BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beri masa kerajaan laksana mandat, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Beri masa kerajaan laksana mandat, kata Anwar​

91f97201-anwar-ibrahim-dewan-rakyat-bernama-pic-140726.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mendengar suara rakyat yang mahu ia memberi tumpuan kepada pentadbiran negara bukan berpolitik sepanjang masa. (Gambar Bernama)

Beliau berkata, rakyat mahukan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi, bukannya terus terperangkap dalam kitaran kempen pilihan raya yang berterusan.

“Jadi bagilah masa, kita ada mandat, sampai pilihan raya, bertempurlah pula. Saya tiada masalah dengan perkara itu,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Anwar turut berkata, kerajaan mendengar suara rakyat yang mahu pentadbiran memberi tumpuan kepada urus tadbir negara, bukannya berpolitik sepanjang masa.

“Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan. Rakyat juga mahu ekonomi berkembang. Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa,” katanya.

Beliau menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), sama ada kerajaan wajar ‘mengembalikan suara kepada rakyat’ dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, mengambil kira tahap seriusnya krisis Selat Hormuz dan ketidaktentuan politik dalam negara.

PRU akan datang hanya perlu diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2028, namun timbul spekulasi pilihan raya mengejut mungkin diadakan hujung tahun ini berikutan hubungan semakin tegang antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua gabungan yang menjadi tunjang kepada kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan kini berdepan persaingan sengit dalam PRN, yang terbaru menyaksikan kemenangan besar BN di Johor, Sabtu lalu.

BN menang 48 daripada 56 DUN Johor, manakala PH berkurangan daripada 12 kerusi kepada lapan.

Kedua-dua gabungan dijangka sekali lagi bersaing pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lalu susulan keruntuhan pentadbiran kerajaan perpaduan PH-BN yang berpunca daripada pertikaian antara empat Undang dengan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
 
mandat ape lagi??

dah buat hutang sampai 700 biilliunnn...

buat LRT3 mcm reban ayam meyusahkan pnegguna
 
Back
Top
Log in Register