combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Korban Maysak meningkat 159 orang
SEORANG wanita berdiri di luar rumahnya selepas kawasan itu dilanda banjir apabila sebuah takungan berdekatan runtuh di wilayah Guangxi, barat daya China baru-baru ini. - AFP
BEIJING – Angka korban akibat banjir besar yang melanda selatan China meningkat kepada 159 orang, manakala 10 lagi masih hilang, lapor laman berita The Standard.
Taufan Maysak menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan di selatan China dengan membawa hujan lebat dan banjir besar ke Guangxi, bulan lalu. Ketika itu, media pemerintah melaporkan, 39 orang terkorban di wilayah tersebut.
Badan penyiaran pemerintah, China Central Television (CCTV) melaporkan bahawa bencana itu menyebabkan 159 kematian dan 10 lagi masih hilang setakat semalam.
CCTV tidak memberikan penjelasan tentang punca angka kematian yang meningkat dan diumumkan kira-kira enam minggu selepas banjir berlaku.
“Maklumat ini diperoleh hasil mesyuarat berasingan yang diadakan di Nanning dan Guigang, Guangxi bagi membincangkan usaha pemulihan serta pembinaan semula susulan bencana Taufan Maysak.
“Pada masa ini, kedua-dua kawasan telah memasuki fasa pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana,” lapor CCTV.
Sebanyak 26 kematian yang dilaporkan pada Julai lalu dikaitkan dengan kejadian empangan pecah di Takungan Liulan. – AGENSI
Korban Maysak meningkat 159 orang
BEIJING - Angka korban akibat banjir besar yang melanda selatan China meningkat kepada 159 orang, manakala 10 lagi masih hilang, lapor laman berita The Standard.Taufan Maysak menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan di selatan China dengan membawa hujan lebat dan banjir besar ke Guangxi, bulan...
www.kosmo.com.my