BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertengkar Dengan Kenalan Lelaki Maut Ditikam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14186099608073629-380445.jpg

14186099608073629-380446.jpg

14186099608073629-380447.jpg

14186099608073629-380448.jpg

14186099608073629-380449.jpg


Lelaki maut ditikam bertubi-tubi rakan gara-gara telefon bimbit


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, suspek lelaki berusia 44 dipercayai datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbit miliknya diserahkan kepada mangsa sebelum ini.

Kedua-dua mangsa dan suspek merupakan warga tempatan berbangsa Melayu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bagaimanapun pertemuan tersebut bertukar menjadi pergaduhan sebelum mangsa diserang menggunakan sebilah parang di anjung rumah.

“Dalam keadaan panik itu, abang mangsa yang berada di lokasi cuba mengejar suspek namun lelaki itu melarikan diri sejauh kira-kira 300 meter sebelum bertindak memecahkan cermin sebuah kereta milik orang awam untuk bersembunyi.

“Siasatan awal mendapati terdapat sekurang-kurangnya tiga tikaman di bahagian dada kiri dan kita telah merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan juga mendapati kedua-dua lelaki berkenaan saling mengenali dan masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MalaysiaGazette

Artikel➡️ Malaysia Gazette
 
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas dipercayai bertengkar dengan seorang kenalannya di Kampung Sungai Udang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa ditemukan terlantar di beranda rumahnya dengan tiga kesan tikaman pada bahagian dada.

"Kejadian berkenaan disedari abang mangsa selepas mendengar pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki berusia 44 tahun, yang melarikan diri kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbitnya, namun berlaku pertengkaran dengan mangsa.

"Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai ditikam pada dada kiri menggunakan parang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini.

Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 
"Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai ditikam pada dada kiri menggunakan parang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini.



Agak pelik juga..Guna PARANG tikam org?


selalu parang ni tetak...tak biasa dengar tikam..
mana ropa parang dia?
siapa yg selalu guna parang?prindavan?
 
Back
Top
Log in Register