BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor​

673d49cdb8a014f97315a108c4b1103d.png

c220935d5776d64978ab4cb13a654f63.png

31ef10dd1f785df0e6aed98c9e62c65b.png

07c3481523ff3575f0e1a845eb9ccb29.png

679bb7c6ad65b9c87bdf4d439ad21674.png


Bersama mendedahkan penyata kewangan kempen parti itu pada pilihan raya negeri Johor, sambil berkata amalan tersebut akan diteruskan dalam semua pilihan raya yang disertainya pada masa depan.

Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli berkata partinya sedang merintis budaya politik baru dengan matlamat akhirnya untuk membanteras rasuah.

“Keseluruhan kempen Bersama dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga sumber orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas menteri ekonomi itu berkata sumber pembiayaan berkenaan terdiri daripada kutipan yuran keahlian parti sebanyak RM20, hasil pengumpulan dana majlis makan malam serta sumbangan peribadi penyokong.

Menurut penyata kewangan itu, Bersama membelanjakan keseluruhan RM796,197 bagi perbelanjaan pilihan raya, antaranya deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM120,000, bahan kempen (RM339,190) dan bayaran pembersihan selepas kempen (RM24,000).

Parti itu mengumpulkan RM291,868 daripada majlis makan malam pengumpulan dana, RM399,329 melalui pendanaan awam dan RM105,000 dalam bentuk sumbangan peribadi daripada dua penderma yang tidak dinamakan.

Menurut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had perbelanjaan kempen pilihan raya hanya dikenakan terhadap calon dan tidak merangkumi parti politik.

Calon parlimen boleh membelanjakan sehingga RM200,000 dalam pilihan raya, manakala calon kerusi Dewan Undangan Negeri dibenarkan berbelanja maksimum RM100,000.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata rasuah politik merupakan amalan yang berakar kuat di Malaysia dan terus berlaku meskipun kerajaan persekutuan atau negeri bertukar.

“Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen.

“Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama,” dakwa bekas timbalan presiden PKR itu.

Semasa kempen pilihan raya Johor, badan pemantau pilihan raya Bersih membangkitkan dakwaan penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan serta menggesa BN dan Harapan dipertanggungjawabkan.

Rafizi mendakwa amalan rasuah yang berterusan antara lain berpunca daripada cara parti politik bergantung pada khidmat berbayar, termasuk membiayai jentera parti melalui pemberian wang minyak, elaun atau wang saku.

“Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register