combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Berita-berita Ringkas Dewan Negara: 4 Ogos
Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 22 projek bekalan air di perkampungan Orang Asli tahun ini menerusi Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata projek itu melibatkan kerja menaik taraf sistem, menambah baik sistem perpaipan dan menyiapkan telaga tiub.
"Sepanjang RMK12 dari 2021 hingga 2025, sebanyak RM31.67 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan 258 projek sistem rawatan air di perkampungan Orang Asli," katanya menjawab soalan Senator Shahrol Wizan Sulong mengenai langkah kerajaan memastikan setiap komuniti Orang Asli mendapat akses kepada bekalan air bersih yang selamat pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Rubiah berkata daripada keseluruhan 853 perkampungan Orang Asli di Semenanjung sebanyak 729 kampung telah menikmati bekalan air bersih, manakala projek bekalan air bagi baki 124 kampung akan dilaksanakan secara berfasa.
-- BERNAMA
149 ZON PENGELUARAN MAKANAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DIWARTAKAN
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama)