BTC USD 84,896.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

EG6o_5QUUAERuHh


[Infografik] #Belanjawan2020 - Pelabuhan Klang ​
 
FW927349_KL17_260819_FINAS_BN201908228906-mpr-960x640.jpg

AGENDANASIONAL

42 peratus penempatan Orang Asli diliputi internet 4G
Oktober 17, 2019 1:23 pm

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Sebanyak 42 peratus atau 365 daripada 853 kawasan penempatan Orang Asli di seluruh negara telah mendapat liputan terkini sistem komunikasi selular bertaraf 4G, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, daripada jumlah itu juga, 82 peratus (702 kampung) telah mendapat liputan 3G.

“Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan liputan komunikasi di kawasan luar bandar termasuklah di kawasan perkampungan Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang meminta pihaknya menyatakan liputan terkini sistem komunikasi selular di kawasan penempatan Orang Asli mengikut jenis sambungan 2G, 3G dan 4G serta rancangan kementerian dan sasaran tarikh siap projek penambahbaikan sistem telekomunikasi selular ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, MCMC juga sedang merancang untuk menyediakan infrastruktur dan menambah baik liputan perkhidmatan secara menyeluruh di seluruh kawasan perkampungan Orang Asli.

“Adalah dijangkakan bahawa penambahbaikan perkhidmatan jalur lebar di kawasan-kawasan tersebut akan siap dilaksanakan secara berperingkat menjelang 2023,” katanya.

Menjelas lanjut, Gobind berkata, pada masa ini, MCMC sedang merancang Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 4 yang akan melibatkan penyediaan dan penambahbaikan liputan selular dan jalur lebar di 151 kawasan penempatan Orang Asli di seluruh negara, yang mana pelaksanaannya dijangka bermula pada tahun 2020.

Menjawab soalan tambahan Lim berkaitan perkembangan infrastruktur, Gobind berkata, pihaknya akan menggunakan peruntukan khusus dalam Belanjawan 2020 untuk menyediakan akses jalur lebar menerusi teknologi satelit termasuk bagi capaian kawasan Orang Asli.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lepas, sebanyak RM250 juta diperuntukkan kepada MCMC untuk menyediakan akses jalur lebar menerusi teknologi satelit bagi kesalinghubungan di kawasan pedalaman di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak dalam memastikan tiada pihak terpinggir dalam era digital.

Gobind turut menarik perhatian, melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), sejumlah 92 menara telekomunikasi telah disiapkan di beberapa negeri antaranya Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan selain enam lagi menara sedang dalam pelaksanaan manakala sembilan lagi dalam perbincangan.

USP merupakan satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia, khususnya bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan itu.

NFCP dilancarkan bulan lepas bagi penyediaan liputan berkelajuan tinggi yang komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dalam tempoh lima tahun.

– BERNAMA
 
Sekolah cina dapat fund jauh lebih banyak dari sekolah kebangsaan.
 
Abdul Muein Abadi
16 Oktober jam 6:23 PTG

Saya baru dimaklumkan Timbalan Menteri DAP menuduh saya 'tidak profesional', 'gunakan status sebagai golongan akademik untuk agenda peribadi', dan 'memberi gambaran yang tidak tepat' berkenaan Belanjawan 2020.

Sukacita saya tegaskan bahawa kesemua fakta yang saya kemukakan adalah khusus dari perspektif impak ke atas institusi pertanian (MARDI, FAMA, KADA, MADA, dll), nelayan (LKIM, dll.), belia desa dan secara makro, seperti mana tajuk teguran saya itu. Bukannya dari perspektif mikro seperti mana yang dihujahkan Timbalan Menteri berkenaan.

Kesemua data saya juga adalah berdasarkan Belanjawan kerajaan Pakatan sendiri.

Maka saya kini sedang menanti kebenaran daripada yang berbahagia lagi dihormati Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor UKM untuk membuat kenyataan balas kepada tuduhan Timbalan Menteri DAP ini.

InsyaAllah jika diizinkan saya akan memberi jawapan kepada setiap satu tuduhan Timbalan Menteri berkenaan.

InsyaAllah.

73258825_10214808567117267_5695430722475524096_n.jpg


 
dlue PH jd pembangkang siap bentang bajet sndri
BN xnk bwt jgk ke haha
 
Move On Malaysia

· 1 jam ·



Jangan tengok jumlah peruntukan, bahagikan jumlah tersebut kepada bilangan sekolah yang ada. Baru kita tahu di mana keadilan.

- Nadhirah Alias

72484910_774992902948164_4496548055574642688_n.jpg




You are the most respected member of CG. Dont provoke people with your dirty agenda. PH contribute more to the chinese as most of the chinese voted PH.
Malays skool also received their fund. Stop complaining, start participating.
 
Back
Top
Log in Register