Seperti biasa, carilah rumah yang dijual di bawah harga pasaran. Harga pasaran RM150,000 dan dijual pada harga RM130,000. Duit simpanan RM25,000 digunakan sebagai deposit (RM13,000), legal fee, valuation fee dan kos-kos lain (RM12,000).

Pembiayaan bank: RM150,000 x 90% = RM135,000 (Ansuran bulanan RM675)
Baki bayaran: RM130,000 - RM13,000 = RM117,000

Cash back: RM135,000 - RM117,000 = RM18,000.

Berbahagialah anda duduk di rumah tersebut bersama pasangan tercinta. Anda baru berkahwin, tidak mengapa duduk rumah kecil. Senang nak kemas dan banyak masa untuk bersama pasangan.

NAK BUAT APA DENGAN RM18,000?
➖➖➖➖➖➖

Laburkan RM18,000 tersebut di dalam Tabung Haji atau boleh juga dilaburkan kembali ke dalam ASB Financing-i.

Okaylah tu kan. Dengan modal yang rendah dan sedikit kebijaksanaan, pada umur 27 tahun dah berkahwin, ada 2 rumah, kereta tanpa hutang, dan simpanan RM18,000.

"Atas kertas memang cantik kira. Realitinya tak seindah itu. Sudahlah! Tak logik."

Belum mula buat apa-apa lagi dah fikir negatif. Rugi. Seolah-olah kita menutup pintu hati dan akal fikiran kita untuk mendapat ilmu dan pengalaman baru.

Memang atas kertas kena cantik kira. Sebab ia adalah perancangan kita. Kalau nak merancang pun dah gagal, memang selamanya gagal.

Sepanjang perjalanan nak merealisasikan idea saya ni, memang akan ada pelbagai masalah, cabaran dan dugaan. Hadapilah dengan bijaksana ya. Hasilnya pasti berbaloi.

"Kalau sekarang saya umur dah 28 tahun macam mana?"

"Kalau gaji saya RM1500 sahaja macam mana?"

"Kalau nak kahwin grand juga macam mana?"

Seperti biasa, sesuaikahlah dengan situasi anda. Apa korang ingat aku kenal rapat semua follower aku? :)

Semua ini hanyalah cetusan idea sahaja. Kiraan pun secara kasar. Kalau nak yang tepat, dan mengikut citarasa anda, anda buatlah kisah sendiri nanti.

Saya ingatkan nak sambung gebang cerita sampai dapat beli rumah keempat. Tapi takpalah. Hadamkan mana-mana yang ada tu. Belilah dulu rumah pertama tu ya.

Sama macam kisah kahwin. Punyalah gebang nak kahwin 4. Padahal bini yang seorang pun tak terjaga. Yang bujang pun sibuk join gebang sama. Itulah fitrah lelaki. Haha. - HF

#harithfaisal

Apa yang anda belajar daripada artikel ni?
➖➖➖➖➖➖

✅ Cara melabur ASB Financing-i modal kecil.
✅ Cara kahwin tanpa pembiayaan peribadi.
✅ Cara beli rumah subsale dapat cash back.
✅ Cara beli kereta tunai tanpa hutang.



Penafian:
1. Semua kiraan adalah secara kasar untuk memudahkan kefahaman.
2. Andaian dividen ASB dan ASB2 adalah 7.25% sepanjang 5 tahun pertama.
3. Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.2% sepanjang 5 tahun pertama.
4. Andaian Sijil ASB tidak diambil bersama takaful.
5. Mungkin ada bahagian yang tak sesuai dengan anda, tapi janganlah tinggalkan semuanya. Sesuaikan dengan situasi masing-masing.


RUJUK DI SINI UNTUK JADUAL PEMBAYARAN BULANAN
Jadual ASB Loan CIMB 2015.jpg

TEKNIK LAIN BOLEH RUJUK DI SINI!
photo_2016-11-04_12-20-59.jpg


Kepada yang berminat ingin memohon ASB mulai sekrang boleh hubungi saya:
Perunding Kewangan anda!!!
Abdul Halim
untuk janji temu atau pertanyaan mengenai ASB boleh hubungi:
Whatsapp/Telegram/SMS/Call: 0133213415

InshaAllah Servis Terpantas buat anda!!!
 
Last edited:
Jom jadi penabung yang bijak bersama ASB.....
Insha Allah saya tunjukkan jalan cara untuk menjana sehingga 60% dividen setahun....
 
ha ah
ha ah
amat berminat nie ... plz pm detail
 
tudia cimb staff 4.8.. saya nk rate mcm itu boleh adjust tak boss?
 
aku skang ni, klu Maybank financing mmg dah jadi 5%..
tapi loan CIMB plak pada kadar 5.1%..bole tolong adjust utk CIMB punyerr tak??
 
aku skang ni, klu Maybank financing mmg dah jadi 5%..
tapi loan CIMB plak pada kadar 5.1%..bole tolong adjust utk CIMB punyerr tak??

Mcm mana dpt 5%?

Skang standard maybank 5.2 kan?
 
PAKEJ PROMOSI DAN KADAR BAHARU (NEW PROMO PACKAGE & RATE)

Rate ASB Financing-i

CIMB Bank menawarkan PROMOSI bagi mana-mana permohonan ASB FINANCING-i

▪️ Refinancing dari bank lain ke CIMB Bank dengan kadar 5% p.a ✔️
Ubah Sijil ASB dari bank lain ke CIMB

▪️ Permohonan Family link@Family Combo dengan kadar 5% p.a ✔️
Mohon Sijil ASB bersama Ahli Keluarga samada joint income atau single income

▪️Cimb@work dengan kadar 5.05% p.a ✔️
Buat individu dengan gaji melalui Akaun CIMB anda layak untuk dapat promo rate tetapi Company anda mesti ada dalam listing Cimb Bank

▪️Existing CIMB asb clients yang ingin topup lagi Sijil ASB@ASB2 dengan kadar 5% p.a ✔️

▪️Normal rate CIMB Bank sekarang bagi ASB Financing adalah 5.2% p.a

▪️Cimb Bank Staff enjoy rate 4.8% p.a

Kepada yang berminat untuk menabung secara bijak dengan ASB boleh hubungi saya:

Jika anda seorang yang mempunyai matlamat kewangan untuk:

1. Teknik ASB untuk beli rumah

2. Teknik ASB setahun anda mampu miliki kereta mewah dan cash di tangan setiap tahun dan mempunyai simpanan hampir 1 juta.

3. Teknik menjana 20 hingga 60% dividen setahun dengan ilmu ASB!

4. Teknik menjana 106% dividen setahun dengan ASB!

5. Teknik untuk membawa seluruh ahli keluarga untuk mengejakan haji dan umrah hanya menyimpan dengan Teknik Istimewa ASB selama 8 tahun sahaja.

Dan banyak lagi Teknik ASB yang digunakan untuk pelbagai tujuan.


Perunding Kewangan anda:
Abdul Halim
untuk janji temu atau pertanyaan mengenai ASB boleh hubungi:
Whatsapp/Telegram/SMS/Call: 0133213415

Tt ada apa2 penalti atau bayaran untuk pindah bank?
 
Back
Top
Log in Register