BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Betul ke hukum ini?

saya menyokong sesiapa saja yg menegakkn kebenaran dan keadilan..walau tau..amat sukar mencari keadilan dan kebenaran di dunia fana ini..
 
saya dah buat thread bertajuk "orang umno kafir?" tapi telah dipadamkan oleh moderator.. Tak tahu mengapa.. Mungkinkah tajuknya kurang sesuai?

persoalannya "sesetengah mengatakan orang umno kafir? Betul ke?"

apapun saya harap sesiapa jangan salah faham.. Thread ini untuk menuntut kebenaran dan memperbetulkan pandangan... Ada segelintir forumers dah tuduh ornag umno kafir.. So takkan kita nak berdiam diri..

Saya mintak kita berhujah lah berkenaan isu ini. Jangan dipadam kan seperti thread saya terdahulu.. Kalau kat sini pun kita tak boleh gunakan untuk dapatkan kebenarannya, kat mana lagi.. Jangan sampai cg dilabel sebagai berpihak kepada satu2 fahaman/politik.. Seharusnya ia menjadi satu tempat yang nuteral bagi tak kira siapa dia...

Saya akan mula kumpulkan hujah2 yang diperkatakan oleh forumers yang mengatakan ornag umno kafir dithread ini.. Bagi saya ini satu dosa besar kalau ia salah.. Dan kalau ianya salah, kita sebagai saudara sebangsa & seagama patut setidak-tidaknya menegur supaya tak kita dapat dosa bersubahat..

contoh 1:

betullah tu jalan hukumnya jelas. Apa nak bincang lagi. Kan umno ni sebuah parti saja. Golongan yang menolak hukum allah jelas kekufurannya......... Jadi yang dok jadi ahli dan penyokongnya pun terlibat tak banyak sikit jadi subhat......pon lambat laun ke situ juga akhirnya. Dah banyak dah usha nak perbetulkan umno ni, semuanya kecundang......ramai gak bagi pendapat bukan semuanya "begitu"; jwpnya betul bukan semua. Tapi apa pon perkara melibatkan satu2 puak (kumpulan besar) org di luar puak itu hanya akan merujuk kpd kaptennya (ketua). Lihatlah agama islam itu dibenci kerana apa, sebab kaum nasrani dan yahudi benci sgt kpd muhammad (saw). Kalau dulu mahathir dah memperlekehkan hukum hudud tgk apa sudahnya, allah jatuhkan dia. Lihat pak lah, yg masih meneruskan tradisi lama tanpa cuba merubah kpd islam sejati........ Juga dpt tempiasnya. Pak lah tu tak susah nak ubah umno, jas buat stetmen jer kat tv3 aku nak "ubah perlembagaan malaysia supaya ianya adalah sesuai dgn islam" tak byk wording pon jas 9 perkataan jer........tp nanti apa kuar kat meeting depa "mcm2 adaaaa" tak masyuk kompenen bn lagi............. Tu ler masalahnya tak berani menelan ubat yg pahit......... Kalau rakyat memang tak nak islam sepenuhnya mcm sekelumit pandangan rakyat negara jiran takpe juga, ni rakyat nakkan islam pon nak dihalang, even yg pernah kena tangkap basah pon nakkan hudud kat mesia ni, nak tunggu apa lagi, nak tunggu sehingga rakyat bertukar corak fikirannya jadi jahiliah semula baru nak jerit2 kembali kat islam........yg aku benci sgt lani; slogan "islam boleh jalan asal jgn sentuh politik"....ini semua gilak..........
 
"islam boleh jalan asal jgn sentuh politik"

orang umno ni x faham yg kehidupan orang islam ni tak boleh lari 5 hukum..
haram, sunat, harus, makhruh, haram..
Bila Islam cakap politik itu haram,barulah x boleh nak sentuh.Dan Islam takkan menyuruh umatnya menyentuh sesuatu yang kotor.
Tapi Islam tak pernah cakap politik/pemerintahan itu haram.
 
Nampak sungguh anda jahil dalam isi kandungan enikmen dan jahil dalam penterjemahan hukum Allah..

Bukan saksi ynag nak kita pertikaikan.. bukak mata besar2 baca betul2.. dalam contoh yang diberi ia menekankan bagaimana nak membezakan samaada rogol atau zina.. hang lelaki tak pela seronok2 je.. lepas rogol cakap zina apa susah kan... tapi yang perempuan ni nak kata apa, walaupun dirogol, tanpa 4 saksi dia tak boleh kata dirogol.. so nak tau apa solusinya ? dlm link kat bawah ni saya ada berikan..

Anda pi cari enikmen tersebut dan baca.. Kemudian anda baca fatwa berkenaan rogol di bawah ni dengan panjang lebar.

http://zulyusoff.blogspot.com/2006/11/fatwa-berkenaan-rogol.html


Baru anda faham di mana silapnya enikmen tersebut.. Jangan main2 ini Fatqwa.. so kalau nak bertekak dengan keb o d o han saudara pi bertekak dengan Ahli Agama... Ada berani...:-?

MashaAllah jahil sungguh anda :)


Saudara rujuk enakmen hudud tu daripada blog? cakap berdegar2 rupanya ambik kat blog.. #-o

Boleh tunjukkan mana enakmen asal yg disediakan oleh PAS? :-?

Sebesar mana pun font yg saudara guna tidak membantu untuk menonjolkan kebenaran kerana hakikatnya isi kosong.
 

Saudara rujuk enakmen hudud tu daripada blog? cakap berdegar2 rupanya ambik kat blog.. #-o

Boleh tunjukkan mana enakmen asal yg disediakan oleh PAS? :-?

Sebesar mana pun font yg saudara guna tidak membantu untuk menonjolkan kebenaran kerana hakikatnya isi kosong.

dalam islam undang-undang utama ialah al-quran dan as-sunnah kemudian barulah kepada sumber lain......... enakmen2 ni takde masa dulu............:eek:

even ape surat waran tangkap ntah ape2 semua takde.......... ni pasal kita terlalu ikutkan barat....... ISO tulis apa kamu buat atau baut apa kamu tulis.................:eek:

A: lu ada waran ka?
B: lupa mintak ler
A::eek::eek::eek: pi balik, pi balik........
B::((:((:((
 
dalam islam undang-undang utama ialah al-quran dan as-sunnah kemudian barulah kepada sumber lain......... enakmen2 ni takde masa dulu............:eek:

even ape surat waran tangkap ntah ape2 semua takde.......... ni pasal kita terlalu ikutkan barat....... ISO tulis apa kamu buat atau baut apa kamu tulis.................:eek:

A: lu ada waran ka?
B: lupa mintak ler
A::eek::eek::eek: pi balik, pi balik........
B::((:((:((

tengok sejauh mana dia boleh fikir.. :)

orang yg memimpin PAS bukannya calang2 pengetahuannya dalam agama, mereka memiliki pelbagai kelulusan even layak dilantik sebagai mufti. tapi ada gak yg sengaja memandang rendah dan memperlekehkan usaha mereka. Islam hadari gak yg bagus, kan ahlilfikir..
:">
 
Pada penelitian orang kampung yang kerdil seperti saya ni.. kebanyakkan mereka yang mengata ornag2 UMNO kafir adalah kerana mereka kata UMNO tak terima hukum hudud dilaksanakan.. So dalam Al-Quran kata siapa yang tolak hukum Allah dia adalah kafir..

Jawapan saya senang aja.. bila masa yang UMNO tolak hudud.. dari mana mereka dengar.. Harakah ke.. Jangan hanya dengar berita2 yang tak ada bukti kukuh.. bila berita dah dipolitikkan banyak tipu dari yang benar.. PAS dengan Harakahnya, UMNO dengan Media Primanya..

UMNO tak tolak hudud malah TDM dah buat kenyataan di Nilam Puri tahun 1994.

UMNO hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

Mereka yang dengan lantangnya mengkafirkan ornag2 UMNO itu kafir, dah baca ke teks Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) - Kelantan.

Bagi saya.. politik tetap politik, sama aja.. so janganlah nak kata kalau ornag itu dari parti Islam ianya pasti elok..

yg dpd parti islam belum tentu elok...ya setuju...
kalau yg bukan dpd parti islam..mmmm...rasanya lagi x elok kot...
pendapat jer..
 
bergaduh la kamu sesama islam..

Nabi Muhammad S.A.W dl pun x penah sakitkan hati orang kafir..

skrg kamu PAS & UMNO duk bergaduh..

kamu semua mgaji Quran dh abis ke lum??dah faham semua apa yg nk disampaikan dalam al-Quran??

duk sibuk berperang politik..nanti akhirat terbunkang semua..baik PAS&UMNO..

jom pakat mendalami ilmu agama dl..
 
bergaduh la kamu sesama islam..

Nabi Muhammad S.A.W dl pun x penah sakitkan hati orang kafir..

skrg kamu PAS & UMNO duk bergaduh..

kamu semua mgaji Quran dh abis ke lum??dah faham semua apa yg nk disampaikan dalam al-Quran??

duk sibuk berperang politik..nanti akhirat terbunkang semua..baik PAS&UMNO..

jom pakat mendalami ilmu agama dl..

tuan rasa berGADUH ker kt dalam nie.....ekekkekekeke

cuma nak pesan Nabi Muhammad saw bersabda...'Tidak tergolong dalam umat aku mereka yang memperjuangkan keBANGSAan...'...

sapa kat Malaysia yang PERJUANGkan keBANGSAan nie tuan?....

sila...sila.....

:)):)):))
 
Back
Top
Log in Register