Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
tak kira orang umno ke sapa ker,, sesapa saja yang menentang hukum allah dia tu kafir

jangan kita kata tiada bukti.. sedangkan mufti pun belum buat kajiannya sendiri..
Hukum Allah tak ada silapnya... yang mungkin berlaku kesilapan ialah bila ia nak dienikmenkan sebelum dilaksanakan sebagai undang2.. sebab itu enikmen yang dikaji bukannya hukum Allah..
Kena bezakannya tu bang..
Ambil satu contohlah..
Dalam Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud): Dalam bab Syarat-syarat menjadi saksi.
1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.
Situasi:
Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.
Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.
Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.
Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.
Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.
-------------
So nampak... itu baru pasal bab saksi.. ini bermaksud, Hukum Allah itu sempurna, tetapi bila kita mewartakannya sebagai undang2 kenalah lengkap, masaalahnya enikmen itu tak lengkap, dan tak dubuat secara detail meliputi pelbagai aspek..
Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.
Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas. Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu?


Bukan undang2 Islam yang tak sempurna... tapi undang2 PAS yang tak sempurna.. bacalah komen saya secara panjang lebar pasal enikmen tu..
Kalau tak cukup... saya boleh tambah lagi)
Ada sesiapa nak jawab.. silakan... jangan cakap kosong je.. kalau nak mai kita kaji enikmen tu.. tu hukum Islam ke hukum PAS.. fikir jangan tak fikir...![]()

Sememannya kerajaan belum melaksanakan hukum hudud, tapi itu baru satu bab, pasal saksi.. belum pasal jentera perlakssanaannya.. sekarang ni semua tu belum lengkap lagi.. so pelan2 kita perbaiki/perbuang sistem penjajah yang telah terpaksa kita pakai ni, supaya boleh kita perlaksanakan hukum Allah 100% kelak..
PAS pulak, dah propose tu bagus.. tapi teruskan perbaiki enikmen tersebut.. jangan sepi je.. TDM dah tak de.. la ni pi la teruskan propose balik enikmen versi baru yang lebih lengkap...


Soalnya sekarang saya rasa saya dah berjaya timbulkan isu sebenar yang mana tak ada apa yang membolehkan kita menuduh ornag UMNO itu kafir, kerana tuduhan yang mengatakan UMNO tolak hudud itu sendiri tak berasas...
Kalau masih nak pusing2kan pasal benda yang simple ni dan lari dari topik sebenar perbincangan kita, tak payah la buang masa.. sebenarnya semua tahu yang kenyataan2 anda semua hanyalah kerana ketaksuban politik semata..
Penutup bicara untuk malam ini, saya doakan semoga anda semua mendapat petunjuknya.. InshaAllah... amin
![]()
Ekekkekeke
Ko nie pesal?......ekekkekekeke
Dah Allah bgtau kena ada 4 orang saksi…..ekekekkeke
Ko ikut jer laa……ekekekkekeke
Apa HAK ko nak per SOAL kan pasal saksi lak?......ekekekkekekeke
Kan dah nama DIA MAHA MENGETAHUI……ekekekkekekeke
Ker ko nak AMIK ALIH ‘TUGAS’ TUHAN?........ekekekkekekeke
Dah DIA bgtau agama yang DIA REDHA adalah ISLAM…..ekekekkekekeke
Lu kena YAQIN laa beb gan DIA beb…….ekekkekekekke
Ker lu PERCAYA jerk TARAK YAQIN?.....ekekekkekekekke
Cam kisah Saidina Ali R.A sendiri masa beliau jadi khalifah,pernah di curi pakaian iaitu satu satu pakaian perangnya,yg mencurinya org yahudi,walaupun Khalifah saidina ali R.A tahu dan amat kenal pakaian perangnya itu,tapi bila didepan hakim,hakim tanya pada Saidina Ali R.A, "kamu kenal pakaian perang itu" jawab Saidina Ali R.A,"ye saya kenal sangat sebab itulah satu satu pakaian perang yg saya ada" Hakim tanya lagi "Kamu nampak dengan mata kamu sendiri,si yahudi ni yg curi pakaian kamu?" jawab Saidina Ali R.a "demi Allah,saya tak nampak dia mengambil atau mencuri pakaian perang itu dengan mata saya"Hakim kemudian memerintah kan pakaian itu diserahkan pada yahudi tersebut kerana Saidina Ali R.A sendiri tidak melihat dengan matanya sendiri..dan Saidina Ali R.A sendiri berjumpa kepada yahudi itu,meminta maaf,kerana menuduhnya mencuri sedangkan Saidina ali tahu,pakaian itu memang pakaian nya.Akhirnya kata Yahudi Itu "demi Tuhan yg Disembah oleh Muhammad,wahai Khalifah bani islam Ali Abi Talib,aku mengaku di depanmu skrg ini,pakaian ini memang milik kamu,aku menguji bagaimana keadilan kamu mengikut hukum islam seperti yg muhammad ajar pada pengikutnya,skrg ternyatalah kamu memang adil,bukan sahaja kamu tidak menghukum aku mencuri pakaian kamu,malah kamu meminta maaf pada ku kerana kamu tidak melihat perbuatan itu dgn mata kamu,maka dengan ini aku naik saksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah,muhammad itu benar pesuruh Allah" terus yahudi itu masuk islam kerana kejujuran Saidina Ali R.A menegakkan undang2 islam………sapa bg hidayah kat yahudi tuh beb....yahudi tuh beb.....ekekekkekekekeke
So lu sekarang YAQIN ker x gan Allah beb?.......ekekekkekekeke
Dah DIA MAHA MENGETAHUI beb……ekekkekekekke
dan lu pi check balik apa tuh ADIL.....ekekekkekeke
Sila kan fikir lagik wahai si AHLILFIKIR…….ekekekkekekeke
p/s…pi tambah ‘RAM’ lagik beb….nak pakai windows vista ram kena 4gig baru lancar….processor ok dah Pentium 5……)
)
)
ekekkekekkee
undang2 yang PAS amik tuh SUMBERnya dari mana beb?.....ekekekkekee
jangan jadik PANDAI SOMBONG beb.....ekekekkekeke