ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Hishammuddin Tun Hussein (tengah) menerima buah nangka madu ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau di Kuala Krau, semalam. Bernama
KUALA KRAU 16 Ogos - pendedahan mengenai pembabitan seorang tokoh besar UMNO menjadi dalang dalam komplot menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik, akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti sebelum sebarang tindakan diambil.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kepemimpinan tertinggi parti akan memutuskan mengenai tindakan yang perlu diambil jika terbukti kebenarannya.
“Pendedahan ini merupakan sesuatu yang serius dan kita akan cari bukti kerana dengan hanya menyatakan sebegitu tidak akan meyakinkan orang ramai khususnya ahli-ahli kita.
“Jadi, saya yakin Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai bukti-bukti tertentu dan biarlah perkara itu bincangkan di peringkat tertinggi parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid mengenai seorang tokoh besar UMNO yang dikenal pasti sebagai dalang utama gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik iaitu menerusi undi tidak percaya di Parlimen.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, pihak berkuasa berjaya mengesan segala tindak-tanduk kumpulan terbabit yang sedang dalam proses menyiapkan akuan bersumpah (SD).
Hishammuddin berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi polemik di peringkat akar umbi sebelum dibincangkan di peringkat tertinggi parti.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), beliau berkata, dalam konteks dana politik penubuhan jawatankuasa itu adalah kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan tanpa memilih bulu.
“Pelaksanaan JKNMPP perlu dilaksanakan tanpa pilih bulu, tanpa hipokrit. Kita tidak mahu hanya UMNO yang terlibat, malah parti pembangkang perlu terlibat sama.
“Jika semua setuju jadi saya mahu pihak pembangkang juga tampil untuk mendedahkan sumber dana mereka dan adakan perbahasan secara terbuka dan telus.
“Tiada satu pun parti politik di dunia ini tidak perlukan dana politik, jadi kita hendak tahu jugalah dari mana pembangkang memperoleh pembiayaan mereka,” katanya.