BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertenang urus kemelut PN, Bersatu diberitahu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,291
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,291
Reaction score
12
Points
25

Bertenang urus kemelut PN, Bersatu diberitahu​

3396477c-annuar-musa-3.jpg

Ketua Penerangan PN Annuar Musa yakin notis mesyuarat majlis tertinggi gabungan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sambil mengingatkan semua pihak tidak ‘membuat kesimpulan awal’, Annuar berkata tindakan sedemikian tidak membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku, sebaliknya boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Proses seterusnya perlu diurus dengan cermat dan tidak terburu-buru kerana banyak aspek undang-undang perlu diteliti. Selain itu, kita perlu mengambil kira ahli anggota lain terutama MIPP dan Gerakan. PAS tak boleh buat sesuka hati.

“Justeru, elok jika dikurangkan kenyataan yang tidak membantu proses ini. Apatah lagi kenyataan yang melanggar garis tatatertib parti anggota kerana ia boleh menjurus kepada satu tindakan lain pula,” katanya di Facebook.

Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut mengingatkan Bersatu mengenai pengalaman parti itu sendiri dalam menguruskan disiplin ahli sebelum ini.

“Kita percaya Bersatu banyak pengalaman menghadapi situasi seperti ini sehingga terpaksa menggerakkan jawatankuasa disiplin, membicara, menggantung dan memecat ahlinya. Sebenarnya peruntukan yang ada dalam Perlembagaan PN tidak jauh bezanya daripada Perlembagaan Bersatu.

“Yang penting PAS atau Bersatu tidak boleh bertindak sendiri secara unilateral,” katanya yakin notis mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju gabungan itu secara tertib.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meneguhkan pendirian kekal dalam PN di sebalik kemelut dengan PAS, memberi alasan beliau yang memulakan PN, dan akan bertanding pada pilihan raya atas lambang gabungan itu.

Katanya, parti itu sedia untuk berlawan di semua bahagian dengan PAS yang baru-baru ini memutuskan hubungan dengan mereka.

Beliau turut mendakwa, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar belum memanggil mesyuarat bagi membincangkan persediaan pilihan raya, mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa mesyuarat sedemikian ‘kritikal’.
 
Back
Top
Log in Register