Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
MUAR, 12 Julai (Bernama) -- Seluruh anggota Pergerakan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi "peperangan" di dalam bentuk pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan tidak lama lagi.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Selasa, Wanita Umno dan BN merupakan benteng dan perisai kepada BN terhadap segala ancaman.
"Kita berharap Wanita Umno dan BN bersedia untuk menghadapi peperangan, persiapkan diri kita dengan strategi 'art of war' yang terbaru di dalam usaha kita untuk menghadapinya. Kita tidak boleh ketinggalan," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Skuad Sayang Parlimen Pagoh yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, Kundang Ulu, Pagoh.
Menurutnya, anggota Wanita Umno dan BN perlu menguasai teknologi baru seperti 'social network' di dalam usaha pergerakan itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mengenai perhimpunan haram Bersih, Shahrizat berkata, Wanita Umno boleh mengerahkan 1.3 juta anggotanya ke Kuala Lumpur sebagai reaksi balas kepada perhimpunan haram itu, tetapi ia tidak mahu berbuat demikian.
Katanya, Wanita Umno tidak memilih jalan berhimpun kerana ia mematuhi undang-undang dan kerana ia sayangkan negara.
"Tetapi jangan ambil mudah," kata beliau pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.