TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,872
- Points
- 1,831
TnT135 sporty dan mantap
BENELLI Malaysia hari ini memperkembangkan barisan produknya di negara ini dengan pelancaran model TnT135. Motosikal kompak itu dipasang di Rawang dan mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jentera serba baharu ini menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukkan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap pada semua jenis keadaan jalan raya.
PATUHI PERATURAN SEMASA
Dikuasakan enjin 134.7 cc bersilinder tunggal yang menghasilkan 13 hp pada 9,000 rpm yang digabungkan dengan transmisi lima kelajuan. Motosikal tersebut juga patuh peraturan Euro 4. Mempunyai kerangka tiub keluli yang dipadankan dengan sepit udang terbalik 41 mm di hadapan dan penyerap hentak tunggal dengan pengubah preload di bahagian belakang.
Kuasa membrek pula dibekalkan cakera 220 mm dengan angkup omboh berkembar di hadapan, 190mm (belakang). Turut dilengkapi lampu hadapan LED untuk penglihatan yang lebih baik serta reka bentuk ekzos sporty.
Hadir dalam warna merah atau putih, dengan harga runcit RM7,990. 200 pelanggan pertama yang membeli model ini akan mendapat helmet Givi M60.0 Skid Off Road bernilai RM371 secara percuma.
PENUHI NALURI
Pengurus Besar Benelli Malaysia, Low Kin Yong berkata, meskipun model TnT135 ini dikategorikan sebagai motosikal mini, dari segi hamburan kuasa ia tidak mengecewakan.
“Kawalan kuasa di tangan dan ketangkasan yang mudah dikendalikan, saya yakin ia mampu menakluki keyakinan dan naluri penunggangnya nanti.
“Banyak ciri menarik ditampilkan dan menjadi harapan kami agar ia dapat memenuhi cita rasa para pemiliknya nanti bagi kegunaan harian,” ujarnya pada majlis memperkenalkan jentera terbaharu tersebut, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran Benelli, Dante Richard Bustos, Pengerusi Benelli Malaysia, On Thiam Chai dan Pengarah Eksekutif Benelli Malaysia On Hai Swee.
Ciri- Ciri baharu Tenelli TnT135
> Mendapat status EEV oleh Jabatan Pengangkutan Jalan .
> Pensijilan Euro 4
> Gear 5 kelajuan untuk tunggangan menarik dan lancar sehingga tahap maksimum.
> Fork terbalik bersaiz 41 mm memberi kestabilan dan keselesaan ketika menunggang.
> Sistem sensor ekzos oksigen ‘catalytic converter’ direka bagi mengeluarkan bunyi yang sporty untuk keriangan tunggangan.
> Lampu depan LED direka dengan menarik bagi membolehkan cahaya terang dan lebih jelas ketika tunggangan siang atau malam.
> Cakera brek depan bersaiz 220 mm dengan dua piston caliper bagi mengukuhkan cengkaman ketika membrek sebagai keselamatan tambahan.
http://www.sinarharian.com.my/turbo/tnt135-sporty-dan-mantap-1.598892