BTC USD 62,008.9 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkorban tak dapat korban, 42 peserta sepakat batalkan program

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,664
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,664
Reaction score
2,142
Points
266
Awards
1
Berkorban tak dapat korban, 42 peserta sepakat batalkan program
UTAMA Mohd Fikri Mie Monday, 19 July 2021, 8:00 am 0 2 minutes read
korban-batal-850x560.jpeg
Penduduk Taman Seri Inderapura, Mohd Izad Haikal melihat pagar dawai untuk menempatkan enam lembu ibadah korban namun program korban terpaksa dibatalkan berikutan peserta tidak mahu menanggung risiko wabak COVID-19.

KUANTAN, 19 Julai – Jawatankuasa Masjid Ittifaqiah Taman Seri Inderapura (MITSI), di sini mengambil keputusan membatalkan program ibadah korban apabila hampir semua 42 peserta memutuskan supaya program berkenaan dibatalkan.

Timbalan Pengerusi MITSI, Rashid Mohamad berkata, keputusan drastik berkenaan terpaksa dibuat dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 dalam kalangan peserta korban termasuk penduduk setempat.

Menurutnya, kawasan Taman Seri Inderapura juga kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Lokaliti Berisiko Daerah Kuantan bermula 18 hingga 31 Julai. Penduduk tidak dibenarkan keluar kecuali kes tertentu sahaja.

Katanya, walaupun kebenaran melakukan ibadah korban telah diterima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan namun peserta tetap sepakat untuk membatalkan program yang sepatutnya diadakan pada pagi Aidiladha, Selasa ini.

“Semua persiapan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan PAID Kuantan untuk program korban telah disediakan, antaranya pagar untuk menempatkan enam ekor lembu dalam kawasan khas sebelum disembelih.

“Saya terpaksa menghubungi pembekal lembu untuk menyatakan pembatalan pembelian lembu yang telah dijanjikan sejak beberapa minggu lalu,” katanya, pada Ahad.

Beliau berkata, walaupun terdapat dalam kalangan peserta berminat untuk meneruskan ibadah korban namun lebih daripada separuh daripada peserta yang menyatakan pendapat supaya program berkenaan dibataskan.

Rashid berkata, pihak PAID Kuantan turut mewajibkan semua petugas ibadah korban perlu menjalani ujian calitan atau swab test yang menelan belanja RM6,000 membabitkan 60 petugas.

Peserta, Rahimi Hashim berkata, dia reda apabila tidak dapat melakukan ibadah korban pada Aidiladha tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Suratan takdir sudah tertulis yang kami penduduk Taman Seri Inderapura tahun ini tidak dapat melakukan ibadah korban, ada rezeki dan dipanjangkan umur tahun depan kita boleh melakukan ibadah berkenaan,” katanya lebih tujuh tahun menetap di situ.

 
Sponsored Post

MITSI batal program korban​

KUANTAN: Jawatankuasa Masjid Ittifaqiah Taman Seri Inderapura (MITSI), di sini, membatalkan program ibadah korban apabila hampir semua 42 peserta memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Timbalan Pengerusi MITSI, Rashid Mohamad, berkata keputusan drastik terpaksa dibuat dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 di kalangan peserta korban dan penduduk setempat.
E805BE3E-5E58-43C1-BCDE-6A927127FEF5.jpeg

KUANTAN ..Penduduk Taman Seri Inderapura, Mohd Izad Haikal melihat pagar dawai untuk menempatkan enam lembu ibadah korban namun program korban terpaksa dibatalkan berikutan peserta tidak mahu menanggung risiko wabak Covid-19.
Selain itu, katanya, Taman Seri Inderapura juga kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), 18-31 Julai, di samping penduduk tidak dibenarkan keluar kecuali kes tertentu sahaja.

Katanya, walaupun kebenaran melakukan ibadah korban diterima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan, peserta bersepakat untuk membatalkan program yang sepatutnya diadakan pada pagi Aidiladha pertama.

Peserta, Rahimi Hashim berkata, dia reda apabila tidak dapat melakukan ibadah korban pada Aidiladha 2021 supaya kebarangkalian jangkitan COVID-19 dapat dikawal.

“Sudah tertulis yang kami penduduk Taman Seri Inderapura tahun ini tidak dapat melakukan ibadah korban. Ada rezeki dan dipanjangkan umur tahun depan kita boleh melakukan ibadah berkenaan,” katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register