BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah Pas as King Maker..?? Condong BN or Condong PH..?

3rd Block Pembangkang - Choose..


  • Total voters
    0

fuhgeddaboudit

Active Member
Messages
2,044
Joined
Mar 10, 2016
Messages
2,044
Reaction score
771
Points
71



20130505-171126.jpg


Sistem majoriti
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem Majoriti atau juga dikenali majoriti mudah, pemenang ambil semua, pengundian plural dan di United Kingdom dipanggil sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat (first-past-the-post electoral system). Dalam sains politik , dikenali sebagai Ahli Parlimen Satu Wakil atau "Single-Member District Plurality" (SMDP). Sistem ini digunakan di United Kingdom dan kini diamalkan disebahagian besar bekas koloni British.

Terma "sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat" merujuk kepada analogi lumba kuda, di mana pemenangnya adalah yang pertama melepasi garisan penamat, manakala kuda-kuda lain secara automatik akan dianggap sebagai tewas ("pemenang mengambil semua"). (Winner takes all)

Kaedah


Setiap pengundi diberikan daerah mengundi tertentu untuk memilih calon. Semua undian dikira dan calon yang menerima undi paling banyak akan diisythiharkan sebagai pemenang bagi kawasan pilihan raya tersebut.


MAJORITI 2/3

MAJORITI DUA PERTIGA ADALAH MAJORITI ASAS YANG DIPERLUKAN DALAM KEBANYAKAN PEMILIHAN TERUTAMA APABILA HAK MINORITI BOLEH DIUBAH.

TERDAPAT DUA JENIS MAJORITI, IAITU MAJORITI MUDAH DAN MAJORITI MUTLAK.

MAJORITI MUDAH BERMAKSUD JUMLAH UNDI YANG DIPEROLEHI MESTILAH SAMA ATAU MELEBIHI JUMLAH UNDI YANG MENENTANG.

MANAKALA MAJORITI MUTLAK PULA BERMAKSUD DUA PERTIGA DARIPADA JUMLAH UNDI ATAU LEBIH, PERLU DIPEROLEHI ATAU DENGAN KATA LAIN IA LEBIH KUKUH DARIPADA MAJORITI MUDAH YANG DIPERLUKAN.

DALAM KONTEKS PILIHAN RAYA UMUM KALI INI, JUMLAH KERUSI PARLIMEN YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH SEBANYAK 222 BUAH.

UNTUK MENDAPATKAN MAJORITI MUDAH PARTI YANG BERTANDING ATAU PAKATANNYA PERLU MEMPEROLEH SEKURANG-KURANGNYA MELEBIHI 111 KERUSI.

NAMUN UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN DENGAN KEDUDUKAN YANG SELESA, PARTI ATAU GABUNGANNYA PERLU MENDAPAT MAJORITI MUTLAK DUA PERTIGA.

DALAM HUBUNGAN INI PARTI YANG BERTANDING PERLU MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA 148 KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN.



Ok..
Boleh faham sistem Majoriti Mudah kan..
Meh..
Kita tengok bawah..

pru13.png


Screen-Shot-2013-05-06-at-8.58.41-AM.png



So..
Kita Nampak BN menang Majoriti Mudah dan bukan Majoriti Mutlak atau 2/3 Vote.

dan mengambil kira prestasi partai

prestasi.png



Katakanlah..
Dalam PRU14 ini..


Dari 222 Seats..

BN Menang 95 Kerusi
PAS Menang 32 Kerusi
PKR Menang 37 Kerusi
DAP Menang 35 Kerusi
BERSATU Menang 12 Kerusi
AMANAH Menang 11 Kerusi



Berdasarkan Senario diatas..

Jumlah Kerusi BN dan PH adalah Balance dengan 95 Kerusi..
Persoalan ;

Dengan PAS sebagai 3rd Block of Oppnonent..
Dengan situasi dan mood politik sekarang..
Kemanakah atau Bahagian manakah PAS akan MEMIHAK..??


Kerajaan Campuran bersama BN..???
atau
Kerajaan Campuran bersama PH..??




atau..
Mungkin kita ambil...
Negeri Selangor..



Keputusan Rasmi PRU 13 untuk Kerusi DUN SELANGOR
BN : 12
DAP : 15
PAS : 15
PKR : 14

* Abaikan BEBAS..



56 Kerusi DUN Selangor..

katakanlah PRU 14..
Keputusan Seperti Dibawah ;

BN : 23
PAS : 10
PKR : 14
DAP : 09


Berdasarkan Senario diatas..

Jumlah Kerusi BN dan PH adalah Balance dengan 23 Kerusi..
Persoalan ;

Dengan PAS sebagai 3rd Block of Oppnonent..
Dengan situasi dan mood politik sekarang..
Kemanakah atau Bahagian manakah PAS akan MEMIHAK..??

Kerajaan Campuran bersama BN..???
atau
Kerajaan Campuran bersama PH..??








 
Last edited:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.

Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.

“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu (PPBM). Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.

“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Last edited:
Nie DR SINAR

UMNO dan Pas kemungkinan besar akan berkongsi kuasa politik dengan menubuhkan kerajaan campuran sekiranya BN terus mempertahankan pemerintahan pada PRU14.

"MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan terus kekal bersama, tetapi parti-parti ini akan terpinggir dalam arus perdana politik negara.

Demikian ramalan dibuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek kepada Sin Chew Jit Poh ketika mengulas mengenai hubungan yang semakin rapat antara pemimpin Umno dan Pas sejak kebelakangan ini.


Beliau berkata, selepas Umno bekerjasama dengan Pas, dasar negara akan lebih Islamik dan Umno akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan mengutamakan kepentingan kaum Melayu.

"Umno dan Pas sudah jelas akan terus bekerjasama dan bersatu hati dalam isu perpaduan umat Islam. Kedua-dua parti ini juga diramalkan akan bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi dalam PRU. Mereka akan berkongsi kerusi ataupun mungkin sengaja mencetuskan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.

"Bagaimanapun, Pas tidak mungkin akan menyertai BN memandangkan penyertaannya ke dalam BN mesti mendapat persetujuan daripada 13 parti komponen BN terlebih dulu," kata bekas presiden MCA itu lagi.

Menurut beliau, jika Umno dan Pas berganding bahu menghadapi PRU14, mereka pastinya akan mempunyai laluan mudah untuk menerajui kerajaan negeri di lima negeri yang mempunyai majoriti pengundi Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang dan Kedah.

"Kelima-lima negeri pula mempunyai 54 kerusi parlimen dan dijangka Umno serta Pas akan menang 48 hingga 50 kerusi daripadanya. Selain itu, di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi parlimen.

"Sekiranya Umno dan Pas berjaya memenangi 50 daripada 56 kerusi itu, ini bermakna semakin mudahlah Umno untuk mengekalkan kuasa dengan membentuk kerajaan campuran bersama Pas," katanya.

MCA sememangnya parti Cina

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memimpin negara selama 22 tahun, beliau sepatutnya telah sedar bahawa MCA sememangnya adalah sebuah parti dengan kesemua ahlinya terdiri daripada kaum Cina.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, sejak penubuhannya hingga sekarang, MCA adalah parti berasaskan kaum Cina dan MCA tidak perlu berselindung apa-apa.

"Mahathir seperti cuba mengagung-agungkan DAP dan menghina MCA. Beliau sepatutnya sedar parti baharu yang disertainya juga adalah sebuah parti berasaskan satu kaum sahaja?" kata Mei Fun kepada China Press.

Beliau berkata demikian ketika memberikan reaksi terhadap kenyataan Mahathir yang memuji DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan untuk lagu parti dan semasa konvensyen berlangsung.

Kata Mei Fun, MCA faham dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, semua rakyat mestilah saling hormat-menghormati antara satu dengan lain dan MCA bukan sahaja menjaga kepentingan kaum Cina, kaum-kaum lain juga tidak dipinggirkan.

Eksport perabot gagal capai sasaran

Akibat menghadapi masalah kekurangan warga pekerja asing, industri perabot di Malaysia mengalami kerugian serius menyebabkan sasaran untuk mencapai jualan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini gagal tercapai.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, untuk mengatasi masalah tersebut, kerajaan kini sedang berusaha mencari jalan segera bagi membantu golongan yang terbabit dalam industri perabot ini.

"Kerajaan melalui Menteri Sumber Manusia baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke Bangladesh dalam usaha mendapatkan lebih ramai rakyat negara itu datang bekerja di Malaysia.

"Saya harap dalam tempoh dua minggu akan datang, akan ada lebih ramai pekerja Bangladesh datang untuk bekerja di kilang-kilang perabot yang ada di seluruh negara kita," kata Siew Keong kepada Oriental Daily.

Menurut beliau, walaupun kini terdapat sesetengah kilang yang telah menggunakan kemudahan mesin, namun tenaga kerja daripada pekerja warga asing tetap diperlukan.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/umno-pas-tubuh-kerajaan-campuran-1.595534
 
Last edited:
Pada pandangan tok UmNo cuba berbaik dengan PAS dan isu RUU355 akan dimainkan.. Asalkan boleh bertahan lagi 5 tahun why not.. Tok yakin PM kita akan tahan 1 penggal lagi jew.. Dan dekat pru 16 UMNo dan PAS pasti akan bercakaran..

Hanya pandangan sahaja.. Please jangan kecam tok
 
lau ikut senario sekarang..ehem heme..
 
Pada pandangan tok UmNo cuba berbaik dengan PAS dan isu RUU355 akan dimainkan.. Asalkan boleh bertahan lagi 5 tahun why not.. Tok yakin PM kita akan tahan 1 penggal lagi jew.. Dan dekat pru 16 UMNo dan PAS pasti akan bercakaran..

Hanya pandangan sahaja.. Please jangan kecam tok

politik tokk biasalah....
 
pada pendapat aku la,
PAS lebih baik ke PH, demi rakyat
pun begitu pas akan jadi MAIN Player untuk PH,
why, kalo demand or gangguan dari pihak PH terhadap PAS,
maka PAS senang2 menyokong pihak BN, dan secara automatik perpindahan kuasa berlaku,
 
jauh lagi perjalanan untuk menumbangkan BN. pastikan sabah dan sarawak mantap
 
harap2 semua kawasan tanding 5 penjuru

BN- 215
DAP- 6
PKR -1
PAS- 0
PAN -0
 
Back
Top
Log in Register