combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Berita-berita Ringkas Dewan Negara: 30 Julai
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memuktamadkan Strategi Pembangunan Dron Pertahanan Negara (SPDPN), Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kerajaan komited untuk terus membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan dan meningkatkan penggunaan teknologi tempatan bagi memperkukuh pemantauan kawasan maritim serta sempadan negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim mengenai status pembangunan industri pertahanan tempatan dalam bidang teknologi strategik serta sasaran jangka panjang kerajaan.
Adly berkata perancangan perolehan fasa kedua sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) ANKA dari Turkiye bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan operasi ATM, malah akan dimanfaatkan menerusi Program Kolaborasi Industri (ICP) untuk memperkukuh industri pertahanan tempatan.
Beliau berkata TUSAS Malaysia Sdn Bhd dikenal pasti sebagai rakan pelaksana teknikal (Technical Delivery Partner) bagi pembangunan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) nasional menerusi pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan.