BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersatu tak ikut PAS arah sokong BN, elak penyokong keliru, kata Muhyiddin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Bersatu tak ikut PAS arah sokong BN, elak penyokong keliru, kata Muhyiddin​

1174bac9-3_muhyiddin_yassin_kampung_jayor_moganraj_fmt_29062026-copy-2.jpg

Muhyiddin Yassin pada program Sembang Santai di Kampung Jayor bersama calon PN bagi DUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata terserah kepada ahli dan penyokong untuk membuat keputusan sendiri bagi menyokong mana-mana parti sealiran selain yang berada dalam PN jika tiada calon gabungan itu bertanding.

“Kadang-kala ada kes mereka tak mahu mengundi sebab parti (luar PN) yang bertanding mereka tak suka.

“Kalau mereka anggap parti itu UmDAP, takkan saya nak buat arahan sebegitu (supaya sokong) kerana ada asas tertentu, kira tak sama dengan parti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Sembang Santai di Kampung Jayor bersama calon PN bagi DUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal.

Muhyiddin berkata pendekatan itu dibuat bagi memastikan pengundi dan penyokong PN, khususnya Bersatu, tidak keliru.

“Strategi PN tak kira parti apa, Bersatu ke atau parti lain, untuk mendapat sokongan seramai mungkin kita jangan celarukan fikiran pengundi.

“Ini sokong dan ini tak sokong,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai depan.

Beliau berkata arahan itu bertujuan memastikan sokongan diberikan kepada calon BN di kawasan yang tidak mempunyai calon PN, sambil menegaskan ahli PAS tidak mengundi Pakatan Harapan (PH).

Susulan itu, Pengerusi BN Zahid Hamidi berharap saranan kepimpinan PAS supaya penyokong dan pengundinya mengundi calon gabungan itu dapat diterjemahkan di semua 56 kerusi DUN.
 
Back
Top
Log in Register