BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belasah ibu

Anak derhaka

KUALA BERANG: Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.

Pada mulanya, suri rumah malang berusia 62 tahun itu memanggil menantunya selepas mendapati dua gelang emas yang disimpan dalam sebuah beg di ruang tamu rumahnya hilang pada 15 Ogos lalu.

Dia bertanyakan menantunya yang berusia 20-an itu sama ada ternampak gelang yang disimpan dalam beg, tetapi isteri anak lelakinya itu menafikan pernah melihatnya.

Mangsa yang resah dengan kehilangan itu kemudian bertanyakan hal sama kepada anak lelakinya, tetapi dia kerap kali mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai barang kemas berkenaan.

Bagaimanapun, pada jam 6 petang Selasa lalu, anak lelaki wanita itu yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya, datang berjumpa ibunya yang sedang mengikat sayuran seorang diri di depan rumah di Kampung Tengkawang, dekat sini.

Lelaki itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ibunya yang didakwa menuduh isterinya mencuri dua gelang emas yang hilang.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan si ibu menuduh anaknya mencuri barang kemas itu dan bukan menantunya kerana perkara sama pernah berlaku di rumah itu sebelum ini.

Berang dengan tuduhan ibunya, lelaki itu mencapai sebuah basikal di halaman rumah berkenaan dan melontarnya ke dinding rumah sebelum menghilangkan diri.

Dia muncul semula 10 minit kemudian dengan membawa sebatang kayu dan terus menyerang ibunya dengan membelasah badan dan tangan kanan mangsa sebelum meninggalkan warga emas berkenaan kesakitan di halaman rumahnya.

Mangsa yang bengkak badan dan cedera di lengan kanan kemudian menemui seorang tukang urut untuk mengurut sebelum diberitahu lengannya patah berikutan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, berkata berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.

Mangsa dihantar untuk rawatan di Hospital Hulu Terengganu, disahkan patah tangan kanan berikutan kejadian itu.

Tengku Hamzah berkata, polis sedang memburu anak lelaki mangsa dan isterinya, masing-masing berusia 20-an yang menghilangkan diri selepas kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
 
kurang ajo punye anak..tak de akal pikiran ke time dok belasah mak sendiri camtu..nguks!
 
Dituduh Mencuri, Anak Sanggup Belasah Mak

Ditutup rahmat, ditimpa kesusahan

KUALA LUMPUR: “Ini adalah sekeji-keji dan sehina-hina perbuatan dan sudah tentu dilaknat Allah,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai tindakan seorang lelaki yang tergamak membelasah ibu kandungnya sendiri dengan sebatang kayu sehingga patah tangan kanan dan bengkak di badan.

Menurutnya, jika mengikut mana-mana kepercayaan agama sekalipun, seseorang anak tidak boleh membuat ibu bapa kandungnya terasa hati, manakala mengikut Islam, perbuatan seperti itu satu dosa yang dilaknat Allah.

“Berkata ahh! atau membuat ibu bapa terasa hati disebabkan hal yang kecil sekali pun juga adalah berdosa dan jika bertindak sehingga mencederakan orang tua kita itu, dosanya lebih teruk lagi kerana tidak akan mendapat keredaan dan keampunan Allah di dunia mahupun di akhirat.

“Seberat-berat hukuman Allah ialah apabila seseorang anak itu menderhaka kepada ibu bapanya sendiri dan pastinya ditutup segala rahmat Allah daripada mendapat sebarang kesenangan dan akan ditimpakan segala kesusahan sehinggalah ibu bapa kandungnya sendiri mengampunkan setiap perbuatan yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noh berkata, setiap anak perlu mendapatkan keampunan daripada ibu bapa kandung sendiri jika pernah menyakiti hati mereka kerana itu satu-satunya cara setiap perbuatan itu diampunkan Allah.

Katanya, lelaki itu perlu memohon ampun kepada ibunya jika mengharapkan keampunan Allah dan tidak perlu malu berbuat demikian.

“Tidak ada keampunan Allah melainkan setiap dosa yang dilakukan ke atas ibu bapa sendiri mendapat pengampunan mereka.

“Selagi mereka (ibu bapa) tidak memaafkan, walau sebanyak mana amalan seseorang itu, hukumannya dan balasannya adalah neraka dan azabnya pastinya amat berat dan pedih,” katanya.
 
anak derhaka nie...
x cium bau syurga mcm ni...
sama aje laki bini...
 
wahh .. tak sanggup dgr cite mcm ni ...
sanggup pukul mak .. adeh
 
Back
Top
Log in Register