BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benelli TnT135 dilancar @RM8,469

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
61216lizam1_1481013170.jpg

BUSTOS (tengah) melancarkan Benelli TnT135. FOTO Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (Benelli Malaysia) pengimport, pengedar dan pemasang motosikal jenama Benelli di Malaysia melancarkan model terbaru TnT135 petang tadi.

Model dalam segmen Mini Bikes ini dikuasakan dengan enjin 135cc suntikan elektronik SOHV sejukan pelincir serta lima kelajuan dengan fork terbalik 41mm memberi kestabilan dan keselesaan ketika menunggang.

TnT135 juga mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menawarkan tunggangan yang berkuasa serta penggunaan bahan api yang efisien.

Ketua Pegawai Pemasaran Global Benelli, Dante Richard Bustos berkata, motosikal ini disasarkan kepada penunggang muda daripada usia 18 hingga 25 tahun namun ia tetap menjadi pilihan buat pengguna pelbagai usia sebagai kegunaan harian.

“Ia sebuah motosikal yang seronok untuk ditunggang dalam masa yang sama mudah untuk dikawal serta kuasa yang tidak mengecewakan,” katanya.

Antara ciri lain ialah sistem eksoz oksigen, pensijilan Euro 4, Lampu LED penuh untuk lebih terang ketika tunggangan malam dan jelas ketika siang, serta brek cakera depan dan belakang.

Model ini didatangkan dengan dua pilihan warna dan grafik yang menarik iaitu merah dan putih dengan harga jualan asas RM7,990 yang boleh mula didapati esok di seluruh negara. Termasuk GST RM8,469.


Benelli-TnT135-4-850x567.jpg

Benelli-TnT135-7-630x420.jpg

Benelli-TnT135-8-850x567.jpg

Benelli-TnT135-10-850x567.jpg

Benelli-TnT135-11-850x567.jpg

Benelli-TnT135-13-850x567.jpg

Benelli-TnT135-14-850x567.jpg

Benelli-TnT135-6-850x567.jpg


http://www.hmetro.com.my/node/187230
 
image.jpg

image.jpg

..
 
Siap eksesori dah tu..
tapi harga 8k tu banyak pilihan lain lagi..
kena cari buyer yang betul2 minat jer laa nak membeli..
 
tunggu TRK 502. adventure bike. tahun depan smp. design mcm ducati multistrada
 
model tu org English ke kacukan
 
Back
Top
Log in Register