BTC USD 81,988.8 Gold USD 4,184.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bgaimana nak tetapkan solat?

bagus thread ni
aku kadang2 terbabas subuh jer..
mmg jenis suka tido lewat....

kunci jam pun xjalan jugak..huhu
 
ini formula yg aku ikut mula mula dulu.....tiap kali dengar azan cepat pergi ambil wuduk jgn ditunda, cuba amal setiap hari selama 2 minggu InsyaAllah dgn izin Allah dia bagi istiqomah.

formula kedua......tiap kali nak tidoq atau lepas solat biasakan tahmid dan tahlil...baca subhanallah 33kali, Alhamdullilah 33kali dan Allah huAkbar 33kali. kelebihan bila kita amal mcm tu insyaAllah jadi rajin dan semangat nak buat kerja lebih lebih lagi ibadah. ghairah utk meneruskan hidup jadi kuat terbaik utk memerangi depression.

formula ketiga....sebelum kita solat dan sebelum niat solat contoh solat zuhur kita niat dihati atau lafas perlahan lahan " aku sembah engkau Ya Allah" buat 2 atau 3 kali sampai rasa di hati atau kalbu yg kita nak sembah Allah masa tu. lafas perlahan lahan dimana hanya kita yg empunya diri sahaja dengar. formula ketiga ni juga utk latih diri supaya ikhlas dlm beribadat.

formula keempat yg paling best rajin rajin lah bangun malam atau duduk sendirian dan istigfar. kalau kita duduk dlm bilik seorang diri lagi baik, bangun 2 pagi tutup lampu kalimantang pasang lampu tidur yg malap atau lilin atau pelita pastu dlm keadaan wuduk solat sunat dan duduk istigfar perlahan lahan diselang seli ngan berbual dengan Allah(berdoa, merayu, merintih secara tertib dan perlahan minta Allah bagi kita Istiqomah kan dlm menyembah dia)

setakat tu je aku mampu bantu tt kongsi pengalaman aku mcm mana nak mengekalkan ketaatan dlm bersolat
 
nice share bro..
kawe pun nak cuba..semoga istiqamah jugak..

sebab smyg tu smayg, cuma hujung2 waktu jugak..
 
aku percaya ramai dari kita meninggalkan solat termasuk lah aku ...aku paling lama tglkan solat dalam beberapa bulan jugak lah pastu ok balik ...kekadang makan tahun jugak ..pastu ok balik .....lebeh lebeh lagi solat subuh ..memang syok tido ..hmmm

so aku nak tanya lah coz kat sini ramai yang pengetahuan luas kan ? bagaimana nak tetapkan dan menjaga solat agar ianya terus berterusan sehingga nyawa ke halkum ...cuba cerita ...

Pernah terbaca satu artikel, cara nak tetapkan solat ialah kena kena cuba Istiqamah
solat awal waktu, dan better solat berimam selama 44
hari tanpa sedikit pun melambatkannya... InsyaAllah, selepas,
tamatnya tempoh 44 hari tue, hati kita automatik jadi 'berat'
untuk meninggalkan solat, dan rasa nak solat awal secepat mungkin
je...

Kalau bab Subuh, penyelesaiannya, tidur awal... ataupun hujung
minggu kita tidur lewat atau lepak sampai pagi, solat dulu
sebelum tido... walaupun tak elok tidur semula selepas Subuh...
 
subuh tu yg jadi problem..
hr mgu je masa malam nak rehat2, tgk cerita
selalu tido dalam 4-4.30

tu yg selalu terbabas subuh....atau subuh gajah..hujung2 waktu jer..

:(
 
aku percaya ramai dari kita meninggalkan solat termasuk lah aku ...aku paling lama tglkan solat dalam beberapa bulan jugak lah pastu ok balik ...kekadang makan tahun jugak ..pastu ok balik .....lebeh lebeh lagi solat subuh ..memang syok tido ..hmmm

so aku nak tanya lah coz kat sini ramai yang pengetahuan luas kan ? bagaimana nak tetapkan dan menjaga solat agar ianya terus berterusan sehingga nyawa ke halkum ...cuba cerita ...

letak lighter kat poket bro... agak2 malas nak solat,, hidupkan lighter, letakkan tangan atas api tu sampai la tangan tu hangit,,, kalau boleh tahan.... mungkin relaks jer la dalam kubur esok kena bakar...
 
Assalamu'alaikum wbt.

Nak jaga solat, kena 'give up' beberapa perkara.
Kalau Subuh selalu terbabas, kena tidur awal lah.
Lawan nafsu tue.
Senantiasa tengok jam dan hafal waktu solat; waktu berubah2.
Skang Maghrib 7.00pm.
Masa Ramadhan +- 7.26pm.

Perkara sia-sia berjaga tengok tv sampai pagi nie.
Aku pun dah 'buang' ASTRO...walaupun dulu giler channel Korea.
Masa yang ada tu isi dengan ibadah.
Baru lagi...lepas Ramadhan lepas.

Mungkin orang kata nak juga relax/berhibur tapi sampai TERGADAI solat...salah tue.

Masa Ramadhan lepas kan bangun awal nak sahur?
Amalkan terus lah.

Ghurur.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Alhamdulillah TT.
Ada usaha dan sudi bertanya.
Pelan2 belajar.

Betulkan bacaan.
Tertib.

Sama2 lah kita semua, moga2 tidak MUFLIS di sana.

PS: Tu belum Solat Dhuha lagi. Solat Tahajjud? Solat Hajat? Jauh lagi perjalanan. Sempat ke sebelum Malaikat Maut menjemput?
 
Last edited:
Biasakan diri solat fardhu 5 waktu (tanpa tinggal)secara berjemaah di masjid atau surau selama 40 hari berturut2. mesti sempat mendapat takbiratul ihram bersama2 imam (imam angkat takbir yang pertama, kita pun angkat takbir juga dan bukan masbuk) dan imam bagi jemaah pertama.

p/s: ada satu hadits (ambe lupa dah sanad,matannya dan statusnya)yang meriwayatkan sesiapa nak mengelakkan diri dari ada ciri2 sifat munafik hendaklah berjemaah selama 40 hari berturut2 di masjid. meninggalkan solat dengan sengaja tanpa sebab merupakan perlakuan orang munafik, hati2 kaum muslimin dan muslimat sekalian. wallahu 'alam.
 
masa tidur malam niat nak bangun subuh pergi solat jamaah di masjid. dah terbangun subuh jangan tidur balik itu malaikat yg kejut.

jaga solat subuh solat lain akan ikut terjaga

masa muda rajinkan diri pergi solat fardu berjamah di masjid/surau nanti dah tua Allah akan mudahkan awak pergi masjid surau. tengok la berapa ramai orang tua yg tak suka pergi masjid.
 
Alhamdulillah.

Phone lama SE K750i lama aku masih mampu gerakkan aku pagi2.

Kuat bunyi dia.

Tapi ada juga terjaga waktu Subuh dah habis sebab Allah SWT tak izinkan bangun pagi tu.

Segalanya kehendak Dia; kita hanya mampu merancang.

Kadang2 lupa setkan alarm.
Alarm dah bunyi, tapi gi matikan.
Tanpa disedari.
Kadang2 mimpi leh hanyut.

Biasakan diri solat fardhu 5 waktu (tanpa tinggal)secara berjemaah di masjid atau surau selama 40 hari berturut2. mesti sempat mendapat takbiratul ihram bersama2 imam (imam angkat takbir yang pertama, kita pun angkat takbir juga dan bukan masbuk) dan imam bagi jemaah pertama.

p/s: ada satu hadits (ambe lupa dah sanad,matannya dan statusnya)yang meriwayatkan sesiapa nak mengelakkan diri dari ada ciri2 sifat munafik hendaklah berjemaah selama 40 hari berturut2 di masjid. meninggalkan solat dengan sengaja tanpa sebab merupakan perlakuan orang munafik, hati2 kaum muslimin dan muslimat sekalian. wallahu 'alam.

Saya cukup tak gemar masbuk :">
Biasa datang awal; 30 minit sebelum azan.
 
Back
Top
Log in Register