afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,295
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,295
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Muhyiddin harap JPPM putus status Bersatu dalam PN segera
Pertikaian mengenai status Bersatu dalam PN timbul selepas Presiden PAS Hadi Awang dakwa parti itu bukan lagi komponen gabungan pembangkang itu, namun Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar kemudian menegaskan sebaliknya.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan JPPM untuk membuat keputusan selepas Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dipanggil memberikan penjelasan.
“Kita serahkan kepada kebijaksanaan JPPM dan diharap dapat membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat inilah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu malam ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Bersatu sebelum ini mengemukakan lapan perkara pokok yang didakwa telah dilanggar dan tidak dihormati oleh pimpinan PN ketika ini.
Katanya, hal itu mendorong Bersatu membuat aduan rasmi kepada JPPM, dan perkara itu telah diberi perhatian oleh jabatan itu.
JPPM dilaporkan berkata bulan lepas bahawa pihaknya sedang meneliti kebimbangan Bersatu berhubung pengecualiannya daripada mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai, yang memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti komponen gabungan itu menjelang PRN Negeri Sembilan.
Katanya, perkara itu diteliti berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, Perlembagaan PN yang diluluskan serta rekod rasmi JPPM.
Pertikaian mengenai status Bersatu dalam PN timbul selepas Presiden PAS Hadi Awang mendakwa parti itu bukan lagi komponen gabungan pembangkang berkenaan, menyatakan bahawa Perlembagaan PN menetapkan mana-mana parti yang memilih untuk menyertai atau membentuk gabungan lain akan hilang keanggotaan secara automatik.
Bagaimanapun, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar kemudian menegaskan Bersatu masih parti komponen PN, walaupun timbul dakwaan bahawa keanggotaan parti berkenaan gugur susulan hasrat mahu membentuk gabungan politik baharu.